Posts

Showing posts from June 24, 2012

Kembalinya Abby Abadi

Image
Tahniah Abby, kini Abby Abadi mula bersemangat kental, ciri-ciri yang perlu ada bagi wanita Islam. “Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.” Itulah kata-kata Abby semasa berkongsi pengalaman penghijrahannya di pentas Pas anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Penghijrahannya membuka lembaran baru buat dirinya. “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. “PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,” “Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” kata Abby lagi. Se

Poster Baru Menceriakan Poster Lama

Image
Hajat nak buat untuk semua guru, namun.... nampaknya hanya beberapa orang yang gambar mereka sudah siap dalam folder guru. Cikgu Yusnira menjadi bahan sampel, (sample), nak buat ukuran, rupanya lebar dah betul, tingginya yang kurang sikit. hehe. Poster ini mengunakan gambar Guru Besar SK Bangi untuk sample.Hari ini sudah siap 3 poster contoh.Akan menyusul berpuluh-puluh lagi.

Solat Hajat Mohon Bantuan dariNya

Image
29 JUN 2012.Unit Agama Islam SK BANGI mengadakan solat hajat peringkat sekolah untuk murid tahun 6. Untuk hari ini kelas yang terlibat ialah 6 Jupiter dan 6 Mercury.Imam bagi murid perempuan ialah Ustazah Lasminah binyi Saimun, manakala Ustaz Suzrie mengimamkan bagi pihak lelaki. Harapan....Semoga Solat Hajat ini masih diteruskan lagi di rumah masing-masing bersama ibu dan bapa.

Menghayati Rahsia disebalik Israk dan Mikraj

Image
KAJANG.SK Saujana Impian hari mengadakan satu ceramah kepada 360 murid tahun 5 dan 6. Penulis bersama Ustaz Rosli.Guru Agama SK Saujana Impian. Ini kali kedua saya bertandang ke sekolah ini.Pertama kali dulu dijemput kaunselor sekolah ini untuk memberikan ceramah lain.Lupa dah .. kepimpinan ke Motivasi UPSR. Murid barisan hadapan ramai dari tahun 5, walaupun masih kecil, namun banyak maklumat tentang Israk Mikraj telah mereka perolehi dan hafal. Tahniah!! Kadang-kadang kita pun belajar dari budak kecil . Tahniah juga kepada murid lelaki, duduk dalam keadaan bersila sejam mendengar ceramah tanpa henti, kadang-kadang membosankan, apablagi jika tajuk yang disampaikan diluar minat kita.

Bengkel Transformasi Minda GBK Hulu Langat

Image
Kemampuan OTAK atau BRAIN memikir sangat hebat.Terdapat 100Bilion Sel Otak dalam OTAK kita. Ciptaan Tuhan yang sangat tidak ternilai. Bengkel pagi ini yang disampaikan oleh Dr.Jamaliah dapat membongkar kehebatan otak, penyebab otak menjadi rosak dan bagaimana mengembalikan semula kecerdasan otak. Produk Brain Tutor 2012 adalah jawapannya.

Hidup Ini Laksana Sebuah Buku

Image

Ranjau didalam Taubat

Image
Sekiranya bertaubat itu satu hal yang mudah atau gampang, maka tidaklah besar pahalanya bagi orang yang bertaubat.Tuhan acap kali memuji orang yang bertaubat,  Tsumma Tuubuu .lantaran dia mundur kembali ke jalannya yang lurus menuju destinasi yang menyampai ke arah bahagia hakiki. Jalan yang lurus menuju syurga, tanpa belok-belok kiri kanan, tanpa terjun atau terhumban dahulu ke lubang neraka. Makanya kita memohon   Ihdinassiratal Mustaqim , Tunjukkan kami jalan yang lurus . Mungkin antara kita lebih ramai tahu membacanya dengan fasih macam orang Arab, namun kurang memahami apa maknanya sih,  siratal Mustaqim itu. Kita tinggalkan sebentar pembuka bicara itu, saya pernah temui seorang penagih dadah , dia berasal dan tinggal di Serdang Lama. Seronok berbual dengannya, mulanya ada perasaan takut-takut untuk menegurnya, ketika saya memberikan kuliah di surau dalam pusat serenti, matanya memandang terus ke arah saya. Wajahnya kelihatan agak garang dan bengis. Ah... nampak macam gedeb

Derma Darah

Image
Sempena Program Kempen Gaya Hidup Sihat... saya mengambil kesempatan untuk kali ketiga ini menderma darah. Hihi... Ingat kat radio tu....saya...takut daraahhh... Kali pertama derma darah masa kat sekolah menengah dulu tahun 1995, masa tu tengah nak jadi Askar Wataniah. Last-last tak jadi. Kali kedua di Hospital Kota Bharu. Sijil tu pun entah hilang ke mana dah. Terpaksalah sekarang buat sijil baru dan mulakan semula. Eh....ternampak gambar Fadhil Hasan kat Facebook Member Fadil berbaju hijau duduk, alumni Maahad Muhammadi kemudian sambung ke Aceh