Posts

Showing posts from August 9, 2009

PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS

Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC) atau Desa Terapi Keinsafan Diri (DTKD),Perlis mempunyai 6 unit jentera perlaksanaan Terapi Keinsafan Diri atau Sistem Halaqah.Sebagai institusi pemulihan dadah yang berkonsepkan pendekatan spiritual,Unit-unit Pelaksana PSBC mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam memastikan perjalanan program rawatan dan pemulihan di PSBC berjalan mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia. Dengan kekuatan kakitangan seramai 89 orang,PSBC sentiasa memastikan setiap penghuni di sini mempunyai kemahiran serta iltizam yang kukuh untuk kepulihan.Justeru,pelbagai aktiviti dijalankan selain mengikut jadual harian yang telah ditetapkan. Unit Pentadbiran memegang peranan paling dominan di PSBC memandangkan segala aspek pengurusan dan penyelenggaraan dan dipantau melalui unit ini.Sebagai unit paling utama,unit pentadbiran bertanggungjawab membuat pembayaran gaji kakitangan serta menguruskan hal ehwal kewangan PS

PUSAT AADK KANGAR, PERLIS

Image
Sejarah Penubuhan Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. Dasar Dadah Negara Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Y.A.B Dato's Seri Dr. Mahathir (sekarang Y. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad), bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Dasar ini digubal bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Strategi Dadah Negara Pada 11 Jun 1996, strategi baru Dasar Dadah Negara telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan mengikut

PEROKOK REMAJA MELAHIR SUB-BUDAYA NEGATIF

"MEROKOK bukan salah, tetapi apabila kamu merokok bukan pada masanya yang layak, itu yang salah" Demikian kata Hafney ketika menyampaikan ceramah Jauhi Rokok di SMK Bandar Baru Bangi. Rakaman audio ceramah beliau boleh di muat turun di web www.noorhisham.com. Kesan dadah hari ini, banyak membawa kesan Ilusi. Ada yang sampai ke tahap membunuh bapa, ibu bahkan anak sendiri. Semuanya kerana Ilusi.

PEROKOK REMAJA MELAHIR SUB-BUDAYA NEGATIF

"MEROKOK bukan salah, tetapi apabila kamu merokok bukan pada masanya yang layak, itu yang salah" Demikian kata Hafney ketika menyampaikan ceramah Jauhi Rokok di SMK Bandar Baru Bangi. Rakaman audio ceramah beliau boleh di muat turun di web www.noorhisham.com. Kesan dadah hari ini, banyak membawa kesan Ilusi. Ada yang sampai ke tahap membunuh bapa, ibu bahkan anak sendiri. Semuanya kerana Ilusi.

ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI

Kepada sahabatku yang mengenali mereka berdua ini. Hari ini ada 2 berita kematian, beliau ialah Fadli Ramli, berasal dari Perak, belajar di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, isterinya warga Aceh, telah kembali sahabat kita seorang demi seorang menemui Tuhannya, hanya tinggal kita beberapa orang saja lagi. Kini Ramadhan menjelma, ayuh, kita gemblengkan usaha mengikis segala dosa lalu kiranya masih ada. Semoga kita pulang dengan pengampunanNya. Tengah harinya pula berita meninggalnya Ustaz Asri Rabbani. Al-Fatihah buat mereka semua. Dan malam ini pula, berita pemergian anak Puan Afidah, guru tahun 6, yang baru melahirkan Khamis lepas. Al-Fatihah. Semoga bersabar pada yang masih ada. Kita juga akan ke sana...bersiap-siaplah semua dengan bekalan taqwa. Wa tazawwaduu..

PLUG : ALAT PEMECAH CERMIN KERETA

Image
Ketika berpraktikum selama 3 bulan di Pusat Serenti, saya bertanya-tanya penghuninya (ahli keluarga) akan kegiatan mereka diluar sebelum ini. Ramai yang terlibat dengan jenayah ragut, pecah kereta, curi Lap Top dan sebagainya. Biasanya mereka berdua, seorang menunggu di motor dan seorang melakukan operasi. Bahan yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta ialah plug motor, atau palam pencucuh, kata mereka dengan guna benda ini, cermin tak akan berbunyi semasa dia retak dan pecah berderai. Ketika berceramah dimana-mana saya tidak mendedahkan hal ini, khuatir akan ditiru oleh anak-anak yang mendengar. Namun hari ini, TV3 melaporkan melalui Berita 1.30 bahawa ada sepasang suami isteri melakukan kegiatan memecah kereta menggunakan benda tersebut. Macam mana cara prosesnya saya diberitahu, namun tidaklah mahu saya siarkan dulu. Tunggu TV3 membongkar melalui 360 oleh Abang Mazidul Akmal Sidek.

Derita Penghidap Aids

Image

POINT PALING BERGUNA UNTUK GURU

Image
Ceramah menarik untuk anda. Kerajaan meletakan target 2012 adalah tahun sekolah bebas dadah. Bagi anda, guru-guru SLAD, guru-guru yang mengajar bab DADAH, dan semua, ambillah tips2 dan point2 yang padat ini, dari saya untuk anda semua. Saya hari ini dijemput ke SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2. Bersama saya En.Hafney, Presiden Persatuan PENDAMAI Malaysia. Selama 4 jam kami bersama 50 orang murid lelaki dan perempuan yang secara sukarela ingin bersama mengambil iktibar. Saya telah rekodkan ceramah selama 1 jam dan telah dimuat naik untuk anda, sekarang anda boleh muat turun ceramah yang sungguh berkualiti tersebut. Lawati Blog www.noorhisham.com, klik pada link. Di atas. Download Link Ceramah . Pihak sekolah buatkan program 4 Katakan Tak nak pada Rokok. Pengisian adalah ceramah bahaya rokok, apa ada dalam rokok, tayangan video rokok, soal selidik, bengkel dan ceramah dari bekas penagih dadah 18 tahun yang sudah pulih 29 tahun dan kini masih berjuang untuk memulihkan diri sepanjang haya

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

Image
" BUDAYA KURANG NAMPAK ADA PADA KAMU, TENGOKLAH BUDAYA ORANG-ORANG YANG MEROKOK " HAFNEY "Saya mungkin satu dalam sejuta", itulah antara kata-kata Saudara Hafney, Presiden Pendamai pagi ini ini di CIAST. Saya diminta memberikan ceramah 2 jam pada pelajar baru di sini, 2 jam sangat panjang untuk uraikan persoalan dadah bagi saya yang baru dalam dunia ini. Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut. Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya. Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini. Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ? Pelajar : Selama ini, saya ingat dadah boleh ambil dan tinggal begitu je, rupanya susah. Hafney : Terima Kasih Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang. Kami terus meluru ke kantin. Oh ya, bersama

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

Image
" BUDAYA KURANG NAMPAK ADA PADA KAMU, TENGOKLAH BUDAYA ORANG-ORANG YANG MEROKOK " HAFNEY "Saya mungkin satu dalam sejuta", itulah antara kata-kata Saudara Hafney, Presiden Pendamai pagi ini ini di CIAST. Saya diminta memberikan ceramah 2 jam pada pelajar baru di sini, 2 jam sangat panjang untuk uraikan persoalan dadah bagi saya yang baru dalam dunia ini. Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut. Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya. Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini. Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ? Pelajar : Selama ini, saya ingat dadah boleh ambil dan tinggal begitu je, rupanya susah. Hafney : Terima Kasih Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang. Kami terus meluru ke kantin. Oh ya, b

TAARUF SESSION FOR GRADUATE STUDENTS 2009

Image
Selasa, 11 Ogos 2009 - Centre For Graduate Studies is currently offering Master and Doctor of Philosophy programmes by research and thesis preparation, Masters by coursework, and Postgraduate Diplomas by coursework. Apart from is pioneers Master and Doctor of Philosophy (PhD) programmes, the centre excellently expanded, offering new programmes as below: Academic Session 2009/2010 (By Coursework) Master of Arabic Communication Master of Muamalat Administration Master of Muamalat Administration (Halal Product) Pelajar Antarabangsa..... Pengacara Majlis....Petah berbahasa Inggeris dan Arab Y.Bhg Prof Dato' Dr Muhamad Muda.....Deputy Vice Chancellor (Academic and International) Y.Bhg Prof. Dr. Bachok b M. Taib, Dean Centre for Graduate Studies

Hidup dengan Kesusahan, Berakhir di Hujung Penantian

Image
Alahai...beginilah kehidupan, kesusahan ada dimana-mana.

VICTORY HOUSE

Image
Monday, 10 August 2009 - House of Victory (Rumah Victory) is a non-profit organization, established with the purpose to provide community services especially in the area of drug eradication and rehabilitation.This welfare-based organization aspires to offer a new hope for a victorious life for those who are misguided and in need. Founded by Bro. Philip Mok in 1988, the following three major ministries have been established: 1. Drug Rehabilitation Centres, 2. Preventive & Training Centre for Youth in Kuala Lumpur, and 3. Old Folks Homes. Taklimat berkaitan Victory House Salah satu ruang di Victory House Kad daftar pelatih mengikut warna yang melambangkan tahap kepulihan Para pelajar SPADA ketika mendengar taklimat Setia mengiringi kami.....Cik Fadhilah..... Asrama pelatih.... Bilik Detok Dewan untuk segala aktiviti ceramah, motivasi, kerohanian, hiburan...... Memelihara haiwan...Salah satu kaedah rawatan dalam memupuk rasa belas kasihan dan kasih sayang Taklimat di kebun sa

Cadangan : H1N1

Image

Sarapan Ganja

Image

Jubah Untuk Ibu

Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah