Posts

Showing posts from November 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Image
Selamat Pengantion Baru Buat Cikgu Alfah binti Ismail. Biarpun hanya sempat 3 tahun lebih berada di SK Bangi, namun jasanya banyak membantu perkembangan dan kejayaan kokurikulum di sini. Suasana majlis perkahwinan sungguh meriah. Walaupun gah dan sehebat orang-orang kenamaan, namun riak wajah tetamu yang hadir sungguh merasa gembira. Ada " barakah " di dalamnya. Ada satu lagu Aceh berjudul "Pengantin Baru".. tak jumpa di youtube. Namun lagu ini pun boleh jugak dijadikan hadiah untuk Cikgu Alfah. Semoga berbahgia sehingga akhir hayat. Tempuhi gelombang samudera kehidupan ini dengan tabah. Jangan lupa pergantungan kepada yang Maha Kekal Abadi. Untuk yang masih belum laku....hehe...dengarkan lagu ini...tengah ngetop di sana sini..

Imej Milenium

Image
Dari Windows Xp, ramai beralih ke Windows Vista, malah sudah ada yang beralih angin ke Windows 7.Itulah perkembangan demi perkembangan dunia IT. Vista pun ramai yang belum install, bahkan ramai juga yang belum menemui punat untuk tekan itu dan ini. Masih teraba-raba, kini muncul pula Windows 7. Di sekolah pun tidak kalah dalam bab kemajuan. Anak-anak sekarang pun ingin berlumba-lumba.

Pengurusan Stress

Image
Mengurus Stress? Saya terfikir sejenak apabila seorang rakan menawarkan ceramah kepada guru-guru bertajuk " Pengurusan Stress ". Aduh...apa nak di uruskan..kan dah stress?? Sebenarnya pada saya, tajuknya jangan " Pengurusan Stress ", sebab bila dah stress, kita dah sampai peringkat merbahaya dan boleh membahayakan orang lain. Duduk diam-diam je lah sebentar. Apa yang lebih penting adalah, bagaimana supaya anda tidak stress dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Saya cuba semak isi dalam buku dari " Telaga Biru " karangan orang-orang hebat, pun bukan mengurus stress arahnya, tetapi ....bagaimana supaya anda tidak stress. Di sini ada sedikit tips untuk mengelak anda tidak stress. 1. Buat kerja jangan bertangguh (ikut lah jadual) 2. List kan apa yang perlu anda buat. 3. Utamakan mana yang lebih penting dahulu. Untuk lebih umph.....bagi anda yang muslim 4. Sentiasalah berdamping dengan Tuhan dengan doa dan ibadah 5. Selesaikan urusan anda dengan tuhan d

Hantar Laporan L4

Adalah petang ini, saya menerima lagi penghantarn L4 daerah Hulu Langat sebanyak 4 buah sekolah. Pemberitahuan, sistem penghantaran telah ditutup, anda perlu menghantar laporan tersebut ke emel JU. afraima@yahoo.com SMK Pandan Jaya SK Taman Rakan SK Cheras Indah

Dunia Hanya Sebuah Lakonan

Image
Mungkin anda pernah membaca entry saya yang lalu, bahawa dunia ini ibarat sebuah padang bola yang besar. Sebuah, permainan, jika adanya permulaaan, pasti ada akhirnya, begitulah hidup ini. Permainan, jika ada yang menang dan bersuka-ria, sebaliknya pasti ada yang kalah dan kecundang. Majoriti penyokong datang memenuhi stadium, belum pasti anda akan menang. Begitu lah di dunia, anda mungkin menang kerana sokongan majoriti dari manusia dan pengundi, tetapi belum tentu anda benar dihadapan tuhan. Entry ini ingin sekali menyatakan, bahawa dunia ini juga tak lebih dari sebuah pentas lakonan. Semua manusia sedang berlakon sebenarnya di atas pentas dunia yang sangat lebar dan luas. Jika anda menonton sebuah lakonan drama, sang lelaki memegang perempuan, kita lihat seolah-oleh macam isterinya (yang sebenar), di pegang dan tidur bersama, padahal itu semua hanya lakonan. Begitulah di dunia, manusia sangka, semua ini miliknya abadi, (Ada orang bernama Abadi, dirinya pun tidak akan abadi) padaha