Posts

Showing posts from August 2, 2009

APA YANG KU CARI?

Bangun pagi, terus pergi kerja, pulang ke rumah, istirehat ala kadar, keluar lagi, kalau hari cuti, dapatlah peluang tidur barang sebentar. Siang dan malam berganti, itu-itu juga yang ku kerjakan. Apa sebenarnya yang ku kejar selama ini? Kerja sudah ada, gaji alhamdulillah, cukuplah buat makan, keluarga jugak ku punya, kelebihan tuhan karunia, dapatlah ku bercakap dengan manusia, untuk mengcelikkan mata yang terpejam, mengejut yang bermimpi panjang. Oh, Dunia tak ubah laksana padang bola yang luas, semua manusia sedang beraksi rancak. Ada puluhan pemain yang sudah dikeluarkan. Ganti yang lain, yang masih muda, yang belum sakit. Menyambung permainan. Tiada permainan yang dimainkan secara terus-menerus, hingga bermingu-minggu dan bertahun-tahun lamanya, suatu ketika, pengadil membunyikan wiselnya, menandakan tamatnya sebuah permainan. Dunia ini pun tak lama, suatu ketika nanti, wiselpun akan ditiup, semua manusia akan menghadapi saat kebangkitan. Oh, menang atau kalau adat dalam perma

Berita Terkini

Image
Hallo

Blog Norish77 Berubah Web

Selamat Datang ke Web www.noorhisham.com , Blog ini sekarang sudahpun berubah menjadi web. Ada bahan untuk pengunjung download. Klik Di sini

PT FOUNDATION

Image
Khamis, 6 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan di PT Foundation, Kuala Lumpur PT Foundation (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) merupakan suatu organisasi yang berteraskan masyarakat dan bukan berteraskan keuntungan. Organisasi ini menjalankan kerja-kerja sukarela dalam Program Pendidikan HIV/AIDS, Program Sokongan, Program Kesedaran Seksual dan program-program berkaitan untuk golongan berisiko HIV/AIDS di Malaysia. Organisasi ini terlibat dengan lima golongan berisiko iaitu pengguna dadah, pekerja seks, transeksual, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM), dan mereka yang hidup dengan HIV / AIDS (PLWHA). Organisasi ini komited untuk mewujudkan satu persekitaran supaya golongan berisiko tersebut tidak terpinggir, rasa selamat dan berupaya untuk menjaga diri sendiri. Antara objektif PT Foundation ialah: Untuk membantu meminimumkan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan golongan berisiko Untuk membantu dalam penjagaan dan sokongan serta meningkatkan kualiti

DEMAM ASSIGNMENT & VIRUS H1N1

Image
Wahai sahabatku sekalian!!!!! Kalian sampai demam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Namun demi perjuangan menuntut ilmu, kulihat riak semangat terpancar dari sinara mata. Teruskan semangat ini wahai sahabat....... Wahai sahabatku sekalian!!!! Aku menulis atas dasar kasih sayang. Bukan kerana nama...malah jauh untuk popular. Demi kasih sayang ini, aku mahu kalian sejahtera. Bebas dari jangkitan H1N1. Kerana itu, kutitipkan serangkaian doa untuk kita bersama..........

D.O.S.K.A.H

Saya permudahkan dalam satu kalimat, DOSKAH, apa tu, itulah nama kepada jenis-jenis dadah. Di sekolah-sekolah rendah ada Kelab Pencegahan Jenayah. Salah satu modul yang terdapat di dalamnya ialah dadah. D : Depresen Anda pernah makan ubat batuk ? Kodein yang terdpat didalamnya adalah sejenis dadah. O : Opiat Heroin, Morfin S : Stimulan Ekstasi, Eramin 5, Nonspan K : Kanabis Anda tahu ganja ? Ganja termasuk dalam dadah jenis ini.. Makan ganja, tubh jadi gemuk. Selera makan bertambah. Tidur banyak, mengantuk selalu, menguap dan mata berair. A : Amfetemin Type Stimulan Syabu H : Halusinagen LSD, dadah jenis ini amat merbahaya, pengguna boleh menjadi gila.

di salin dari...

Image
Salam kepader sumer pembaca. Maaf sangat sebab biler korang bukak jer blog nie mesti x der topik baru. Maklumlah dah bermulanya semester akhir dan hari-hari aku penuh bermula dari subuh sampai ke tengah malam. Aku cuber menghayati dan enjoy setiap perkara. Jadik blog aku terpaksa tinggalkan buat sementara waktu. Kali nie aku nak share ngan korang pasal tips2 utk mengelak wabak yg kian menular kat negara kita aper lagi kalau bukan H1N1. Tak sampai 24jam, uitm aku telah mengumumkan cuti mid-term serta merta. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi yg pasti mesti ada kaitan dengan penutupan uitm cawangan lain. Cuti yang serta merta membuatkan aku pening kepala utk merombak balik jadual yg telah aku cipta sehingga ke akhir semester nie. Ketepikan hal nie. Tips nie aku copy n paste dari website Center For Disease Control And Prevention. Klik utk menjengah. Website nie dari USA. Aku tak pasti leh guner kat Malaysia ker tak. Tapi amik jer ar. Sebab penerangan lebih jelas dan agak menarik. Aku harap s

BAITUL TAUBAH

Image
Ahad, 2 Ogos 2009 - Lawatan Ilmiah seterusnya ialah di Baitul Taubah (Pondok Islah Diri), Pasir Puteh, Kelantan. Baitul Taubah merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasikan satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang diwajibkan ke atas anak bina. Objektif rawatan: Meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah Mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat penyalahgunaan dadah Menyediakan kaunseling, penempatan kerja dan aktiviti kemasyarakatan Melahirkan insan yang mempunyai tahap kesedaran, ketabahan dan keinsafan yang tinggi Meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT Ustaz Sufian dan Ustaz Nadzri Anak Bina di Baitul Taubah Anak Bina......Boleh menyampaikan perkongsian dengan yakin disulami ayat-ayat Quran dan Hadis sebagai peneguh bicara Aktiviti Ekonomi....Ayam serama Aktiviti ekonomi.....Kam

Stanges Of Change

Image
Stanges Of Change juga dikenali juga sebagai SOC, sebut saja SOC , kaunselor penagihan akan teringat akan beberapa soalan soal selidik yang disodorkan kepada para penagih untuk memulakan sesi kaunseling yang pertama. Dalam kaunseling penagihan, selepas membina repo, kaunselor akan menggunakan "tools" untuk menentukan tahapan penagih dimana dia berada sekarang. Dari soal selidik yang dijalankan, kita akan menemui apakah sang penagih itu berada di tahap seperti dibawah, bertolak dari tahap tersebutlah, kaunselor akan mengatur strategi untuk menjalankan sesi. Adapun 4 tahapan tersebut ialah : 1. Precontemplation 2. Contemplation 3. Action dan 4. Maintenance Soalan ini boleh diberikan secara langsung, ataupun kaunselor membaca soalan tersebut dan dijawab oleh penagih. Dalam hal ini, ada orang bertanya saya , boleh kah penagih ingin membohong katakan? Boleh....biarkan saja . Nanti kita akan jumpa konfrantasi di dalam sesi berikut. Sifat bohong ini membuktikan dan menjelask

Syarahan Nisfu Syaban

Dunia ini ibarat pentas lakonan yang luas, dewan peperiksaan yang cukup besar, padang permainan yang luas dan katil untuk bermimpi nan panjang. Semua huraian ini akan saya padatkan dalam sebuah syarahan khas di Surau Batu 6 Taman Bangi Indah, Bangi Lama, malam besok, (Rabu) sempena jemputan Malam Nisfu Sya'ban Tuan-tuan dan puan-puan yang berdekatan dijemput hadir bersama untuk mendapat ilmu dari kejadian tuhan ini.

KONVOKESYEN DI DUNIA

Image
Seramai 640 orang mahasiswa USIM di anugerahkan Ijazah, Master dan Phd. Hari yang penuh bermakna ini dihadiri dari sanak-saudara jauh dan dekat, biarpun tidak semua yang mengiring dibenarkan masuk ke dewan. Namun melihat anak mereka berbaju jubah Univesiti pun cukup membanggakan. Ketika perarakan mahasiswa masuk ke dewan, lagu "langkah mu langkah kejayaan" dimainkan. Hampir tumpah air mata kerana berjaya menjadi pahlawan negara. Bagi yang sudahpun 2 kali mengikuti acara wisuda (konvo) ini, tidaklah begitu riang n bersangatan, melainkan kebanggaan untuk ditunjukkan pada anak dan generasi akan datang. Walaupun kian redup dan berumur ditelan masa, namun kesungguhan dan semangat tetap membara.

PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN TRADISIONAL DARUL HANAN

Image
Sabtu, 2 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan yang seterusnya ialah di Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian Darul Hanan, Tumpat, Kelantan. Pusat rawatan ini diasaskan oleh Tuan Guru Awang Lambur pada sekitar Tahun 1950-an. Tuan Guru Awang Lambur meninggal dunia pada Tahun 1963. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat berpesan kepada menantunya, Tuan Haji Mohd Zain b Abu Bakar atau lebih dikenali dengan gelaran Ayah Haji yang kini merupakan Yang Dipertua pusat rawatan ini. Pesan Tuan Guru Awang Lambur kepada Ayah Haji ialah supaya Ayah Haji terus tinggal di pusat rawatan tersebut walau apapun yang berlaku. Pada hari ini, pusat rawatan ini boleh memuatkan sehingga 150 orang anak bina, namun yang ada pada hari ini ialah 133 orang anak bina. Anak bina datang ke pusat ini samada secara suka rela, desakan keluarga dan ada juga cadangan dari AADK. Pada bulan pertama dan kedua, anak bina atau keluarga perlu membayar RM 1000.00 dan pada bulan-bulan seterusnya RM 450.00. Bayaran tersebut adalah untuk

GEHA BODHI CARE CENTRE

Image
Jumaat, 31 Julai 2009 - Para Pelajar SPADA, USIM telah menjalankan Kajian Tinjauan di Geha Bodhi Care Centre, Gambang, Pahang. Ketibaan rombongan kami telah disambut oleh Pengasas Geha Bodhi Care Centre iaitu Encik Lam Chai Cheong, isteri beliau serta para penghuni yang pada ketika itu seramai 7 orang. Geha Bodhi Care Centre ialah Pusat Rawatan Penagih Dadah yang menggunakan Pendekatan Agama Budha dalam merawat penagih dadah dan alkhohol. Puan Cheong Chooi Fun menyatakan bahawa 80 peratus daripada penagih yang dirawat di pusat tersebut berjaya dipulihkan sepenuhnya. Menurut beliau faktor kepulihan sangat berkait rapat dengan penghayatan dan amalan Agama Budha yang menekankan kepada 5 prinsip Pancasila iaitu: 1. Larangan membunuh 2. Larangan Mencuri 3. Larangan berzina 4. Larangan berbohong 5. Larangan memakan makanan yang memabukkan Para penghuni menyanyikan lagu ciptaan salah seorang penghuni