Posts

Showing posts from June 21, 2009

Semalan dan Esok....apakah begini selamanya

Image
ANDAI BENAR Andai esok hari Sabtu (27 Jun 2009) adalah hari cuti bagi kita semua, maka hari ini , hari Jumaat, tanggal 26 Jun 2009, merupakan hari terakhir kita bersua di sini dalam sebuah sekolah. Selamat Jalan, itu yang dapat cikgu-cikgu di sini ucapkan,dan selamat berjaya. Kamu dilahirkan untuk masa akan datang. Justeru berjuanganlah untuk menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan agama. Begitu juga kepada rakan-rakan guru, yang telah lama tenggelam timbul bersama SK Bangi, terutama Puan Mazidah, orang yang paling lama, dan antara paling banyak berjasa untuk kemajuan SK Bangi, khususnya dalam akademik. Mungkin ada yang tidak sedar, kepakaran beliau dalam B.Inggeris tidak dapat kita nafikan. Semoga Allah memberi pembalasan yang lebih atas usaha gigih beliau selama ini. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru yang lain. Setitik jasa, sepatah kata, sebutir mutiara yang ditaburkan di sini, insya Allah akan tumbuh subur dan menghijau suatu masa nanti. TIDAK MAMP

Dari Cheherong ke Kelantan

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah,S.sos.I KELANTAN : Perjalanan sepanjang 3 hari memberi banyak masukan kepada semua pelajar SPADA atau nama panjangnya Special Programme Alcohol and Drug Abuse. Dalam foto ini kami sedang berada di Pondok Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan di Wakaf Bharu. Kedatangan kami disambut oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain bin Haji Abu Bakar dan keluarga. Kami sungguh gembira atas layanan yang begitu baik dan sempurna. Nampaknya di sini pun ada kelainan juga dalam proses rawatan, berbanding dengan rawatan yang telah kami singgahi di Kuala Nerang Kedah minggu lalu yang menggunakan sistem Z ikir Thariqah Naqsyabandiah . Di sini ada sistem rawatan tuntun , Iaitu pesakit penagih dadah ini akan dipukul dengan rotan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain sendiri seluruh badan dengan bacaan tertentu bertujuan membuang sisa toksid dalma badan penagih. Gambar yang mengandungi kerek telag a ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sa

Sejarah Kemasukkan Islam ke Kelantan

Image
Sejarah Kemasukan Islam Ke Negeri Kelantan Mengikut cacatan sejarah, Islam masuk ke Kelantan lebih awal daripada Melaka. Islam dicatat masuk ke Kelantan melalui Champa terus ke Patani dan tiba di Kelantan. Ia dibuktikan lagi melalui Batu Bersurat yang bertarikh 1303 masihi yang ditemui di Kuala Berang. Ini bermakna sebelum Islam sampai ke Terengganu terlebih dahulu sampai ke Kelantan kerana laluannya melalui Patani. Selain itu, terdapat bukti kepingan wang emas ditemui di Kota Kubang Labu di Pasir Pekan, Tumpat pada 1912 yang tercatat tarikh 577 hijriah bersamaan 1181 masihi. kota tersebut merupakan bekas pusat pentadbiran Kelantan Barat. Bermula dari situ Islam terus tersebar di Kelantan dan Masjid menjadi halaqah menyebarkan ilmu kepada anak-anak murid yang datang dari segenap ceruk rantau. Masjid tertua di Kelantan yang dibina lebih 300 tahun lampau masih boleh dilihat sehingga sekarang iaitu masjid Kampung Laut(kini ditempatkan di Nilam Puri). Perkembangan Islam di Kelantan b
Image
singgah jap kat Masjid Kristal Terengganu Solat asar di Masjid Rantau Abang Dr.Lenny bersama Azyan Berada di hotel Damai Kota Bharu hari kedua.

Pembukaan SK Bandar Sri Putra

Image

Inikah dia yang dibanggakan?

Anak Melayu? Sesat dalam terang. Belum sampai akhirat, mereka dah sesat di dunia. Kalau lah mati dalam keadaan begini....hmmm.....bukan menuduh....tiada mana jaminan mereka tidak akan berdepan dengan siksaan Tuhan. Menelanjangi diri, minum arak yang telah diharamkan secara mandatori. Mana mak bapak mereka?

Ke Mana Hilang 2 datin Ini

Image