Posts

Showing posts from May 6, 2012

Setiap Manusia Punya Satu Ibu

Image

Sejauh Mana Kita Berjalan

Image
Sejauh Mana Kita Berjalan, akhirnya ke rumah jua kita akan pulang. Saya , Ruzilah Sidek dan Nik Mohd Zaki adalah antara 3 orang sama-sama satu kelas bermula tahun 1,2 dan 3. Sekolah kami ialah Sekolah Kebangsaan Padang Garong. Lokasinya di kompleks sekolah-sekolah KOta Bharu. Darjah 4 kami berpecah kelas.Tingkatan 1 lagi lah kami tidak bertemu. 23 Tahun saya menghitung tempoh masa saya dan kawan baik saya (Zaki) berpisah. Hari ini, ditemani Ruzilah dan adiknya, membawa saya bersua kembali.Tahun terakhir kami bertemu ialah semasa darjah 6 (1989). Saya ke Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Anuar Pulau Melaka. Gara-gara dihantar ke sana sebab banyak sangat main. Saya suka main bola, hingga lupa makan dan rumah. Semasa sekolah dulu, Zaki antara kawan rapat saya selain Syafizan Rasyid yang hingga kini belum saya temu dimana keberadaannya. Dari jauh, Zaki tidak berani menghampiri kami, kerana dia tidak kenal / cam siapa kami. Setelah disuruh datang oleh kakak kedai sebelahnya, dia cuba meng

Sempena Pelancaran Rakan Cop di Taman Desaria

Kami mempersembahkan kepada seluruh warga Desaria, khususnya Ahli SRD Skuad Ronda Desaria Taman Desaria Nilai

Banner Dinding Untuk Sahabat

Image

Banner atau Stiker ?

Image
Ini ialah Stiker PPDa yang boleh dilekatkan pada dinding atau tiang sekolah atau sudut PPDa. Sebuah sekolah dari Sarawak telah membuat tempahan dengan saya. Sekolah itu ialah SMK Lubok Antu Sarawak. Harga Satu Set (ada 4 stiker berukuran 20x60 inci) ialah RM55.00

Bacaan Sebelum Solat Tahajud

Image
Sebelum anda solat tahajud.... Bacalah ayat ini... ayat ini Ustaz saya berikan semasa kami ikuti perkhemahan ibadah di sekolah tahun 1989. Ustaz Mad Dahan namanya..sekarang masih lagi hayat, cuma dalam keadaan tak berapa sihat.. Bacaannya begini .. " Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau benar,  hidup ini benar, mati itu benar, azab kubur itu benar, kebangkitan itu benar, pertemuan dengan Mu itu benar, Mizan itu benar, Syurga itu benar,  Neraka itu benar.... " Kemudian..bila habis bacanya sambil menghayati setiap kalimat itu, baru lah kita bertakbir...Solat Tahajud.

Majalah Sekolah SK Bangi pertama kali dalam proses

Image

Majalah Sekolah SK Bangi pertama kali dalam proses

Image
Buat pertama kali dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Bangi, team sidang redaksi penerbit majalah diwujudkan. Ini semua hasil keinginan majoriti guru yang ingin melihat hasil karya mereka wujud dalam bentuk yang boleh dilihat, dijamah dan direnung-renung sebagai koleksi kenangan abadi. Ya lah... mesti jadi abadi punya. Tahniah kepada kepada Puan Suzanalita yang mencetus idea untuk menerbitkan Majalah ini. Ramai juga yang pernah sosah soseh sebelum ini untuk menjadikan majalah sekolah sebagai realiti wujudnya. Namun tiada kudrat yang mampu melaksanakannya. Hadirnya Puan Suzana selaku GPK Akademik menambah kudrat untuk menjadikannya sebuah realiti. Untuk rekod, rangka awal Majalah ini sudah pun berada di atas meja Puan Su. Tinggal edit dan buat penambahan.Doakan ianya menjadi kenyataan tahun ini. 2012

Antara Buku yang patut dimiliki

Image
Salam...dalam mengenderai hidup ini, kita sedar semakin lama semakin singkat usia kita. Jika dihitung, ramai sudah kawan kita yang sudah pergi menghadap Ilahi. Kita? Ya... bila kita....? Seorang ilmuan pernah berkata begini, namanya Emmanual Kant, " Kita sebenarnya tidak perlu takut kepada mati, kerana mati tidak akan sampai SEBELUM ajal tiba, dan ketika AJAL sudah tiba, kita sememangnya sudah tiada dimuka bumi ini ". Demikian cerita guru saya, Pak Tarmizi semasa kami mengikuti pengajian di rumah nya. Musim ke Pesta Buku datang lagi, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai tersedia. Tetapi... apakah niat awal kedatangan mereka, apakah sudah tersimpan buku apa yang ingin dicari, atau sekadar berjalan-jalan dahulu, tengok dulu baru beli sekiranya berminat. Pada saya, buku yang ingin saya beli, semestinya buku yang menambah koleksi ilmu saya, kemudian menjadi pemicu ke arah perubahan hidup saya ke arah lebih baik, lebih rajin dan lebih dekat dengan Tuhan. Mungkin b