Posts

Showing posts from August 31, 2008

Tanah di Nilai ahu di Jual RM 120,00 /ekar

Image
Semalam 6 Sept 08 saya bersama Cikgu Rahim SK Taman Ceupacs, dan beberapa orang yang lain menerjah bukit di Nilai 2 berhampiran kawasan perindustrian, menilai tanah kat situ. Kami terpaksa bergerak dengan 2 buah pacuan Hilux. Indah, sejuk dan nyaman, di tepi High Way dan kaki bukit. Namun, macam mana nak beli ye. Sebab satu geran ada 2 ekar lebih. Loan saya tak cukup rasanya. Nak contact rakan-rakan yang ingin berkongsi dan tinggal di sini. Marilah....menikmati keindahan di sini.

Arak dan Dadah

Image
JIKA dulu, Corinne Coycle, 19, seorang gadis comel yang bekerja di Universiti Teesside, Middlesbrough, Britain tetapi kini dia tidak menyangka wajahnya akan berubah dalam sekelip mata hanya kerana meminum campuran arak eksotik di sebuah bar percutian di Greece. Koktel yang digelar sebagai Head itu merupakan campuran daripada arak bailey, tequila, absinthe, ouzo, vodka, cider, gin, serbuk cili dan beberapa ramuan rahsia tersebut telah memberi kesan alergi melampau sehingga menyebabkan mukanya bengkak dan gelembung. Tertekan dengan perubahan drastik itu, Coycle yang dibantu beberapa rakannya bergegas mengambil teksi ke hospital berhampiran resort percutiannya di Resort Crete di Malia dekat ibu kota Athens kelmarin. Doktor yang melihat wajahnya terkejut lantas menyuntik ubat pelali dan beberapa ubat lain. Namun seebelum peristiwa tragis itu, Coycle sempat menghantar wajah ‘terbaru’ beliau melalui telefon bimbit kepada ibunya, Fiona. “Saya sendiri pun tidak mengenali Coycle apabila me

Lawatan ke Bandung

Image
Salam semua kekawan dan rakan, handai taulan. Awal tahun ni saya merancang untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan (kaunselor Hulu Langat) ke Bandung. Sayangnya kurang sambutan, rasanya dek tsunami eko-no-money yang melanda. Saya baru dapat harga bersama dengan penginapan. Dalam RM500.00 gitu. Termasuk tempat tinggal dan perjalanan. Namun masa beredar begitu lama, tiada siapa yang begitu ghairah untuk bertanya khabar kecuali hanya 4 orang. Saya berpendapat, kita cancel dulu program untuk ke Unisba ini. Unisba ialah Universitas Islam Bandung. Ya, memang kita akan ke Bandung, tetapi trip pesawat langsung ke Bandung lebih tinggi ongkosnya dari ke Jakarta. Saya memilih ke Jakarta. Lagi pun tuan-tuan boleh tengok pemandangan sekitar ibu kota Jakarta yang 4 kali ganda lebih besar dari KL. Namun semuanya kita tangguh sehingga masa mengizinkan. Semalam pun masih ada rakan yang sms bertanya kelanjutan cerita ini. Yah, begitu lah berakhirnya episod pertama ini. Lagi pun 20 November ini saya

Jangan Delete Blog Anda

Image
Oleh : Norish afraima Salam dibulan Ramadhan yang jatuh pada bulan September tahun ini. Anda apa khabar? Ni nak citer sikit pasal blog. Saya tersilap delete blog yang lama (cerita dulu) gara-gara ingin menukar template baru sedangkan blog itu sudah 3 tahun saya post artikel pelbagai. Dari rendah sampai ke peringkat mesyuarat bersama Pegawai Kementerian. Saudara nak tahu apa jadi? Hilang... Ye lah, semua artikel lampau bersama dengan foto dan kenangan yang terindah hanyut begitu saja dan saya tak mungkin akan dapat mengejarnya kembali. Oleh itu, sebagai perkongsian dengan tuan-tuan semua. Janganlah delete blog lama, biarkan ia. Anda boleh tukar atau ganti nama blog itu andai ingin tak dikunjungi orang. Gantilah dengan nama apa pun. dari http://......blogspot.com, anda boleh ganti sebenarnya nama blog tersebut. Lihat dalam setting. Lainlah dalam blog anda sangat berbahaya bagi diri dan keluarga anda ditatap orang. Setelah ter-delete blog lama, saya terpaksa memulakan semula blog baru

Pengertian Dadah

PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Opait Perangsang (stimulants) Penekanan (Depressants) Hallucinogen Ganja (Cannabis) OPAIT Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE) Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah pen

Surat dari Syetan kepada Manusia

Image
Surat ini ditujukan dari setan untuk manusia…. Wahai manusia, ketahuilah bahwa pada bulan ramadhan ini aku telah dirantai oleh Tuhan ku yang maha perkasa. Aku sudah dibuat tak berdaya oleh Nya yang maha kuat dan maha gagah. Sungguh aku ingin sekali menggodamu di bulan ini. Yah… kau harus maklumi itu karena moyangku dan moyangmu telah lama berselisih dengan sengit.Wahai manusia, di bulan inilah kau bebas dari kekuasaanku. Aku sungguh sangat kesal dengan situasi ini. Aku sungguh marah tatkala melihat karibku berbondong-bondong pergi ke mesjid yang selama ini tidak pernah mereka kunjungi. Duhai…ternyata mereka telah mengkhianati janji setia mereka kepadaku. Tapi… aku toh masih bisa tersenyum bahkan tertawa terbahak-bahak dengan amat puas. Lihatlah disana…banyak ternyata manusia yang meskipun tidak aku goda ternyata masih saja masih berbuat dusta. Lihatlah di sudut jalan itu.. ahaaaa… sepasang muda mudi masih asyik masyuk bercumbu dengan dosa. Lihat pula disana…kawan pemabukku masih

Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah

Pengenalan Masalah alkohol dan dadah adalah masalah khusus dan memerlukan kepakaran yang khusus juga. Ia memerlukan program yang dibentuk khas dalam bidang pengurusan, pendidikan pencegahan, dan juga pemulihan. Dengan adanya program khas sebegini diharapkan akan lahir kumpulan yang mahir dan pakar yang dapat memberikan impak yang kukuh kepada pengurusan, pendidikan, pencegahan dan khidmat pemulihan. Dalam menangani permasalahan ini, USIM mengorak langkah menawarkan program bertaraf Diploma Siswazah yang bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini. Objektif Program Melahirkan pakar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, pengurusan dan pemulihan dadah. Melahirkan pakar yang mahir dalam menguruskan permasalahan dadah. Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pencegahan dadah. Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pemul

Selesainya Pembentangan Farmako

3 Sep 2008. syukur Al-Hamdulillah, hari ini sudah pembentangan farmako saya berjudul Benziodiazephine. Dr. Azlina Fahami dan Dr.Norliza menjadi panel penilai.Terima kasih kepada sahabat lama saya Shahruddin Jamal yang belajar di Universiti Makasar, yang kini bergelar Doktor Din di Muar kerana sudi menerangkan serba sedikit tentang dadah dalam Benzio ini. Mungkin tanpa penjelas itu, saya kurang ilmu lagi bab ini. Dan terima kasih pada kawan-kawan yang telah menjadi pemerhati episod pembentangan tadi. Manakala esok, 4 September kami merangcang untuk ke Pusat Serenti di Karak,guna untuk membuat satu rakaman kaunseling individu dengan (mantan) penagih dadah. Tetapi sayangnya, kami terlupa, sebenarnya teknik kaunseling dengan penagih dadah kami belum belajar lagi dengan Dr.Saedah. Teknik kaunseling ini tidak sama dengan teknik biasa yang dijalankan terhadap orang bukan penagih dadah. Sebab penagih dadah mempunyai daya helah bela diri dan ego yang tinggi. Kita perlu kepada trip untuk menyek