Posts

Showing posts from October 25, 2009

Convert Video FLV

Image
Kiranya anda memuat turun video format flv dari youtube, video itu pastinya tidak boleh dimainkan di dalam slaid power point anda. Anda perlu convert terlebih dahulu video itu dari fail flv menjadi wmv. Saya mencuba beberapa software guna men-konvert kan video tersebut, ternyata ada yang lambat sangat. Dan ini adalah salah satu dari program software tersebut.

Bersiap Untuk 2010

Sekarang guru-guru mulai sibuk mengemas fail 2009, dan mula melihat-lihat fail 2010, apa yang nak dibuat nanti, kena siap-siap cari idea dari sekarang.

Dah suntuk Masa

Image
Team JU terpaksa menggunakan kh idmat video untuk bermesyuarat secara online. Namun sayangnya, ada sahabat yang tidak berjaya masuk. Yang tak berjaya ni sebab guna broadband. Celcom belum dapat berbangga lagi , kemajuan kita di alam teknologi terlalu jauh di banding negara India dan negara-negara lain. Sahabat saya di Seremban terpaksa melihat sahaja apa yang berlaku pada malam ini. Manakala Sdr.Amin di Kedah, langsung tidak dapat masuk. Alahai. celcom, celcom, lambat bayar, di kejarnya kita, janji brodband RM70, sampai bil ke rumah RM73.00. Hemmm..... melihat sahaja lah

Punca Slaid Tidak Keluar

Image
Pelik juga, tanpa menekan mana-mana, dan tidak mengubah apa-apa setting, paparan power point di boleh tidak muncul. Padahal semalam di SK Sungai Ramal Dalam, setelah tamat sesi ceramah, saya pulang terus dan tidak membuka lap top ini. Namun mujur juga, kerana dapat pengetahuan baru.

Kisah Cinta?

Image
Satu Malaya baca, wah cerita JU ICT Kaunseling bercinta masuk surat khabar.... Jika anda ke laman web http://l4kpm.net, di situ ada terpampang foto beliau. Program penghantaran Laporan kaunseling seMalaysia ini pun di usahakan oleh beliau dan Norhisham Seremban.

Download siaran TV3

Image
Sekian lama saya mencari-cari cara, bagaimana nak salin tayangan video dari TV3 dan juga TV9. Akhirnya baru teringat ada seorang sahabat yang sering mengambil berita Nurin Jazlin dari Buletin Utama dan di paste ke halaman youtube. Beberapa orang saya hubungi untuk bertanya cara, namun hanya seorang yang membantu menjawab. Rupanya, untuk menyalin siaran itu anda perlu daftar dahulu dengan laman web TV tersebut. Yang kedua PC anda harus mempunyai softwareReal Player. real Player secara automatik akan menayangkan butang download this video. Oh kalau gitu lepas ni banyak lah siaran 360 dan 999 boleh saya tayangkan pada anak-anak di sekolah.

Remaja Harapan Negara

Image
S epagi di SK Rinching Hilir , Persediaan Awal Menghadapi UPSR 2010

Psediaan Awal UPSR di SK Rinching Hilir

Image
Semalam saya menghadapi masalah paparan dari lap top tidak keluar di layar, selama setengah duk baik pulih, akhirnya ceramah (Awal Remaja) di SK Sungai Ramal Dalam bermula lewat dari jangkaan, ceramah dimulakan setelah mengganti dengan projektor baru. Masalahnya gambar keluar berkelip-kelip, tidak tahu apa masalahnya. Hari ini di SK Rinching Hilir ada masalah lain lagi, paparan dari desktop keluar di layar skrin, tetapi power point tidak keluar, sedang di lap top ianya muncul. Belajar lagi masalah baru, akhirnya setelah tamat ceramah dengan menggunakan Lap top lain, barulah kesilapannya di sedari. Hati kecil saya semenjak pagi lagi bekata-kata, hari ini saya perlu membawa projektor sendiri. Sebab naik motor, saya tak bawalah benda itu.

INTERNSHIP 2: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SMK PENGHULU SAAD, PARIT SULONG

Image
Pada hari Jumaat, 30 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di SMK Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program ini adalah bagi memenuhi syarat Internship 2 dalam Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse, Universiti Sains Islam Malaysia. Sasaran peserta program ialah pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah PMR seramai 70 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Pengisian program ialah Tayangan Video "TERSASAR DI JALANMU" serta perbincangan mengenainya, Ceramah Ancaman Dadah Kepada Remaja dan Pengendalian Soal Selidik Skala Tahap Kesedaran Dadah Dalam Kalangan Pelajar. Encik Mohd Jais bin Bakar, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Penghulu Saad Biar apapun caranya, maklumat perlu disampaikan sebagai usaha mencegah remaja dari terus terlibat dengan ketagihan dadah Sebahagian peserta pelajar lelaki Sebahagian peserta pelajar perempuan

CERAMAH AKTA DADAH

Image
Pada 27 Oktober 2009, Selasa satu ceramah berkaitan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) telah diadakan di Kelas SPADA. Penceramah jemputan khas ialah Tuan Afzainizam b Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Cara Buka FTP

Ramai jugak yang terkandas bab FTP ni. Saya dah upload bahannya dan di sini saya sertakan power point cara membukanya, PC anda perlu ada Program Winrar. Dapatkan winrar di sini . Klik di sini untuk Cara Buka FTP

Bertemu di L4

Sahabat lama saya di MPI, semasa mengambil KPLI 2004, Baharuddin dari Terengganu baru menghubungi saya setelah terlihat foto munggil di http://l4kpm.net. Setakat ini hanya Suhana dari Johor dan Fadhilah N9 yang masih boleh dihubungi, Sementara Khairul Bariah di Ampng sudah pun tak dapat dihubungi setelah beliau berkahwin tempoh hari. Oh ya, Azmi jugak masih berhubung, itupun kerana beliau menjadi JU Kaunseling di Kedah. Harap semua rakan-rakan yang terputus hubungan dapat menghubungi saya kembali.afraima@yahoo.com. Mana rakanku Shah yang sudah posting ke Sabah.Hilang terus nampaknya...

Hanya 45 Saat

Video ringkas di atas ini menunjukkan cara menghantar borang L4, mula-mula Klik Ikon L4, kemudian pilih negeri anda, pilih jenis sekolah anda, browse, dapatkan fail excel dan klik Open dan hantar.

PERINGATAN

Tindakan Yang Perlu di Buat 1. Setelah anda download borang tersebut, sila namakan (rename) borang itu mengikut nama kod sekolah masing-masing, contoh BBA4018 2. Biarkan fail excel itu tetap dalam program 2003, jangan hantar excel 2007. Tidak semua PC boleh membaca program tersebut. Tempat Kursus bagi Kaunselor daerah Hulu Langat 4-6 November 2009 di Coral Bay Resort Kemudahan internet ada. Sila bawa broadband anda supaya ramai dapat menggunakan talian internet.

Pelajari Cara Muat Turun "Download"

Kadang-kadang bila nak download sesuatu, ada yang memang kita tersesat sampai tak jumpa mana dia butang nak download. Punya lah payah, macam dia tak nak bagi pun kita download, ada yang kena bayar dulu, masukkan emel dulu, dan macam-macam. Untuk memudahkan semua, saya sertakan paparan video ringkas ini. Semoga tiada lagi masalah " tak reti nak download ".

Program terdekat

Image
Sibuk, sibuk. Khamis ini 29 Oktober di SK Sungai Ramal Dalam, Program Awal Remaja , 30 Oktober di SK Riching Hilir , Persediaan Menghadapi UPSR 2010 bagi murid-murid tahun 5. 2 hingga 4 di Pangkor , (tengok kat web ppd 4-6 lak) Program Taklimat e-pelaporan untuk semua guru bimbingan dan kaunseling daerah Hulu Langat, setiap sekolah mesti menghantar seorang wakil, sila muat turun borang L4 sekolah menengah di sini dan sekolah rendah di sini , dan isikan secara manual, kemudian bawa di Pangkor. Dapatkan surat panggilan di pegeon hold masing-masing, kegagalan menghadiri taklimat ini memungkinkan anda tidak faham cara penghantarannya. Ingat, KPM sedang memantau kemasukan laporan2 ini dari seluruh Malaysia. Manakala 4-7 November , kami team JU ICT Inysa Allah akan ke Semporna Sabah bagi membantu menyiapkan program untuk negeri Sabah, khabarnya ada 24 buah PPD. Pejabat Pelajaran Daerah Papar 2 Pejabat Pelajaran Daerah Nabawan

Kenangan di ICR

Image
Ada Gambar lagi dibawah, sila klik seterusnya

Wau...dah Besar Anak Acu

Semasa ibunya belajar di SPADA, dia dibawa ke kelas hari-hari, kini dah lahir dan sedang membesar. Semoga menjadi anak yang membahgiakan orang tuanya.