Posts

Showing posts from January 24, 2010

Ciri2 Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri pelajar tersebut antara lain adalah seperti berikut: 1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. 2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat. 3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. 4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). 6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi. 7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah da

Pertemuan 2 Blogger

Image
Saudara Amin, berada di rumah Norish77, Nilai 3. Anda mungkin pernah ke blog Aspirasidiri.blogspot.com. Empunya tuan punya blog hari ini sempat singgah di rumah saya dalam rangka pulang ke rumahnya di Kluang. Yang belum pernah ke sana, jom ke http://aspirasidiri.blogspot.com. Klik

Kisah 2 Orang Bodoh

Seorang bodoh, suatu ketika dia berjaya mencuri, kerana takut orang tahu, dia jadi bingung, mahu di simpan dimana wang itu. Jika letak dirumah nanti orang tahu, kalau tanam bagaimana? Ya, dia mengambil keputusan untuk menanam wang itu. Takut orang tahu di situ ada wang, dia menulis di atas sekeping papan. Tertulis di papan itu, di sini tidak ada wang. Lalu dipacaknya papan tanda tadi di atas tanah tempat dia menyimpan wang. Lewat seorang lagi orang yang bodoh bernama Kassim. Kenapa di sini ditulis seperti ini. Aneh sekali. Mungkin ada wang, lalu digalinya. Wah, dia jumpa wang betul. Takut orang tahu dia mencuri. Lalu dia pun tulis, Bukan Kassim yang Curi.

Tips Menghadapi Peperiksaan

Image
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda. >Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungki