Posts

Showing posts from August 3, 2008

Peranan Bapa Sebagai Ketua Keluarga

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah,Sos.I Assalamualaikum,para guru,murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti BUkit Chabang. Perlis. Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1 Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Cristian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksa mengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib,bersma JAWI, DBKL dan lain sebagainya. Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini. Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorang bekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga. Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal,saya bertanya punca ia menagih.Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab
Image
Oleh : En.Noorhisham Hamzah,S.Sos.I KUALA LUMPUR , Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air. Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia. Baca selanjutnya

Lawatan ke Inabah dan Pusat Serenti

Image
Oleh : Noorhisham Hamzah KUALA LUMPUR , Satu rombongan mahasiswa SPADA dari USIM yang diketuai oleh En.ASP Nadzir Othman, bersama 20 orang rakan dan 2 pemandu serta seorang krew, telah melawati 3 negeri di Utara Tanah Air. Negeri yang menjadi destinasi ialah Kedah, Perak dan Perlis. Rancangan awal kami mahu melangkah setapak ke negara Thailand, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayang kesempatan ini tidak tercapai.Lokasi pertama kami ialah Inabah, pusat pemulihan akhlak penagih dadah yang mengguna metode dari pesantren Suryalaya, Jawa Barat Indonesia. Memang seronok perjalanan ini, kami tiba jam 12.00 tengah malam, kami menghamparkan tubuh sejenak, sembari menunggu jam 3.00 pagi. Ya, jam 3 pagi kami dikejutkan, untuk melihat acara terawal di Inabah ini, 100 orang bekas pecandu narkotika mandi taubat 40 gayong air yang dingin mencengkam tulang. Mereka kemudian bergegas ke surau untuk solat tahajud 12 rakaatm solat taubat dan solat hajat. Di samping menunggu rakan2 yang tiba, mereka meng

Dimana....?

Image
Hari ini saya dan kawan-kawan di Spada akan berangkat ke Pusat Pemulihan Dadah di Kedah menggunakan metode Inabah, semasa di Aceh, saya sudah membaca buku karangan Dr.Su'dan yang mana isi kandungannya menyatakan keberhasilan 96.4% pesakit dadah sembuh sembuh dengan usaha seperti itu yang dilakukan di Suryalaya, Jawa Barat.Bahan ini saya masukkan ke dalam skripsi yang membawa saya memegang ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Penyuluhan Islam, Fakultas Dakwah. Lawatan ini memberi peluang pada saya untuk melihat sejauh mana metode dari Indonesia itu diguna pakai dan sejauh mana keberhasilan serta apakah masalah dan kekangan yang masih menghalang ditengah jalan. Di pagi ini, sempat membuka lembaran blog amal, terpandang wajah Sharlinie yang hilang dan belum dapat dijejaki hingga kini. Di mana dia....?

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, berhubung tawaran Melanjut pelajaran Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah,ramai yang tidak mengetahui akan hal ini. Sebenarnya setiap tahun peluang di buka kepada 30 orang dari KPM dan 30 dari SPA. Namun setiap tahun hanya 21 dan 22 orang yang minta sambung belajar. Kemungkinan tidak disampaikan oleh orang yang berkenaan pada anda, atau memang anda dilihat tidak berminat. Apapun saya nak buka sedikit gambaran, bahwa peluang ini terbuka kepada semua pemegang ijazah Bimbingan, Kaunseling, Psikologi dan yang berkaitan. Cuti bergaji penuh dan diberikan elaun sara hidup. Masa hanta 9 bulan. Umur tidak melebihi 40 tahun. Sudahpun sah jawatan, sudah membuat isytihar harta, dipersetujui oleh majikan dan markah tahunan 85 ke atas. Ayuhlah, ramai-ramai tahun depan, sesiapa yang nak tambah ilmu, atau nak keluar makan angin sekejap di luar sekolah, atau mencari idea baru. Silakan jangan bertangguh.Tahun ini, rakan-rakan saya dari Johor pun ada, Pas

Berceritalah

Berceritalah, cerita anda adalah cerita kehidupan anda yang sebenar. Serlahkan siapa diri anda. Abadikan blog ini di alam buana ini. Semoga anda pergi, ada yang sudi menatapnya sebagai pengganti diri. Jika ulama meninggal warisan ilmu dan kitab, maka kita meninggal sebuah tulisan yang tiada galang gantinya. Teruskan wahai sahabat menulis sebuah tulisan yang memberi makna, mendatang manfaat kepada manusia seluruhnya, tatkala anda masih bersama roh mau pun ketika panggilan akhir datang menamatkan sebuah lakonan hidup di dunia ini. Norish