Posts

Showing posts from August 5, 2012

13 Tahun yang lalu

Assalamualaikum, apa khabar semua sahabat, beberapa hari sudah saya ingin menggerakkan jari jemari ini untuk menulis, dan saya akan terus menulis selagi Tuhan membenarkan saya berdakwah lewat media Blog ini. Sebelum Kembara Hidup dilancarkan, Tinta Norish telah bertapak sebelumnya. Perubahan waktu, Tinta Norish terpaksa di rubah, memandang mesej yang dibawanya lebih kepada nuansa dakwah Islami. Ramadan di Aceh Seingat saya, ketika menjalani ibadah puasa di Banda Acheh dahulu (tahun 1999).Habis solat Asar, saya mengayuh basikal dari Kampung Tanjung Selamat ke Mess Malaysia di Jalan Inong Balee.Jaraknya sekitar 6 kilometer atau lebih. Maklum di rumah sewa kami tiada TV sendiri, kami beramai-ramai menonton TV RCTI (di Mess) menjelang waktu berbuka, lebih seronok jika bersama rakan-rakan.waktu itu cukup ramai yang meminati filem drama lakonan Krisdayanti.(Lupa judulnya).Filem itu kemudian dibawa masuk ke Malaysia. Dekat-dekat waktu berbuka,mucul syarahan di TV yang lebih dikenali kult

Berbeza tapi masih sama

Dalam Islam ada undang-undang yang lengkap, meliputi semua aktiviti hidup manusia, berpotensi memberi bantuan yang diperlukan oleh setiap manusia, tanpa mengira batasan tempat dan masa. Likulli zamanin wa mamakaanin .Undang-undang ASAS terkumpul dalam Al-Qur'an ul Karim, yang kita sedia maklum, diturunkan dalam bulan Ramadan secara sekali gus dari Baitul Izzah ke langit dunia, dari situlah ia diturunkan beransur-ansur ke dunia mengikut keadaan semasa kepada Nabi Muhammad SAW.Pembawanya Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam. Undang-undang kecil bersifat cabang atau ranting, itu semua di ambil berdasarkan prinsip-prinsip utama yang telah disebutkan secara menyeluruh dalam Kitabullah itu. Hukum menyuntik heroin ke tubuh badan manusia sehingga menjadikan pengguna itu kebingunan, rosak akalnya, pun sudah ada (termasuk) dalam Qur'an, ianya kembali kepada objektif dadah itu iaitu memabukkan. Memanglah zaman Rasulullah, Heroin dan Morfin belum disebut,tetapi sifatnya tetap sama, iaitu m

Indahnya

Image

TAQWA : Berjayakah kita memilikinya

Image
Aduh...Tajuk yang boleh memberi pukulan kepada sesiapa sahaja. Sembari datangnya Ramadhan, objektif puasa atau shaum itu ingin membawa kita semua  (yang berpuasa) dekat kepadaNya dan menjadi insan bertaqwa.Jika sudah bertaqwa, upgrade diri lagi supaya lebih hampir lagi, kerana hiijab yang menutupi hati kita dengan Nya mempunyai 70,000 hijab. Kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan, dan sudah pun memasuki fasa separuh masa kedua. Nampaknya majoriti umat Islam sedang mengejar yang lain dari mengejar objektif puasa itu sendiri.Baju raya yang dicari, mercun pun sudah berbunyi, lagu raya sudah diputar, nampak sangat mereka macam lebih seronok jika Ramadhan ini berlalu lebih cepat. Entah ini pertemuan yang kali ke berapa terakhir dalam hidup kita dengan Ramadhan.Nafsu, atau keinginan batin kepada kehidupan dunia masih memberontak.Belum juga berpaling untuk tuhannya, walaupun tiap malam ayat Iyyaka Na'budu wa iyyaa ka nasta 'iem, dibacakan malah di ulang-ulang. Aduhai, betapa

Lorongkanlah Hidupmu di lorong Ilahi

Image
Bulan Ramadan, kereta kawan saya di pecahkan tingkap. Set Radio dicuri.sabar je lah. Bulan Ramadan mengujii betul, nak nak raya pulak nih. Tingkap dipecahkan, alarm tak berbunyi