Posts

Showing posts from March 29, 2009

Terima Kasih Semua.....dari kami SPADA AADK AMPANG

Image
3hb April 2009 merupakan hari terakhir kami menjalankan internship III di AADK Ampang & di Klinik Sahabat Methadone AU2 Keramat. Terima kasih kepada semua Warga AADK Ampang dan Klinik Sahabat Metahone yang begitu banyak membantu kami menyelesaikan tanggungjawab kami sebagai pelajar SPADA sesi 08/09. Begitu banyak pengalaman yang kami pelajari sepanjang tempoh 10 minggu. Kepada geng2 SPADA yang lain, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dari kami geng SPADA AADK Ampang...jgn lupa buat presentation yang terbaik selasa nanti OK...

Bapa Penagih Dadah

3 April 2009. KAJANG. Satu operasi melibatkan satu agensi dan satu jabatan di adakan malam tadi. 14 orang ditangkap dalam operasi malam tadi antara JPJ dan AADK Daerah Hulu Langat. Kesemua yang ditangkap berdasarkan pada ujian air kencing posotif dadah. Saya cuba bertanya kepada beberapa orang, jenis apa yang di ambil dan untuk apa. Ada yang mengatakan dia 2 hari lepas demam dan batuk, jadi ambil ubat hospital. Bila kena macam ni, ada dadah pulak dalam air kencing. Mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Apapun yang berlaku, ini memberi satu input kepada mereka bahawa dadah itu sebenarnya sedang ditangani secara serius oleh pihak AADK. Ada seorang yang suspek, sudah memiliki 2 orang anak, pernah masuk pusat sekali dan penjara 2 kali. Masih belum dapat meninggalkan tabiat pengambilan dadah ini. Apabila ditanya jenis pengambilan, jawabnya ganja.

Respon Dari Dr.Shaharudin (Johor)

Terima Kasih atas respon sahabat baik saya Dr.Din. Sebelumnya saya tidak tahu nonspan dari kelas Benzo. Maklumat sangat berguna untuk saya, ibu bapa, guru dan semua pembaca. Assalamualaikum ustaz Domikum.aremine 5 dan nospan semuanya ubat dari kelompok benzodiazepin(benzo).benzo merupakan ubat yang dipakai untuk mengatasi masalah pada mereka yang mengalami gangguan cemas,berdebar2 dan tidak boleh tidur.ubat2 ini tidak boleh dipakai dalam waktu yang lama(lebih 5 hari)kerana boleh mendatangkan efek ketergantungan/ketagih. Penagih dadah menggunakan ubat ini untuk lebih lalok @ efek high yang lebih tinggi,sebab itulah sy. methadone tidak boleh digunakan bersama ubat ini. ustaz selain ubat2 ini gam kasut/tayar juga boleh mendatangkan efek high/lalaok.sebabitulah pelajar2melayu seusia 9-12 tahun telah menjadi penagih...penagih gam kasut kerana mudah didapat,harganya murah dan urin tidak boleh kesan. Ustaz bagi contoh anak bagi duit kepada bapa untuk menagih, tapi disini sangat banyak penagih

Web SKB jem

Sejak malam tadi, berbarengan berita meninggalnya suami Pn.Lelawati, web SKB ramai dikunjungi orang. Ramai jugak yang menitip rasa simpati. Jam 3 .00 pagi saya masih di depan LCD PC, edit dan edit, kebetulan baru balik dari Operasi bersama AADK dan JPJ di sebuah Tol di Kajang. Malam tadi 14 tangkapan dibuat terhadap orang yang positif dadah dalam urin. Saya sengaja ke sana untuk membuat rakaman, apa yang di ambil dan kenapa, sebagai bahan ceramah dadah 2 jam di Ciast Shah Alam Jumaat ini. Saya mengekori dari jam 10.40 sampai ke hantar ke Pejabat AADk Daerah jam 1.30 pagi. Pagi ini, web tersebut, tak dapat di akses, saya menghubungi upline, kemungkinan server tak berapa ok katanya. Termasuk web www.sktangjongkarang.com , namun w ww.kaunselor.com masih boleh jalan. Terima kasih banyak pada semua guru dan AJK PIBG yang menghulur salam takziah pada Pn.Lela, sebentar tadi saya hubungi, beliau selamat tiba di Pasir Puteh jam 4.00 pagi tadi. jenazah sudah selamat dikebumikan di kampung hal

Padatnya sesi petang

Image
Suasana petang memang begini di kantin, pagi pun sama, sebab jumlah murid sama ramai. Hairannya murid-murid ini, tak ada seorang pun yang nak pergi tekan suis kipas apabila mereka rehat. Maka duduk, makan dan berbuallah mereka di dalam kepanasan. Seorang guru bagi tau pada murid yang tinggi, lain kali kalau sampai kantin, terus buka suis kipas dulu, baru duduk.

Berita Duka

see on www.skbangi.com

Rakyat Malaysia dipenjara 8 tahun kerana heroin

BRISBANE - Seorang wanita Malaysia, Ramia Jimson dipenjarakan selama lapan tahun kerana menyeludup hampir dua kilogram kokain ke Australia, lapor sebuah akhbar semalam. Dia sebelum ini ditangkap oleh pegawai-pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada 3 Mac lalu selepas tiba dengan satu penerbangan dari Brazil. Pendakwa Raya Komanwel, Glen Rice berkata, Ramia dipilih secara rambang untuk pemeriksaan beg secara rambang di mana beberapa pegawai menemui 1.9 kilogram kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg pakaian. Rice berkata, dadah itu mempunyai nilai pasaran lebih AS$2 juta (RM7.41 juta). Mahkamah diberitahu bahawa Ramia diminta oleh seorang rakan di Brazil supaya membawa beg itu. Dia akan hanya memperoleh AS$2,000 (RM7,409) kerana peranannya dalam penyeludupan itu. Peguam bela Ramia, Dennis Lynch berkata, anak guamnya akan menggunakan wang itu untuk cuba memperbaiki tahap kehidupan keluarganya yang miskin di luar Kuala Lumpur. Lynch memberitahu mahkamah, pe

Doaku Makbul

Sungguh Dahsyat sekarang ini, merebaknya masalah dadah, dadah bukan lagi berada di lorong kecil dan gelap seperti di Chow Kit, dadah sudah turun ke sekolah, bahkan murid perempuan pula yang menjadi tukang pengedarnya. Manakala pelajar lelaki, tanpa di disedari sudah mula berjinak dengan ganja dan pelbagai pil-pil khayal seperti nonspan, domikon, erimin 5 dan lain-lain ketika di tingkatan 2 dan 3.(Saya kurang arif tentang kegunaan pil-pil ini, minta Dr.Din jelskan kalau terbaca). Terlalu awal memulakan karier sebagai penagih. Di pusat serenti sekarang ramai yang muda belia. Rata-rata di paksa rela masuk ke pusat dengan pelbagai helah. Ada yang kakak kata, sekejap je, pergi tengok2 dulu. Dan semalam, saya bertemu seorang tua yang berusia 60 tahun, solat di atas kerusi, lantaran sakit, menurut cerita dari orang perorangan, dia dimasukkan ke pusat kerana anaknya sendiri yang menghantarnya, lantaran tidak tahan dengan sikap bapa. Kes yang kedua, ada pula yang anaknya terpaksa membantu ayah

CATATAN HUJUNG TINTA

Image
Hari ini adalah hari kedua terakhir saya di PERSADA, dan esok adalah hari terakhir, semalam ahli keluarga memasang khemah untuk acara sukan hari ini. (020409). Pun saya tak sempat hadir pagi ini lantaran kena berjumpa Pegawai AADk dari HQ di Bangi. Acara sukaneka seperti Bola Sepak Berkain Pelikat, Lari Dalam Guni, Bawa Ping Pong dengan Sudu dan lain-lain siap dipertandingkan. Semuanya akan berentap hari ini. Hadiah telah pun disediakan semalam. Setiap pagi, ahli keluarga akan memulakan dengan doa sebelum morning meeting. Bahasanya sungguh baik, bila saya perhatikan tiap kalimah2 doa ini, andai setahun mereka berada di sini dan sempat menghafalnya, sudah tentu mereka akan bertambah baik. Apalagi bila keluar nanti mereka berdoa datang dari lubuk hati sendiri yang paling dalam. Perhatikan doa ini. Klik pada image untuk pembesaran. Dan ini kes yang semakin hebat sekarang ini. Bukan sahaja pelajar lelaki menjadi penagih di usia dini, ketika di tingkatan 2 dan 3, manakala guru-guru tiada ya

Buta matanya

Dalam surah Thaha ayat 124, Tuhan berfirman : ومن إعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة إعمى Artinya : " Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, (berpaling berzikir padaKu), maka sesungguhnya baginya, kesempitan dalam hidup, (didunia) dan Kami akan mengumpulnya (di akhirat kelak) dalam keadaan buta matanya.Bertanya mereka, Wahai Tuhanku, kenapa aku dibangkitkan dalam keadaan buta, padahal dulu di dunia, aku boleh melihat? Jawab Tuhan, demikianlah disebabkan engkau lupakan Daku di dunia, maka kini engkau dilupakan " Syarahan dari ayat ini, kehidupan seseorang manusia yang jauh dari rel / landasan agama, akan menjadikan dirinya susah, wang banyak pun tak cukup, apalagi jikalau sedikit, jiwanya sering sempit. Itu lah balasan Tuhan, tujuannya, supaya bila hambanya berada didalam kesempitan, mereka memanggil tuhan dalam doa-doa. Namun manusia sebenarnya mencari jalan lain untuk lari dari kesempitan hidup. Ada antara mereka mengambil narkoba (narkotik dan uba

Blog Anak Sri ABIM

Image
http://www.syacute97.blogspot.com/.. Terima Kasih atas penghargaan dari seorang murid yang bakal menjadi warga ABIM cemerlang.

Berita Yang Sadis

Image
Untuk makluman semua pembaca, blog saya dikunjungi oleh para guru, pegawai kerajaan dan juga keluarga kepada penagih. Memang saya sengaja invite mereka datang untuk melihat catatan saya sepanjang perjalanan ini. Ada mutiara yang bertaburan, ada juga batu kerikil, Pilihlah.... you get what you want . Pada anda semua, dari Brunei dan Indonesia, dari Malaysia dan serata alam, saya ucapkan, أهلا و سهلا بكم جميعا , Selamat Datang, Welcome, hana nyang lebih lon rasakan guembira pane nyoe, salain kedatangan dron mandum . Saya lihat sampai ratusan yang datang, namun tidak pula meninggal pesan, entah sengaja mahu berhenti atau singgah sebentar sekadar sejukkan enjin. Terutama dari Brunei. Sering saja ada. Silakan tinggal pesan. Salam ukhuwah fillah, semoga selamanya kita dalam redha ALLAH. Hari ini, saya membantu 2 orang sahabat di pusat, membuat panggilan terhadap bekas penagih yang sudah keluar, panggilan ini sempena ulang tahun TC yang ke sepuluh. Saya bukan mahu bercerita hal ini sebena

FAKTA PENGIDAP HIV

Image

Dadah Menambah Selera Makan

Image
Mungkin anda pernah mendengar ketamin, LSD, mefatamin, heroin, Ganja, Morfin, Candu, Kodein, MDMA, Minyak Hashis, Syabu, ATS, sedatif Hipnotif , Nonspan, Domikom, Pain Killer, Psilosibin, Ekstasi, nIKOTIN, Shisya, Benzodiazepin, Metadon, Naltroxone, dan lain-lain, itu semua adalah nama-nama bagi pelbagai jenis dadah yang terdapat dalam dunia hari ini. Dan masih banyak lagi nama-nama yang lain. Sementara itu, jika dikelaskan semua jenis dadah2 tersebut, ada 5 kelompok besar. 1. Opiat 2. Kanabis 3. Depresen 4. Stimulan 5. Halusinagen dan ada yang terbaru yang ke-6. Designer Drug. Opiat sebenarnya digunakan oleh doktor sebagai ubat bius.Semua dadah memberi kesan tersendiri. Majoriti kita lihat penagih dadah kurus, macam hantu jelangkong. Tetapi ada penagih dadah yang gemuk, tidak nampak pun kurus atau macam penagih. Dadah jenis apa tu? Itulah penagih ganja, ya ganja tidak menggemukkan, bahkan menambah selera makan. Justeru tidak hairan ada penagih yang gemuk. Namun ganja menjadikan mere