Posts

Showing posts from March 28, 2010

Web Kaunselor Terbiar Seketika

Kepada para kaunselor dan guru bimbingan Hulu Langat, web kaunselor.com masih beroperasi, cuma beberapa ketika tidak dapat di hantar sebarang berita dan artikel. Ini gara-gara ada "error" timbul bila saya LOGIN. Setelah merujuk kepada pakar web, Norhisham Negeri Sembilan, baru malam ini saya cuba baiki kerosakan yang berlaku pada sistem "LOCALE". Nasib baik tahu sikit guna FTP. Kalau tidak sampai expire lah web tu akan begitu. Seperkara lagi, saya sengaja biarkan web itu boleh didaftar oleh siapa sahaja tanpa admin mengaktifkannya terlebih dahulu, rupanya ada orang luar (mat salleh) yang ambil kesempatan meletakkan gambar lucah dan iklan ntah apa-apa. Entah berapa ramai yang sempat melihat, selama ini tiada pula yang melaporkan bahawa web itu kena godam. Nasib baik...huhu

BEST NYER HUKUMAN DI PINDA

Image
JIKA anda sampai di akhirat kelak, sementara anda sedar anda banyak dosa, dan tiada hukuman selain dari neraka, tau-tau ada satu pengumuman, mengatakan anda hendaklah menjalankan kegiatan membersih kaki lima syurga selama 10,000 tahun sebagai ganti hukuman terhadap dosa anda selama di dunia. Tetapi apakah begitu di sana nanti?

SALAM PERKENALAN

Image
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia . 1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). 3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ). 4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...). 6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga t

Efek Kewangan Berkurang

Image
Mesin scan mulut (x-ray) di Hospital Serdang mengamali kerosakan, dan ianya tidak dapat di baikpulih dalam masa terdekat, apa sebab, mungkin masalah inomoney. Ekono money la kan.. Jadi, pasein yang nak follow up sakit mereka, terpaksalah ke Hospital Kuala Lumpur, untuk mendapatkan scan di sana. Nasib baik masih percuma. Tapi kalau di sana suatu hari nanti pun rosak? Nam buat macam mana?

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

Image
KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. "Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya. Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini. H

Sel Darah Babi

Image
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi. Norish : pssss :Anda mungkin pernah mendengar pil kuda. Pil-pil ini banyak terdapat di Negeri Kelantan, Kedah dan seutara dengannya, ianya datang dari Negara Thailand, baru-baru ketika saya bersembang dengan seorang Pegawai Pemadam, beliau mendapat berita dari budak-budak bekas

Ulasan pengetua hantui 22 bekas pelajar

Image
YAN: Ibu bapa kepada 22 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, kesal dengan tindakan pengetua sekolah itu yang dianggap keterlaluan dan menganiaya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila memberi ulasan kurang memuaskan serta tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah mereka. Ayah pelajar, Rasli Mohd Zain, 55, berkata dia kesal dengan pengetua berkenaan kerana membantutkan hasrat anaknya untuk memasuki institusi pengajian tinggi disebabkan ulasan tidak munasabah. “Pengetua wanita itu memberi ulasan kelakuan pelajar kurang memuaskan dan masalah disiplin. Ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar selain berisiko tidak dapat tempat di institut pengajian tinggi awam atau swasta. “Anak saya, Ahmad Ikram, 18, memberitahu dia nakal di sekolah, namun tidak sampai ke tahap masalah disiplin yang teruk sehingga pengetua berkenaan tergamak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rasli berkata, anaknya pernah mewakili Kedah dalam b

Penangan Potong Potong

Bajet kepada Kementerian Kesihatan turut dipotong. Tadi saya ke Hospital Serdang dalam rawatan susulan masalah sakit dalam mulut. X ray yang ada di Hospital Serdang rosak kata doktor, lantaran itu saya kena ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk x-ray. Hebantnya bajet, mana ada pulih lagi. Barang peralatan di hospital rosak pun tak boleh baiki. NO Bajet...

Tok Guru Ambo

Image
Satu ketika dahulu, kereta mercedes Tuan Guru tak hidup, puas di start-2, tak juga mahu hidup, kami beberapa orang tolong tolak di depan masjid Pulau Melaka, ke sana ke sini, tak juga hidup, akhirnya bila dah penat menolak, Tuan Guru ajak ke kedai Abang Mi (anak arwah Pak Cik Hamzah), kami semua makan di situ. Seronoknya bukan dapat makan, tetapi kerana siapa yang belanja makan. Hihi