Posts

Showing posts from October 17, 2010

Berehat Sekejap...

Image
Setelah penat taip laporan, rehat saya ialah buka internet, baca posting latest kat akhbar online, sambil tengok apa yang kawan-kawan buat lewat fb. Sambil itu, menolong kawan-kawan GBSM yang masih terkontang-kanting mencari sumber dimana nak muat turun borang L4. Itu lah, kalau ada FB kan mudah, boleh kekawan tunjuk ajar, ini tak nak, katanya...bosan lah... Padahal, tengok kekawan yang dulunya kataya bosan, boring. Cuba tengok kat dinding FB dia, mmmmm, banyak jugak. Baiklah, alamat untuk donwload borang tersebut ialah di ekaunseling.net Lihat sebelah kiri tu, ada nampak tak tulisan Download Borang e-L4. Ha klik kat sini. Bila kita klik sini, komputer akan tanya balik, nak simpan ke tak nak dalam bahasa omputih la. Jawab lah save file. Klik la atas tu sambil menjawab. Nampaknya macam muat turun tadi dah selesai. Apa lagi, klik open file, dapatkan kat mana fail tadi disorokkan, klik lah mana-mana asal dia install kat komputer kita. Install sampai habis ya. Sahabat kita ter

Sial Dadah

Image
Masih persoalan dadah, bukan sahaja menyalahgunakan dadah membuat fizikal jadi sakit, fikiran dan perasaan jadi haru-biru, kini tubuh pula terpaksa menerima hukuman, ruh terpaksa dipisahkan dari jasad.

Guru Tak Mampu Menjaga Kamu

Image
Januari 2011. Murid-murid tahun enam di semua sekolah seluruh Malaysia akan beralih sekolah, dan secara automatik mereka bergelar pelajar sekolah menengah. Usia 13 tahun di sekolah menengah adalah tahun kedua kamu melangkah alam remaja. Banyak keinginan baru yang datang. Macam-macam nak dicuba, dari yang baik, hingga yang tak baik. Termasuklah menghidu gam, merokok, mencuba dadah ganja, dan sebagainya. Cikgu-cikgu pastinya tak mampu untuk memberi nasihat lagi, jika kamu sudah terjebak, yang hanya dapat cikgu katakan adalah... jagalah diri mu baik-baik . Meniti alam remaja memang indah, tetapi perlu di ingat, kita adalah manusia, hamba kepada Allah. Title ini tidak akan pudar dan hilang sampai bila dan dimana pun. Makanya inilah salah satu nasihat sebelum kamu pergi ke sekolah menengah, jagalah dirimu, maruah keluargamu, pelihara hubungan dengan Tuhanmu. Semoga Dia akan menjaga kamu kembali.

Hanya Angin

Pelik dan Ajaib, begitu lah kerja Allah Taala, apabila beberapa hari ini ramai yang mengadu sakit tekak. Saya merasakan angin petang Jumaat lalu lain macam, sehingga lah badan mulai rasa makin sejuk pada malamnya dan terpaksa tidur berselimut tebal. Masya Allah..sesungguhnya demam itu meng-ampunkan dosa kata seorang sahabat, tetapi ustaz katanya....dengan syarat kita redha, kalau sebaliknya, kita tidak redha, itu tanda murka Tuhan. Hanya angin datang, dan kita semua (yang sakit) terus sahaja mendapat sakit, tidak boleh menelan air liur, apalagi makan yang keras. Angin Kiamat Ada satu hadis...kata Nabi...di akhir zaman, apabila tiba saat kiamat, Tuhan mematikan dahulu orang-orang soleh, dengan menghantar satu angin, apabila mereka menghidunya, semuanya mati...(mungkin secara perlahan-lahan). Kemudiannya apabila hanya orang-orang jahat yang tinggal, Tuhan lalu menghancurkan bumi ini melalui MalaikatNya.

Apabila ISLAM di PERSENDA

Image
Sungguh memalukan, menjijikan dan menjatuhkan maruah kita sebagai umat ISLAM yang setia dengan AGAMA yang satu, yang datangnya dari TUHAN yang Maha Satu. AGAMA ini Bersih, tidak boleh dicampur syariat yang luhur dengan pemikiran manusia yang bertentangan, atas nama apa sekalipun. Namun ini terjadi, dinegeri kita jua. Marilah membenci dengan penuh jijik pesta pakaian ISLAMI ini, yang mana orang-orang dibelakangnya adalah JAHIL agama TULEN. Mana dia tahu apa itu syariat, apalagi kalau bertanya hakikat dan makrifat.