Posts

Showing posts from June 28, 2009

Menunggu Hidayah Dari Langit

Image
En. Hafnee, Presiden PENDAMAI, sebuah persatuan bekas penagih-penagih dadah pernah mengatakan di depan mahasswa CIAST, Shah Alam, "Jangan cuba-cuba (sekali-kali ) mendekati dadah, kerana sekali kamu terkena, tiada (lagi) jalan keluarnya, kecuali kamu benar-benar anak jantan". Sambungnya lagi, "jangan pandang aku (sebagai bekas penagih dadah yang berjaya pulih), kerana (manusia seperti) aku (adalah) 1 dalam seribu". Baginya, turning point (titik untuk kembali) adalah 2. Satu adik perempuannya yang siang malam membaca Al-Quran, khatam berkali-kali dalam setahun, sembahyang tidak pernah tinggal, tetapi akhirnya menjadi penagih dadah jua. Malah pernah datang padanya untuk membeli dadah. Yang kedua adalah penyapu emaknya yang dipukul bertalu-talu diatas mukanya. Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika dia ingin pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira pada sang ibunya, bahwa dia sudah benar2 ingin pulih. Sekembalinya di rumah, dia masuk ke dalam rumah, ibunya kel

Kiriman Ananymous

pertama sekali syukur kerana ada orang yg sudi mendalami ilmu pemulihan penagih dadah. Saya pernah bersama seseorg yg saya tidak sangka seorg penagih.mungkin saya tidak mampu melihat perbezaan watak penagih kerana penagih sekarg lebih sofistikated.designer drug mudah di dapati dan kesedaran penagih trhadap risiko perkongsian jarum amat tinggi. org yg saya kenali ini baru td saya di beritahu relapse utk kali 2(tidak termasuk kes yg lepas).umur sudah masuk 30 an.bg saya pada mereka yg sudah melepasi umur dewasa mampu berfikir apa yg terbaik utk diri.jika mereka relapse lagi dan lagi....bg saya jiwa mereka kosong dan saya amat kasihani mereka2 yg tidak mampu mengusai keimanan diri.takziah

Latar Belakang Kajian

Latar Belakang Kajian Dalam kajian ini, tumpuan kaji didominasi ke arah punca ataupun faktor relapse seseorang penagih setelah menjalani secara Islami. Metode rawatan yang dijalankan ini sebenarnya dicedok 100% dari Pasentren Suryalaya, Indramayu, Jawa Barat. Berkonsepkan thariqah An-Naqsyabandiyah, yang dipelopori oleh ulama terkenal zaman silam hingga kini, Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Metode ini telah banyak memberi manfaat kepada majoriti yang datang untuk memulihkan diri. Hasil dari kejayaan demi kejayaan inilah, satu cawangan baru dibuka di negeri Kedah, malah 2 lagi masing-masing di negeri Terengganu dan Sabah. Dengan metode dan objektif yang sama, amalan ini cuba diterapkan. Tanpa tentangan dari mana-mana pihak, keberhasilannya menjadi bukti, bahawa terapi ”base on” agama juga mampu memberi jawapan kepada persoalan yang cari oleh manusia kini. Di akui mahu pun tidak, metode zikir yang di amalkan ini, mampu mengubah manusia, khususnya seorang penagih dadah, dari menagih dada

ABSTRAK

DADAH dinobatkan sebagai musuh nombor 1 negara. Kes penagihan meningkat saban tahun. Sehingga membiaknya pula pusat-pusat rawatan dan pemulihan swasta. Selain dari Pengasih, Darul Hanan, Gheha Buddhist, ada pula Inabah. Dari bermacam pusat yang ada, menandakan kepelbagaian pula cara dan pendekatan yang diambil. Namun istimewanya dalam kajian ini, Pondok Remaja Inabah II menggunakan konsep kembali kepada agama, iaitu mengembalikan semula penagih ke rel agama setelah tergelincir dari landasan. Hasil menjalani beberapa proses pemulihan, ramai yang pulih, bahkan majoriti telah pulih seperti sediakala. Namun tidak dapat dinafikan masih ada yang tergelincir. Walau pun mengikuti program yang sama, dari guru atau pimpinan yang sama dan dengan metode yang sama, masih ada yang jatuh. Berdasarkan kenyataan inilah, satu topik Kajian Kes berkaitan hal ini dikaji dan dipelajari. Seorang penagih muda, yang baru keluar dari pusat rawatan dadah Pondok Remaja Inabah, Kuala Nerang Kedah, setelah menjalan

Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Pak pandir menunjukankan kepandaiannya Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, 'Lembik...macam taik.' Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.' Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'