Posts

Showing posts from June 7, 2009

Sekitar Kampung ku

Image
Bermanda di Jeram Linang... Geng Gegar THr.fm singgah di Taman Tengku Anis Kolam mandi untuk anak-anak Sekawan Rusa sedang menghampiri pengunjung Rusa di taman Tengku Anis Sambil minum ke warung adik, pak-pak polisi singgah minum sekaki Afif Wildan dan Syaza Zayyan dengan permainannya

Pencen Bukan Penghalang Untuk Terus Aktif

Image
Jika semua pelajar SPADA 2008 telah pun menamatkan sesi pembelajaran mereka masing-masing. namun bagi En.Zurkurnan, perjuangan membasmi dadah tetap diteruskan. Beliau terus aktif menerima jemputan dari AADK Pasir Puteh untuk menyampaikan ceramah, merasmikan program tertentu, wakil kepada pegawai AADK dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena acara perogram pencegahan dadah di kawasan Pasir Puteh. Mungkin ramai tak sanggup melakukan kerja ini, namun baginya, tugas ini adalah suatu dakwah dan kebajikan, lagi pun apa salahnya, lebih-lebih di tempat sendiri. Di pentas yang berbeza, satu di sekolah sebagai guru disiplin dan satu di bumi nan luas, sebagai hamba ALLAH. berkhidmat terus berbakti untuk pertiwi. Beliau yang tidak kekok bersama orang ramai, tidak malu untuk mengatakan ramai anak muda Pasir Puteh sekarang ini yang terjebak dengan pil-pil khayal seperti pil kuda. Kami menyeru pihak ibu bapa agar memainkan peranan masing-2 sebagai orang tua, ingatlah nasib anak akan memb

Bertamu ke rumah Cik Nan

Image
Perjalanan blogger dari Kuala Lumpur ke Kelantan mencari rumah pelajar TERBAIK spada 2008 kesampaian jua. Hasrat ini di joloki lagi dengan panggilan bertalu-talu dari tuan rumah yang sudah bersedia dengan masakan tengah hari. Usai singgah dan solat di rumah ini, kami beransur ke Kampung Gaal Pasir Puteh, sempat menjamah gigi air terjun Jeram Linang. Kesempatan saya dan keluarga sampai, kami mencuri foto sebagai kenangan abadi. semoga lebih ramai lahirnya dari Pasir Puteh ini pelajar yang cerdik, cekal dan hebat semacam anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang. En. Zukurnan sempat mengajak kami tidur di persinggahannya ini. Namun waktu tak memberikan peluang yang lebih, ada lagi lokasi lain yang harus kami tujui. Esoknya, sepulang dari Semerak, Pasir Puteh, kami singgah sekejap di bandar ini, menikmati juadah percuma nasi berlauk. Terima Kasih P.Puteh, Ahairul, dan En.Nan sekeluarga.

Dulu Dusun Kini Taman

Image
Masa kecik-kecik dulu, dusun ini menjadi tempat kami mencari buah "larok kuba" (kerbau). Dusun ini juga menjadi laluan kami ke sungai. Ada seekor anjing serigala (entah siapa pemiliknya) kami panggil John, sering mengikut kami hingga ke sungai. Namun sungai itu semakin kelam warnanya, apabila bercampur antara sungai keladi dan sungai Kubang Tuman dari Tanjung Chat. Kami jarang lagi mandi-manda. Jarak ke sekolah 5 km, hari-hari jalan kaki, waktu balik penat dan kaki panas dek pijakan pada tar, tapak kasut semakin menipis, kepanasan jalan di tembak mentari semakin ku rasakan, kami berehat dulu di taman cina. Bermain keretapi, buaian, sehinggalah peluh hilang di dahi. Perjalanan di teruskan, petang2 kami main di "barus". Cikgu BM pernah bertanya saya, apa ni Hisham barus, tempat kami main lah cikgu... oo itu bekas sawah bendang namanya. Dah tukar balik. Katanya sambil memulangkan buku karangan BM. Hari Jumaat pula dusun ini dipenuhi kaki judi, judi daun teruk, judi

Waktu Paling Berharga

Image
M : Masa U : Untuk R : Rasa I : INdahnya D : Dunia