Posts

Showing posts from June 19, 2011

Lagi Gambar Explorace di MSU

Image

Bersama Pelajar Hulu Langat di MSU Shah Alam

Image
25 Jun 2011. Semalam petang saya di SMK Cheras Jaya, dalam rangka memberikan ceramah kepada 1200 pelajar berkenaan penyalahgunaan dadah. Hari ini saya berada di MSU, Shah Alam. Jemputan dari PPD Hulu Langat. En.Aziz yang membuat panggilan, "boleh minta tolong tak" katanya.so, saya tak banyak masa untuk memutuskan, hanya meng iyakan sahaja. Sebab En.AZiz pernah membantu saya dulu, pernah membawa saya naik kapal terbang ke Batu Buruk Terengganu. Gambar semalam di SMK Cheras Jaya. OK...Berita selanjutnya nanti ya. Program Explorace di MSU Antara Admin.... Master Admin... Lagi Foto

Ceramah Pencegahan Dadah di SK Dusun Tua Hulu Langat

Image
23 Jun 2011. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua Hulu Langat hari ini menamatkan program benci dadah yang diadakan selama seminggu. Mereka menjemput saya selaku penceramah utama di temani seorang rakan, En.Suzaidi Sulaiman, yang merupakan Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan. Habis ceramah, sesi jamuan di kantin, kesempatan ini, Guru Penolong Hal Ehwal Murid, En.Adlan, Guru Besar dan Ustaz Khairuddin bertukar fikiran dengan penceramah. Untuk rekod, besok (24 Jun) SMK Cheras Jaya buat pertama kali menjemput saya menyampaikan ceramah tajuk yang sama. Manakala di SK Rawang pada 30 Jun 2011.

Sebagaimana Engkau Datang

Berkata guru saya, ketika anda lahir ke dunia, anda menangis dan orang disekeliling anda ketawa, suka gembiranya mereka menyambut kelahiran anda ke dunia ini, nah katanya, kalau boleh, cuba ubah, sewaktu anda meninggal nanti, anda yang ketawa, sedang orang lain yang menangis. Sahabat sekalian, maksud anda ketawa ketika meninggal dunia ialah, anda merasa sangat senang akan pertemuan dengan Allah SWT, Tuhan yang mencipta diri anda, memberi makan, minum, udara dan nikmat kebahagiaan hidup didunia nan sementara ini. Yang Akhir Itu diKira Sedangkan nikmat di akhirat jauh lebih baik dan kekal akan ia. Sesungguhnya, yang akirnya itu akan menjadi perkiraaan. Seorang manusia, sangatlah jahat, sepanjang hidupnya tak pernah berubah, kecuali menjelang akhir hidupnya, dia mendapat hidayah dan insaf lalu bertaubat, itulah yang diperhitungkan tuhan. (Wal akhiratu khairun wa abqo). Sedangkan seorang lagi, sangat banyak jasanya, berbakti pada sekolah, negara dan bangsa, namun sayang, dipenghujung h

Kemalangan Maut di Batu 13 Hulu Langat

Image
Pagi ini saya dalam perjalanan ke SK Dusun Tua Hulu Langat dalam satu misi menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Saya bersama dengan Suzaidi Sulaiman, Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Saya memilih menunggang motosikal, kerana jalan disini memang selalu "jem". Kalau naik motokar pasti lambat sampai. Bila sampai di Batu 13, kelihatan satu jasad terlentang atas jalan. Saya memberhenti motosikal lalu mendekati mangsa. Kelihatan seperti dalam TV, macam mana orang nak meninggal. Mulut terbuka...tertutup, terbuka lagi, tertutup, saya bisikan "Asyhadu an laaa ilaha Illal Lah".... Namun tiada respon. Kelihatan kesan tayar atas paha mangsa. Ini mangsa tersebut. Mangsa rupanya bernama Salbi Adetia, berasal dari Batam Indonesia, saya meminta seorang yang ada kat situ mengambil telefonnya. Saya hubungi ke panggilan terakhir yang tercacat dalam telefon tersebut, minta tolong datang, kawan awak eksiden. Tak lama k

Pergi Jua Sahabatku

Image
1998. Kami sama-sama tiba di Banda Aceh, tepatnya bulan Ogos, ketika rakyat di Malaysia hendak menyambut 31 Ogos. Rakyat Malaysia di Indonesia pun tak kurang semangatnya, termasuklah abang-abang dan kakak-kakak letting kami. Abang letting adalah panggilan kepada orang yang telah dahulu belajar sebelum kita di sebuah universitas, kendatipun usia nya lebih muda dari kita. Dari Pulau Pinang, kami satu letting naik kapal terbang MAS seramai 17 orang. Sampai Medan kami singgah di Jalan Gajah Mada, menunggu bas malamnya jam 10 untuk ke Banda Aceh, jarak masa perjalanan waktu itu 12 jam. Dalam perjalanan itu saya mengenali Fadhil, Murshidi dan rakan-rakan yang lain. 4 tahun kami sama-sama belajar, rata-rata berjaya menyiapkan skripsi, alias tesis sarjana muda. Kecuali Raja Muhammad Hamidi, hanya mampu bertahan 6 bulan, (1 semester), akibat ketiadaan wang, Raja Hamidi terpaksa berhenti separuh jalan. Manakala Murshidi, (depan kanan, berkaca mata), menyambung pelajaran ke Pekan Baru. Hasratn

33 KUNCI KEJAYAAN

33 KUNCI KEJAYAAN YANG PERLU PADA DIRI SETIAP PELAJAR SEKIRANYA ANDA BERAZAM INGIN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM PELAJARAN SEBELUM PERGI KE SEKOLAH DAN SEWAKTU BERADA DI SEKOLAH 1. TETAPKAN MATLAMAT ANDA DENGAN JELAS IAITU MENDAPAT BERAPA A DALAM PEPERIKSAAN YANG BAKAL ANDA DUDUKI. 2. YAKINKAN DIRI ANDA BEHAWA SSG ANDA BOLEH MJADI PELAJAR YANG CMLRANG SPT PELAJAR2 LAIN YG INGIN BERJAYA 3. BERCITA-CITA TINGGI. LETAKKAN CITA2 YG TINGGI KRN PENTING MENDORONG ANDA UNTUK TERUS BERAZAM DAN BERUSAHA. 4. BERAZAM BERSUNGUH2 UNTUK BERJAYA. 5. BERDISIPLIN DALAM APA JUA PERKARA TERUTAMA YANG MELIBATKAN PELAJARAN KERANA DISIPLIN MRUPAKAN ASAS KEJAYAAN ANDA. 6. LAKUKAN SEMUA TUGAS DAN TGJAWAB ANDA DENGAN BSUNGGUH2 7. MULAKAN DARI SEKARANG. JANGAN BERTANGGUH KERANA BERTANGGUH PENGHALAN KEJAYAAN. SEWAKTU BELAJAR DAN SEWAKTU BERADA DALAM KELAS 1. BERNIATLAH SETIAP KALI MELANGKAH UNTUK PERGI KE SEKOLAH DAN PINTU PAGAR SEKOLAH SERTA DI PINTU KELAS KRN SETIAP AMALAN KALAU DIMULAKAN DG NIAT PAS