Posts

Showing posts from September 26, 2010

Pertama Kali di Kluang

Image
Penulis bergambar di rumah Nur Abadi, (Baju kuning)Blogger dan penceramah di Kluang. Beliau merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Seri Taman Kluang Barat, Johor. Manakala di sebelah kiri, berbaju biru, Ustaz Mohd Yazid, SK Ulu Penggeli, Kluang Johor, seorang designer website, pakar mengambil gambar mengunakan kamera Digital SLR. Seronok ada kawan tak kedekut ilmu... biar jauh...puas hati mengembara dimuka bumi.... Kesempatan...Fb dan Blog mesti tak tinggal, perkembangan terkini.. Cikgu Amin mengeluarkan lap top nya, nah ambik nih...mesti nak guna...blogger mana boleh berpisah dengan internet...

Kepimpinan Berkualiti : Organisasi Bertambah Maju

Image
Manusia, walaupun diberi akal, melebihi dari segala pemberian kepada semua makhluk yang lain, namun hidupnya masih terumbang-ambing dalam mencari kebahagiaan yang sejati, sekiranya belum bertemu dengan kepimpinan yang menunjuk jalan ke destinasi tujuannya. Dalam hidup ini, ada destinasi yang nampak dilihat, iaitu lokasi dalam dunia, dan destinasi yang tidak dapat dilihat, itulah bahagia. Orang kampung datang ke Selangor, mahu mencari tempat orang nak pergi haji berkumpul pun sesat, padahal sudah ada petunjuk... inikan pula yang tiada petunjuk. Dalam agama, manusia tetap perlu pimpinan, namanya hidayah...inilah pimpinan dari tuhan buat menuju destinasi bahagia. Di sekolah, kepimpinan diletakkan sepenuhnya dibawah Guru Besar dan Pengetua. Dibawahnya ada Guru Penolong Kanan, guru-guru ketua panitia, dan dikalangan murid, dilantik pengawas. Semua ini untuk adalah bertujuan untuk menjadikan sebuah sekolah sebagai gedung menadah ilmu yang sempurna. Peranan pengawas sangat penting di seti

Bakal Hajjah dari SK Bangi

Image
Seramai 4 orang guru dari SK Bangi bakal bergelar Hajjah pada tahun ini. Mereka yang bakal berangkat ialah Puan Guru Besar, Puan Zakiah Haji idris, GPK Akademik, Puan Rabitah Jalaluddin, Ustazah Zanariah dan Ustazah Misiah Husin. Penerbangan mereka yang pertama adalah 12 Oktober 2010. Puan Rabitah dan Puan Misiah adalah bakal hajjah yang awal berangkat. Kita mendoakan agar mereka diberikan kekuatan fizikal dan mental, serta kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajipan yang kelima ini.

Seminar Guru Kaunseling Selangor

Image
Hari ini, Khamis, 30 September 2010.Seramai 1200 orang guru bimbingan dan kaunseling dari seluruh jajaran negeri Selangor berhimpun di UNISEL. Kepadatan yang hadir membuat dewan melimpah.Ramai yang terpaksa berada diluar kerana ruang tidak mencukupi. Malah ada yang sampai terlewat sejam dari waktu yang sepatutnya kerana menempuh jarak perjalanan yang jauh, sementara itu ada pula yang tersasar ke tempat lain. Kenapa lah buat jauh begini, kata seorang dari hadirin.Sebenarnya rasa gembira yang jelas terpancar diwajah masing-masing, kerana sekian lama tidak bertemu, kini tanpa diduga, mereka bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang terpisah akibat posting dilokasi yang berbeza. En.Khairuddin, selaku boss kepada guru kaunseling Negeri Selangor memulakan ucapan alu-aluan, beliau mengingatkan wang PCG yang masih banyak sekolah belum menggunakannya dengan baik. En.Fadzlie kemudian mengambil alih,beliau menyampaikan cara-cara mengisi L4 kepada semua guru kaunseling.Program L4 ini telah