Posts

Showing posts from November 18, 2012

Fahami Isi Kandungan Ini

Image
Setelah menyeru kaumnya (bangsanya) ke arah menyembah Allah, bertaqwa dan taat padaNya, akhirnya Nabi Nuh pasrah, kaumnya menutup telinga apabila dia berdakwah,mengejek bahkan sombong takabbur, lebih suka mengikuti orang yang duit banyak, akhirnya Nabi Nuh merintih dengan TuhanNya,doanya dirakam dan disalin semula dalam Al-Qur'an surah Nuh ayat 21 : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak). Akibatnya : Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Nabi Nuh Berdoa Lagi : Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bum

Pn Norizah and Homestay

Image
\

Gambar sekitar kejayaan UPSR 2012

Image
Anak penjual Kueh, cucu kepada Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan Bangi ini sememangnya pelajar lincah dari awal persekolahan lagi.Pernah dilanda masalah, namun berkat usaha dan doa dari ibu bapanya, dia bersabar dengan masalahnya, memandang terus ke depan, tanpa menoleh ke belakang, melupakan sejenak masalahnya, hari ini dia dan ibunya mampu tersenyum dengan iringan air mata, 4A dalam gengamannya, Murid pintar tapi malas buat kerja rumah. Fatin Izzaty dipanggil ke bilik kaunseling kerana itulah sikapnya. Kalau lah dari awal dia berjaya mengubah sikapnya, dia akan bersama dengan pelajar 5A. Tapi hari ini dia hanya dapay 4A.Apa pun. Fatin datang menemui saya dan mengucapkan terima kasih atas bimbingan dan kaunseling selama ini sehingga membuat dia berjaya mendapat 4A.Tahniah..   Mengharukan...Nash Aiman berbaju kuning, tidak memakai pun baju sekolah sebagai ditetapkan, hari ini dia dan ibunya tidak menyangka anaknya akan mendapat 4A dalam UPSR.Nash Aiman telah diberikan 2 kali ciuma

Siapa Mahu Anak Seperti ini?

Image
Foto yang sering dikongsi difacebook Anda tahu apa persamaan antara kedua foto ini

Baru Pulang dari Ziarah Makam Syeikh Mohd Noor kali ke3

Image
Dibalik Tenang Sg.Chinchin : (Ambilan dari blog) Masjid Sg. Chinchin, Gombak, terletak kira-kira 13 km dari bandaraya  Kuala Lumpur . Kedudukannya tidak jauh dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia ) dan PULPA (Pusat Latihan PEPIAS - ABIM) sendiri. PEPIAS mempunyai hubungan yang baik dengan Masjid ini. Sekitar tahun 2009 sahaja, PEPIAS telah mengadakan beberapa siri program di Masjid Sg. Chinchin seperti program PEPIAS prihatin, Induksi cawangan Gombak, kelas   prep   Masjid, dan Tamrin Ramadhan (TAMAR). Di sebalik itu, s esungguhnya Masjid ini menyimpan khazanah sejarah yang sangat berharga untuk disemangati bersama. Masjid Sg. Chinchin telah dibina seiring dengan pembukaan Kg. Sg. Chinchin sekitar tahun 1894. Kg. ini telah dibuka oleh Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi. Namanya tersenarai sebagai 7 Wali Melayu, sebaris nama - nama ulama' terkenal seperti Tok Kenali, Tokku Paloh, dan Tn Hussein Kedah Al-Banjari ( 7 Wali Melayu; Penerbita