Posts

Showing posts from April 3, 2011

Sekelumit kisah di AELB

Image
BANGI. 9 April 2011 . Ketika sekolah lain menjalani Ladap yang pertama kali tahun ini, kami pula menjalaninya bagi kali keempat. Untuk rekod tahun ini sahaja. Hebat kan. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ini diadakan di AELB, Sungai Buah, dengan gabungan 3 buah sekolah. Ketinggalan Momen Indah Sekolah tersebut ialah SK Bangi, SK Jalan 2 dan SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi.Saya hanya sempat menyenap hanya 3 keping gambar. Ketika foto ke empat hendak di rakam, isyarat bateri kehabisan berbunyi. Beep beep.. Haha.. Tak prepair awal. Sebenarnya chargernya tak saya temui, entah dimana.Mungkin masih dalam beg besar semasa pergi ke Balikpapan baru-baru ni. Maka tak sempat lah foto genik didalam dewan di ambil. Hanya ini antara 3 keping gambar yang sempat dirakam. Masa pendaftaran awal pagi. Waktu melangkah masuk ke dewan, saya melihat gelagat orang-orang didalamnya, ya lah, kami datang dari 3 buah sekolah, ramai yang tak kenal, entah ada ke tidak orang yang melihat gelagat saya. Ah

Tips Penjagaan Printer

Image
Salam, printer saya yang baru beli ini adalah yang kelima dalam hidup saya. Hehe. Banyakkan.Dulu masa mula-mula beli printer, kat Aceh, nak guna print skripsi, guna dakwat dot metrik.Asyi bunyi kreeeett kreeett..Printer ni kalau nak jimat dakwat,saya guna minyak hitam, lumur balik kat tali dia tu.Fuh. Dan sebelum ini, kita simpan printer takut cepat rosak atau habis dakwat. Padahal sebenarnya, tauke kedai yang jual ajar saya, setiap minggu mesti print satu helai. Supaya dakwat itu berjalan terus, kalau tidak dia akan kering. Patut la, selalu kering tak boleh guna. Dan inilah printer saya yang latest. The best for colour printing.

Sekali di SK Kuala Pomson

Image
Terima Kasih pada pentadbir dan guru-guru SK Kuala Pomson kerana menerima kehadiran saya hari ini. Seramai 60 orang pelajar menerima syarahan saya hari ini yang bertajuk, kepimpinan. Kelebihan menjadi pemimpin di dunia dan akhirat.Antaranya, akan dijemput paling awal menduduki dibawah naungan Arasy. Ramai antara pengawas yang cemerlang dalam peperiksaan. Lihatlah dalam senarai 5A. Rata-rata dari golongan pengawas kan. Awalnya, ketika dijemput memegang mikrofon, saya berasa agak geram dengan beberapa orang murid dibelakang yang seperti endah tak endah, macam tak berapa seronok dengan majlis ni, apalagi, saya gunalah sepenuh tenaga untuk memanggil minat mereka mendengar. Antaranya, buatkan satu permainan, dengan memilih beberapa orang yang tak berapa gembira tadi untuk menyertai permainan ini. Alhamdulillah, lepas tu, dah tak nampak yang duduk senget2 kat kerusi. http://norish77.blogspot.com/2011/04/sekali-di-sk-kuala-pomson.html Pengawas SK Kuala Pomsom, Hulu Langat

Program di USIM untuk orang Awam

Pada 09 April 2011. di USIM, Nilai Penceramah: slot 1 : human breeding (Prof. Dr. Ahmed Mahir B. Ahmad Mokhtar, Chief Technology Officer, Universiti Kebangsaan Malaysia) slot 2 : tekanan perkahwinan dan seks bagi pasangan professional (En.Norazman Hj. Ahmad, Kaunselor MAINS) Slot 3: ganguan seksualiti bagi lelaki dan perempuan : Mati Pucuk dan Menapause (Dr. Ismail Tamby) slot 4: Penderaan seksual terhadap kanak-kanak (Prof. Madya Dr. Wan Salwina Wan Ismail, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, PPUKM) Slot 5: Seks Rela vs Seks Bebas: Implikasinya terhadap psilologi Remaja (Puan Salhah Abdullah, Pensyarah Kaunseling USIM) bayaran: student RM30 / bukan student RM50

Kem Kepimpinan Pengawas di USIM

Image
Cikguuu...buat lah lagi, kami suuka sangat-sangat, bayar RM20.00 pun tak pe. Bergambar kenangan beramai-ramai setelah tiba ke penghujung rancangan, ek rancangan pulak, penghujung progam la Hayun-hayun Jutaan Terima Kasih kepada semua team kakak Fasi : 1. Rahmansyahputra b. Afrizal 2. Najah bt. Nawawi 3. Hamizah bt. Sabeli 4. Mohd Faiz b. Wahab 5. Mohd Othman b. Sapiin 6. Afriza b. Abdullah 7. Nurul Ain bt. Adnan 8. Nurul Nadia bt. Mohd Zaid 9. Nuur Ul Hanis bt. Mobin 10. Nurulezani bt. Hallim 11. Ummu Haani bt. Mohd Isa 12. Sharifah Balqis bt. Syed Idrus 13. Nurul Shuhada bt. Amir Hashim 14. Noorul Hafizah bt. Kamaruzaman 15. Mohd Khairulazam bt. Mohd Hamdan 16. Nurul Atika bt. Zainal Abidin 17. Rabiatul Adawiyah bt. Abd. Ghani 18. Dhamirah Nursakinah bt. Mohd Safir 19. Aminah Zahirah bt. Abu Bakar 20. Azhani bt. Azimin