Posts

Showing posts from October 26, 2008

Rohypnol

Image
Inilah dia gambaran sebenar dadah Rohypnol yang telah di tabletkan

Bahan Masukan Mesyuarat PIBG

Image
1 NOVEMBER 2008 . BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun. Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai. RESULT UPSR Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR puny

Nota Alkohol Dr Norliza

http://www.scribd.com/share/upload/4955037/tefrjhu6bxdupfzvyv7 Sila upload ke wed add di atas Untuk download nota Dr Norliza. Sori Sham. Tak jumpa cara camana nak letak nota ni kat bahagian download nota. Mungkin berguru tak habis atau sifunya blm hbs bg semua ilmunya. :)

Foto Kenangan di Aceh

Image
Kenangan bersama arwah Haji Amir (Kambing) dari Banten, Pak Buyung Medan, arwah Pak Khalid, Sopir kami dan Jenar. Foto ini adalah di Pulau Sabang (Pulau Weh) dalam rangka wisata dakwah kami ke sana. Pemandangan di Janthoe, ibu kota pusat pentadbiran Nanggroe Aceh Darussalam. Kami ke sini kerana terpaksa berjumpa dengan Ketua Kantor Agama, Banda Aceh, mengurus surat-menyurat untuk pulang. Jarak ke sini dari Banda hampir sejam. Jauh jugak la masa tu. Melalui lereng-lereng bukit dan gunung botak. sejuk... Tahun 2000. Kami beraya (Aidil Adha) bersama rakan. Foto ini di Mess Malaysia, Jalan Inong Balee . Inong maknanya perempuan, balee ertinya, janda. Arwah Haji Amir dari Banten, ketika berada di Gampong Jawa, menyampaikan zikir kepada mahasiswa Aceh. Mahasiswa ini datang untuk mendengar penjelasan tentang amalan zikir yang mudah di amalkan. Kenangan bersama Kadir Petani Thailand, dan rakan-rakan mahasiswa dari Aceh,kami bergambar di rumah ibu angkat, du Pualau Sabang, semasa 3 bulan prak

4 Tahun Berhempas Pulas

Image
Akhirnya pada 24 Ogos 2002, kami berjaya menikmati hari wisuda. Wisuda di sini maknanya konvokesyen. Dari kiri Abu Hanafiah, Fakultas Syariah, manakala di tengah, Nahar Alias, juga fakultas yang sama. Hanya saya (kanan) dari Fakultas Dakwah. Dalam wisuda tahun 2002, syukur pada Tuhan, atas bantuan orang ramai, saudara-mara dan rakyat Negeri Selangor yang banyak membantu, dalam list mahasiswa fakultas dakwah tahun genap 2002, saya adalah yang terbaik IPK, (indeks Prestasi komulatif). 3.75. Berdiri dari kiri Noorhisham, Abu Hanafiah, mahasiswa Aceh, Dewi, Shukri Mamat (Suami Dewi) dan Nahar Alias. 23 Mei. SK Taman Jasmin, Motivasi UPSR 02 Jun 2009. Uniten. Persiapan Menghadapi Peperiksaan 16 Mei 09, SK Subang Jaya Sek 4. Motivasi Tahun 6 06 Mei 2009. SMK Dengkil. Katakan Tidak Pada Rokok dan Dadah 10 April 2009, Trend Terkini Penyalahgunaan Dadah, CIAST, Shah Alam 28 Mac SK SRI ABIM. Sungai Ramal Dalam, Motivasi Tahun 6 27 Mac. Ceramah Bahaya Dadah, Sekolah Keb.Jln Sg.Besi (1)

Pelajar Spada 2008

Image

6 Stages (Tangga) Kehidupan

Image
Dalam hidup ini, ada 6 stages yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Kiranya panjang umur kalau ada. Mereka akan melalui 6 tangga ini. Berikut adalah 6 tangga yang akan kita lalui. Mari kita perhatikan, kita berada dimana sekarang? Catatan Foto : Sebahagian besar dalam foto ini hilang dibawa ombak besar 2004 . Sayal sempat merakam detik ini sewaktu membawa mereka satu bas PMTOH dari Banda Aceh ke Tangjung Pura Langkat, pada awal 2002. Pertama : Keluar dari rumah, berpisah dengan keluarga, pergi menuntut ILMu dan mencari pekerjaan. Kedua : Pra perkahwinan, membiasakan diri dengan keluarga baru. Ketiga : Mendapat Zuriat, Keempat : Anak Membesar.... cobaan membesar anak-anak. Kelima : Anak Berkahwin, bercantum dengan keluarga baru. Berlaku tidak serasi antara mertua dan menantu . Keenam : Meniti usia pada sisa hidup.Berdepan dengan risiko kesakitan dan ketiadaan anak-anak di sisi. Dalam hidup yang amat sederhana ini, pelbagai macam cobaan Tuhan sod

BUKU PROGRAM SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH 2008

Image
Contoh Buku Program untuk Seminar Pendidikan Pencegahan pada 13 November nanti. Harap sahabat SPADA semua boleh beri sebarang komen untuk penambaikan buku ini sebelum disahkan oleh Encik Halim.

Servei Pemahaman Masyarakat terhadap DADAH

Image
Salam, buat semua pembaca budiman. Tak kira guru, ibu bapa,. murid dan siapa sahaja . Semoga anda berada dalam rahmat, inayah dan redha Ilahi tika dan sat ini. Di sini saya mohon pertolongan sikit dari anda. Saya perlukan 100 orang yang menjawab satu soalan sahaja. Apakah yang anda faham tentang dadah? Jawapan anda boleh di jawab dalam shoutbox atau kalau nak panjang di dalam ruang komen dibawah ni. Jawapan anda walau sedikit tetap membantu. Terima kasih banyak atas jawapannya. sikit pun memadai.