Posts

Showing posts from October 12, 2008

Bukan Semua Orang Suka Jadi Guru

Image
SYABAS... Kerja-kerja guru ni bukan semua orang tahu. Mengajar di akhir zaman ni beza dengan mengajar orang tua dulu-dulu.

Sambutan Hari Raya di Spada

Image
Hari Raya Spada di Kampus Pandan Indah disambut meriah. Walau dengan kehadiran 90 % pelajar Spada Diploma Siswazah dan Master, jelas terpampan di wajah mereka. Lagi berita dan gambar lebih menarik dalam blog pelajar spada.

Perbincangan di Rembau

Image
Untuk mendapat kepastian lebih lanjut...dan tanda jadi..kami bertiga (Noorhisham, Farid dan Azyan) ke AADK Daerah Rembau untuk berbincang dengan pegawai di sana tentang program yang akan kami adakan. AADK Rembau telah berbincang dengan PPD Rembau untuk mengumpul semua guru kaunselor bagi maksud ini.

Diari Hari Ini

Image
Hari raya masih dirasakan lagi. Dan Jumaat ini USIM akan mengadakan hari raya buat pelajar SPADA angkatan 2008. Hari ini Prof.Madya Dr.Zaidi Hajazi masuk ke kelas kami. Beliau berikan syarahan sulung selama 3 jam. 12 minggu dari sekarang semester dua akan berakhir. 10 minggu dari sekarang, setiap orang dari kami perlu menghantar satu hasilan kreatif berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sebanyak 20 halaman. Habis masa Prof. Zaidi, En.Halim. selaku bos masuk. 2 orang diminta ke Sabah secepatnya untuk merundingkan program 20 November ini. ASP Nadzir dan En.Razif (Pen.Pengarah AADK Bahagian Antarabangsa di tugaskan ke sana). Petangnya, rakan-rakan hero SPADa datang menjadi tamu ke teratak kami. Meraikan rakan SPADA datang beraya, hehe.kuih raya ada lagi...minum teh Gopek je lah 15 Okt. Dalam perjalanan ke USIM, terlihat asap berkepul, jalan menjadi sesak, dan jentera BOMBA minta laluan untuk mencelah. Kesian Akak ni...kereta nya terbakar waktu pegi kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka J

Wa Li Kulli Ummatin Ajal

Image
13 Oktober 2008. SERDANG . Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal terjadi pagi ini dalam perjalanan dari Shah Alam/Sg.Besi ke Kuala Lumpur, tepatnya bersebelahan Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Seorang lelaki bujang berusia 28 tahun yang dalam perjalanan menuju tempat kerjanya di KWSP tidak sempat memotong sebuah lori 1 tan, menyebabkan ianya terjatuh dan terpihak oleh tayar treler minyak Shell. Ketika saya tiba, mayat dalam kondisi putih kepucatan, seluruh tubuh kaku tidak bergerak, dan belum di tutupi apa-apa. Polis belum tiba, saya dan seorang pak cik bertindak mengawal lalulintas sebelum tiba pihak Paramedik dari Hospital HUKM. Namun mereka pun tidak dapat melakukan apa-apa selain menutup mayat dengan kertas. Apa yang anda lihat adalah sisa otak yang berhamburan Sementara menunggu pihak polis tiba, saya masih mengarahkan kenderaan agar ke kanan dan kiri jalan, padahal waktu itu, ramai juga rakan-rakan yang ingin ke kelas ternampak saya sedang melakukan aksi

Kehidupan Ini terus menerus di Uji

Salam sejahtera pada semua pembaca, 2 hari lepas (Jumaat) berita duka warga SK Bangi terima, seorang guru Cikgu Rubi kehilangan anak tersayang...di panggil Tuhan dalam usia 2 bulan lebih. Beliau yang baru habis berpantang dengan kelahiran anak pertama menerima ujian yang cukup berat ini, kami warga SK Bangi turut merasakan keperitan atas kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup ini. Namun bersabar dan redhalah atas KehendakNya yang telah tertulis sejak Azali, walau perit untuk di telan, namun itulah mahuNya Dia...dan anda telah menghantar seorang wakil ke syurga, sebelah kaki Cikgu Rubi dan suami kini sudah berada di syurga. Beliau yang baru menerima cahaya mata pertama telah dilawati oleh beberapa orang guru. Guru-guru menyedari kekalutan emosi yang terpaksa dihadapi dan memahami apa yang berlaku, doa kami dari seluruh warga SK Bangi, semoga Cikgu Rubi tetap bersabar dan Tuhan menggantikan yang lebih baik secepatnya. Dia sangat mendengar keluhan hamba-Nya dan sedang mende