Posts

Showing posts from January 4, 2009

Hasan Basri dari 62 Orang Wali

Di dalam buku Tazkiratul Auliya, Peringatan dari Para Wali atau (62 orang Wali), cetakan Pustaka Aman Press. Tersebut kisah dibawah ini yang sangat bermakna buat saya. Sejak pertama kali baca, sampai sekranag belum pernah meraa puas membacanya, bahkan sudha 2 kali saya beli kemudian hilang, dan ini kali ketiga saya membelinya lagi. Untuk perkongsian saya salin kembali tanpa menambahnya buat tatapan dan renungan anda yang sangat bermakna dalam hidup ini. Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari iaitu peniaga intan berlian. Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rom, kerana berniaga, dan pergi berjumpa dengan menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, " Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana aku pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami . Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas, di tengah hutan itu ada terdiri

Dah Pukul Berapa Encik?

Image
Ada panggilan untuk saya memberikan ceramah pada ibu bapa, guru dan murid di sekolah tertentu, sejak mula sesi persekolahan, terima kasih, saya sendiri sebelum ini bergerak secara solo ke surau dan masjid meminta ruang untuk menyampaikan tazkirah pada yang hadir. Itupun hanya sumbangan peribadi, bukan mencari pameo dan ongkos. Saya gembira dengan agenda tersebut, kerana di dalam diri ini masih meluap-luap pengalaman bersama orang-orang yang bermasalah dalam dunia berpunca dari kedua ibu dan bapa. Ingin sangat berkongsi supaya anak mereka tidak jatuh ke lembah kehinaan seumur atau separuh hidup. Bukankah Tuhan umat manusia, pernah berpesan? Dan Janganlah Kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kehinaan. Firman Allah . Namun bermula Jumaat ini 9 Januari hingga 14 Januari 2009, saya berada di Ho Chin Min, Vietnam. Apa pun, andai masih ada rezki pertemuan kita, boleh hubungan saya sekembalinya nanti dari sana. Hukum Bunuh Seorang kawan yang bekerja di penjara, bercerita tentang orang

Bukan Ku Pinta Lahir Begini

Image
Keadaan keluarga yang bercelaru, bapa tak pernah sholat, ibu sangat tinggi cemburunya, keluarga ku hancur, aku tinggal dengan ibu selepas bapa bercerai, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang baik didepan dan lain pula dibelakang. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah abang dan kakak, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, ku telah turun di Negeri Sembilan Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, di situlah aku bekerja sehinga beberapa tahun. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja dan akhirnya heroin sehingga aku di tangkap dan masuk ke pusat serenti di Johor. Malang pusat serenti

Catatan d Raub

Image
BENZIODIAZEPAM Sebagai dadah gantian kepada barbiturat. Barbiturat disalah guna untuk oleh artis membunuh diri. Ianya sangat mudah mendepres sistem saraf pusat (DNS) Menyebabkan dependen kedua- dua fizikal dan psikologi. Sifat asid lemah dengan Pka 3.5-5.0 Senang diserap pada GIT kerana sangat larut lipid. Biasanya di ambil secara oral dan iv. Terikat banyak pada protein plasma. Boleh lintas sawar darah otak kerana sangat larut lemak, sebarannya sangat luas Ianya barbiturat ngan untuk ikatan plasma protein . Metabolisme sangat aktif di hepar. Fasa I melibat P450 , manakala Fasa II konjugasi dengan glukuronoid. Ekresi melalui Urin. T ½ adalah 2 hingga 200 jam bergantung kepekatan dadah. GABA (Asid Gamma Amino Butirik ) merencat SSP. Anestesia adalah dadah unutk tenangkan pesakit. Antara tarikan Benzo ialah Enzieti, Insomnia, Tremor, otot kejang, loya da muntah. ALKOHOL Sejenis Dadah Psikoaktif Kesan kepada pengguna, sedasi, mk

Kenangan 2007

Image
Oleh : Noorhisham bin Hamzah,S.Sos.I Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. (Cara ini menurut ilham sendiri dan tidak semua menghadapi seperti ini) Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru tersebut mengambil tindakan membawa kes ini kepada guru bimbingan. Dengan spontan saya perintahkan semua mereka pergi berwuduk dan kena solat sunat hajat. (duduk dalam kelas bukannya belajar pun) Salah seorang mesti menjadi imam. Niat solat hajat diajarkan. Usai solat mereka di ajar berdoa. Program ini berterusan lagi hingga beberapa hari berikutnya. Saya sempat bertanya pada guru yang diganggu, bagaimana keadaan mereka setelah didenda. Guru mengakui memang mereka ada sedikit perubahan. Oh ya, selepas hari pertama didenda sebegini, saya berultimatun, kamu kena buat macam ni lagi besok hingga saya berpuas hati. Ini sebab mereka duduk dalam kelas pun mengganggu rakan lain. Tau-tau