Posts

Showing posts from January 16, 2011

Sedetik Hati Menumpang Lalu

Image
Setelah Blog Aspirasidiri.blogspot.com,milik sahabat karib saya dari Kluang Johor muncul di dada Majalah Pendidik tahun lalu, kini Blog Azza Irah seorang guru dari Pulau Pinang, rakan blogger saya, dengan alamat http://sedetikhati.blogspot.com mengambil tempat. Tahniah buat 2 orang sahabat saya ini. Semoga terus membara semangat untuk menulis... Blog Cikgu Amin yang sudah berada di hati Majalah Pendidik Disember 2010. Blog Cikgu Amin seorang kaunselor banyak berkongsi ilmu dan tips-tips yang berguna buat pelajar sekolah rendah dan menengah. Sebelumnya...Blog ini mencuri peluang menerjah ...

Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Guru SK Bangi

Image
21 Jan 2011. SK Bangi hari ini menjemput seorang Ustaz, Ketua Yayasan Dakwah (YADIM) Negeri Sembilan untuk menyampaikan kursus Penyelenggaraan Jenazah. Hadirin terdiri dari guru SK Bangi dan staf sokongan. Jenazah beriman nih...senyum je... Ustaz Suzrie dipilih melakon watak jenazah...olok-olok je ni... Guru Praktikum perempuan turut dikapankan dalam program bengkel Dah nak siap Nak tergelak pun ada... Sumbangan dari pihak sekolah disampaikan oelh guru besar..

Ketika Air Mata Darah Tiada Gunanya Lagi

Image
Tulisan ini khusus buat insan yang mengejar kedamaian dalam hidup... Tercatat dalam sebuah ayat bahawasanya.." Yau ma la yan faun maalun wa laa banuun " hari akhirat itu, tiada guna lagi harta dan anak-anak. La yan fa' maknanya tiada manfaat lagi. Sejauh mana manfaat itu akan harta dan anak-anak itu disana nanti, wallahu a'lam. Yang nyata benar, harta didunia seperti rumah, basikal, kereta, emas dan sebagainya memang tidak boleh membantu kita disana, dengan kata lain, segala kekayaan yang kita miliki, tak akan membantu kita disana. Kerana ia hanya berbentuk materi. Termasuklah anak-anak, bahkan dalam Quran juga turut menyebut, "yauma yafirru mar u mi akhihi, wa ummihi, wa abihi, wa sohibatihi wa baniih..." Hari (akhirat) adalah hari yang lari seseorang dari seseorang yang lain, dari saudaranya, dari ibunya, dan ayahnya dan sahabatnya dan anak-anaknya...." Begitulah gambaran kelam-kabutnya suasana disana, hingga keluarga yang rukun didunia ini pun sal

Kiamat Pun di Tangguhkan

Image
Dalam sebuah hadis Qudsi ada disebut, " Hai (Malaikat) Israfil, apabila tiba saatnya kiamat, dan engkau dapati masih ada lagi diatas dunia orang menyebut Allah, Allah, maka tangguhkan tiupan sangkakala, 40 tahun, bagi memuliakan orang yang menyebut tadi " Demikian hebatnya amalan berzikir, sehingga dunia pun boleh ditangguhkan kiamat. Dalam Quran surah Annisa' ayat 103 ada menyebut " Fa iza qodhaitumus sholaata fazkurul lah .." Apakala engkau selesai solat, maka berzikirlah. dI dalam Kitab Lisanul Arab. .. Zikrullah ditafsirkan dengan "menyebut dan mengingati Allah". Zikir bukan sahaja mengingat di dalam hati. Ingat dalam hati, tidak semestinya dia menyebut, tetapi bila menyebut, secara automatik dia ingat dalam hati. sebab proses untuk menyebut didahului oleh ingat terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita ingin menyebut satu perkara kepada murid dalam kelas, bahawa esok ada kokorikulum, maka cikgu yang nak menyebut sudah pasti dia ingat dahulu apa yan

Foto-foto Sekitar PMD 2011

Image
Cikgu-cikgu kalau boleh dokumentasi, cantik jugak guna program ini untuk balut gambar, jadikan semacam frame. Boleh tukar-tukar warna. Selama ini main print je... tak tahu nak edit-edit. Kepada yang belum memiliki program ini boleh memuat turunnya dari internet dengan menaip pada carian google Free Download Potoscape ..

Ibu Ayah...Sedarlah

Image
BANGI. Minggu kedua persekolahan, saya diberi kepercayaan untuk menyampai satu slot ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 sekolah ini. Walaupun sudah masuk tahun ke 6 saya disini, inilah kali pertama saya diberi peluang seumpama ini. Saya memulakan dengan sebuah pertanyaan. Dimana kita berada sekarang, dan untuk apa kita disini? Rupanya kita berada di atas sebuah kerusi, dalam sebuah dewan, dalam sebuah sekolah, dalam sebuah bandar kecil, dalam sebuah daerah, dalam sebuah negeri, dalam sebuah negara, dalam sebuah peta dunia... dan akhirnya...dimana kita? Lihatlah betapa kecilnya sebuah dunia ini.. Amatlah kecil rupanya dunia ini, dan rupanya dia seperti bola. Pantaslah dalam Quran tuhan menyebut, " dan tidak ada apa-apa dalam dunia ini, melainkan seperti sebuah permainan .. " Ya..permainan laksana orang bermain bola... Penuh dengan penipuan, licik, orang yang berjaya mempunyai skill khusus. Ya..dunia ini seperti sebuah permainan, tidak ada permainan yang terus menerus hingg

PRS SK BANGI, KAJANG SELANGOR

Image
Sekian lama penantian hari ini berakhir, penantian untuk bergambar bersama anak murid dengan memakai baju vest PRS. Sungguhpun kelab ini sudah wujud sekian tahun, tahun inilah tahun yang mana mereka baru boleh menyarung vest kesayangan ini.

Sambut Hari Lahir : Pesan Untuk Anak Murid

Image
Salam buat semua anak murid dan pembaca yang bertuah, anda bertuah kerana membaca Pesanan ini, yang mana ianya untuk kebaikan agama anda. Bila masuk tahun baru, setiap orang akan meraikan hari ulang tahun, di Indonesia lebih gampang disebut (ultah) maknanya ulang tahun, saya pun banyak terima met ultah dua hari yang lalu dari rakan-rakan Fb di Indonesia. Terima Kasih ya. Ok, berbalik kepada cerita tadi, masuk tahun baru, maknanya umur kita pun bertambah setahun, kalau kita kira dari titik akhir hidup ini, yakni kematian sebenarnya umur kita semakin berkurang. Ingat tu, semakin berkurang...hehe, So jangan sombong ya...umur kamu semakin singkat. Kalau dulu masih ada peluang untuk hidup 9 tahun, sekarang sudah berkurang menjadi 8 tahun. Kalau dulu 2 tahun? Sekarang tinggal setahun atau 365 hari kan kan kan? Ok lah, cikgu nak cerita pasal hari jadi, ada orang sebut hari jadi, ada yang sebut hari lahir, suka hati lah, mana-mana. Kalau hari lahir maknanya hari kita dilahirkan, kalau har

Tempah Ajal Jual Heroin

Image
KUALA TERENGGANU - Seorang duda anak dua tidak pernah mengambil iktibar dan serik walaupun pernah menjalani hukuman penjara selama 34 tahun enam bulan serta 16 sebatan atas kesalahan dadah dan khalwat sejak 1982. Khamis lalu mungkin menjadi hari terakhir buat lelaki berusia 55 tahun itu untuk menikmati erti kebebasan apabila hayatnya mungkin berakhir di tali gantung selepas ditahan bersama 19 botol heroin seberat 96.95 gram bernilai RM30,000. Suspek yang berasal dari Kuala Besut, Besut itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Ketika serbuan pada pukul 6 petang di tempat letak kereta depan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai dekat sini, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah tersebut dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord miliknya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, pemeriksaan menjumpai sembilan botol heroin berada dalam p