Posts

Showing posts from November 23, 2008

Di Sebalik Kabus

Image
Ada projek deme ni kat sini mana satu yang tampang dan mana yang manis Prof.Dr.Madya Saedah duduk d tengah berbaju kurung Ooo....ada kat sini demo ni... make 'nusuk yea.... Bagi Lanun Darat boleh sentiasa pegi serbu kedai ni....tengok saja takpe, poket kosong Suatu Pemandangan Nan Indah

Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah

Image
Masa kegawatan ekonomi dulu, pernah duit Rupiah jatuh sehingga Rp3,500.00 seringgit. Masa ni ketika saya ingin berangkat ke sana. Nak beli rupiah lagi pun dah tak boleh, sebab kocek dan kurang. Sesudah saya ke sana (Nangroe Acheh Darusalam), nilai matawang Rupiah naik, sehingga Rp 2,500 seringgit, dah pernah juga Rp 2,400.00. Bulan lepas Rp2,000,000 (2juta) hampir RM800.00. Namun ada berita baik buat anda yang kepingin ke Indonesia bulan-bulan hadapan atau tahun-tahun depan, Rupiah semalam mencecah lagi RP3,300.00 seringgit. 2 Juta Rupiah anda boleh beli dengan RM606.00 sahaja. Jimat hampir RM200.00. Saya syorkan belilah. Kalau tak jadi pergi pun, untuk simpan, bila duit tu naik balik, kita jual pula. Bukan Senang Nak Jadi Kayo. Sekaranglah masanya kalau nak jadi JUTAWAN .

Kegembiraan 3 Beranak

Image

Razali professional, atasi politik kepartian - Mat Sabu

Image
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian. "Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya. Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan. "Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya. Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberik

Lagi Kenangan Sabah

Image
di UMS, kenangan terindah.Mungkinkah masih ada waktu untuk ini Noor seronok melihat ikan besar dalam akuarium di kaki gunung Kinabalu lagi di kaki gunung Kinabalu Lawatan rasmi ke PUSPA Pinggir Bandar Kota Kinabalu Kaboi. Pasar Kinabalu Ruang kantin UMS Suziani terpegun memerhati ikan sedang menyambut tetamu Jalinan Muhibah, Prof.Dr.Shuib (UMS) dan En.Halim (USIM) Santapan kenangan di Gayang Presiden SPADA UMS dan sahabat menghiburkan hadirin Cantiknya ciptaan Tuhan, Maha Hebat DIA Wau....cantiknya ciptaan Mu Sungguh indah di dasar laut, cuma kita takberdaya hidup disitu Udang besar di Akuarium UMS Mungkin Sekali seumur hidup kita ke sini. Sayonara Dalam Gerimis. Kenangan terindah di kaki gunung Kinabalu Berhadapan pintu masuk Pusat Serenti Papar (PAPAR) Kenangan terbaru di USIM, sempena perasmian kampus induk oleh PM Persiapan pembentangan di UMS.Dari kiri Puan Haslinda, Noorhisham dan Zurkurnan Hj Yusoff

Memikir Waktu Jam Sabah

Image
Jam 12.00. Antara Sabah dan Semenanjung..... Benarlah Sabah Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun klik sambungan

Benarlah Sabah

Image
Waktu di Sabah Selama ini saya terfikir, kenapa jam 12.00 disebut tengah hari dan jam 1 disebut petang. Walhal (jam 1.00) baru saja masuk waktu Zuhur (di Semenanjung). Dalam Islam, waktu Zuhur adalah selepas matahari betul-betul bergeser dari berada di tengah-tengah tegaknya. Dalam hal ini, jam 12.00 adalah betul-betul mengikut sistem matahari terbit, menegak dan kembali suram. Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang. Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12

Berita Terkini Sekolah Baru

Setakat hari ini, PPD Hulu Langat tidak dapat memberi jaminan bahawa sekolah baru (SK Seri Putra) akan siap. Berita yang baru saya terima tadi, paling awal bulan 4 sekolah baru akan beroperasi. Dapat bayangkan bagaimana SK Bangi yang dah sendat akan disumbat lagi dengan anak-anak baru. Kelas memang tak cukup. Mungkin belajar dalam kabin kot. Kabin? Panas la. Hal ini kita menunggu keputusan pihak kementerian apa langkah yang mereka akan ambil. Tunggu dan lihat.

Hero SPADA 2008

Image

Kenangan di UMS dan Sabah

Image
19 Nov 2008 . Rombongan Spada USIM dan keluarga serta staf dan pensyarah USIM berjumlah 49 orang telah pun berjaya melaksanakan misi ke Sabah. Misi mencari mutiara ini, hehe, sampingan je, di ketuai En.Razif yang bertindak selaku Ketua Rombongan, Kepada En.Razif syabas di kalungkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan misi ini. Singgah di Kundasang dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu. Udara di sini sungguh nyaman, macam Cameron Highland, namun sayang waktu kami sampai, kepala Kinabalu di litupi awan kabus. Kalau pagi jam 8, memang nampak kata orang di sini. Best jugak naik benda ni ya. Sebenarnya member kita ni (Noor, sebelah kanan) dulu dah jadi cikgi kat Sarawak, jadi biasalah bagi Norzalifah naik belon ni. Tapi belon ni agak keras sikit. Ops, bukan sikit, banyak la. Apa pun Tahniah, kini kita ke Sabah, Negara di Bawah Bayu, kata Prof.Shuib. Seronok jumpa Presiden SPADA UMS, Evelyn , suka pada panorama dan mengambil gambar. Beliau telah membeli kamera Canon D60 dengan ha