Posts

Showing posts from December 13, 2009

Negaraku Tak Selamat

Image
Susulan stesen minyak di masuki penyamun beberapa bulan ini, sehingga ada stesen dah 2 kali kena samun. Tetapi yang ini paling menyedihkan... Negara ini agak kurang selamat, itulah yang pasti terlintas dalam kepala setiap orang bila membaca berita mengenaskan ini. Setakat samun tak apa lagi, sebab tak banyak pun duit ada kat stesen malam-malam, tauke dan ambil setiap malam jam 10.00. Tetapi bunuh orang dengan cara sembelih macam lembu korban ni, apa kita nak kata? Dan...apa langkah sekarang yang harus kita ambil, dah la semalam kereta tengah nak isi minyak dilarikan orang. Pembaca mungkin ada idea untuk berkongsi langkah menjaga keselamatan diri kita semua.[]

Muharam : Bulan Perpindahan

Image
Saya diberitahu tuan rumah asal, bahawa minggu depan kami akan dapat kunci rumah. Setelah dapat surat SMP, kami perlu ke Seremban 2 untuk mengurus air Nogori. Tiada lagi air percuma seperti mana di Negeri Selangor. Peguam menyatakan beliau berusaha supaya saya dan keluarga dapat masuk ke rumah baru hujung bulan Disember ini, tidak pun mungkin awal Januari 2010. Sebenarnya ini permintaan saya juga supaya dapat berpindah semasa cuti persekolahan. Kini, kami sedang mengemas-ngemas, apa yang perlu dibawa dan mana yang harus ditinggal. Bangi Indah tetap indah dalam memori. Banyak bajet kena keluar ni, nak cat rumah, nak pasang itu dan ini.