Posts

Showing posts from September 6, 2009

Cara masukkan gambar ke blog

Image
Panduan untuk meletakkan foto dalam blog. Walaupun sudah lama juga berblog, namun ilmu tambahan sentiasa kena cari untuk menguruskan laman web dan blog ini. Baik, berikut adalah cara untuk anda letakkan foto selain daricara biasa dengan mengklik ikon foto dalam blog. Dapatkan gambar tersebut dengan cara 1.Anda perlu upload kan gambar tersebut ke http://picfu.net atau mana-mana pembekal. Dapatkan url (alamat) bagi foto tersebut. Klik kanan dan lihat properties. Antara " " (2 titik-titik) berikut, masukkan alamat atau url page tadi. Untuk memposisikan gambar itu, selepas titik (") yang akhir masukkan align="left"/>

Tok Kenali yang dikenali

Image
Haji Mohd.Yusoff Ahmad. Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar dan wali Semenanjung Melayu. Beliau hidup dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai. Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Beliau menuntut ilmu di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja). Karya Tulisan Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau

Tukar Screen Laptop

Image
Gara-gara terlalu lasak, diguna dimana-mana, sehingga hampir tidur pun kadang-kadang masih menggunakannya. Satu pagi waktu terbangun dalam kegelapan terpijak lah sedikit laptop, akibatnya skrin lap top saya tak boleh nak paparkan gambar sepenuhnya. Call Imbi dan Plaza Lao Yat tanya ganti, RM600-RM700. Fulamak.... boleh beli lap top baru yang kecil. Tapi semalam hanya RM400.00 sahaja. Nasib baik dapat murah.

Bukan ku pinta lahir begini (Ulangan)

Image
" Tulisan ini sering mendapat respon yang baik dari pembaca, oleh itu, ianya disiar ulang untuk manfaat pada yang belum membacanya " Keadaan keluarga yang bercelaru, bapa tak pernah sholat, ibu sangat tinggi cemburunya, keluarga ku hancur, aku tinggal dengan ibu selepas bapa bercerai, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang baik didepan dan lain pula dibelakang. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah abang dan kakak, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Sedihnya aku, tiada siapa yang tahu. ke mana harus kaki ku membawa diri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub, aku ingin ke Melaka sebenarnya, tapi aku sesat di jalan, ku telah turun di Negeri Sembilan Ketika aku berjalan seorang diri di sana, seorang India menyapaku dengan bertanya, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika

Penyesalan Tuan Sya'ban

Image
Diceritakan oleh guru saya (Drs. Tengku Tarmizi Dahmi) ketika mengikuti kuliah mingguan ( Bidayatul Hidayah ) di rumah beliau, Kampung Lam Duro, Aceh Besar, Darussalam pada tahun 2001. Bahawa pada zaman Rasulullah, terjadi sebuah kisah. Pada satu subuh, seperti biasa, suasana agak gelap, manalah ada lampu macam sekarang, ketika bilal qamat untuk sholat subuh, ada satu ruangan yang tidak dipenuhi, padahal menjadi kebiasaan sahabat akan memenuhi saf-saf tersebut. Tempat itu sebenarnya sentiasa diduduki oleh salah seorang sahabat, kebiasaannya, dia tidak pernah tidak datang solat subuh. Maka sahabat membiarkan tempat itu kosong, (mungkin dihujung) kerana menghormati tuannya. Begitu selesai sholat subuh, Rasulullah dan sahabat bergegas ke rumah sahabat tadi. Dari jauh kedengaran suara perempuan menangis...rupanya rumah itu ialah rumah Tuan Shaban kata guru saya. Suami Meninggal . Nabi bertanya pada isterinya, ada apa gerangan menyebabkan Tuan Syaban tidak hadir ke masjid pagi ini? Suami

Dadah di Pusat Serenti

Image
Sering juga soalan ini diajukan pada saya, apa lewat di internet atau dalam siri ceramah-ceramah, termasuk di sebuah Surau (Darul Hidayah) di Hulu Langat, " betulkah di dalam pusat serenti masih ada dadah ?" hemmmm. Jawapan : Selama 3 bulan saya di Pusat Serenti PERSADA Sungai Besi, dan juga dalam siri lawatan ke mana-mana pusat termasuk Raub, Papar dan Pusat Serenti Wanita di Bachok. DADAH memang dilarang keras disana. Bahkan di PERSADA, (pusat serenti sukarela), penghuninya amat marah jika ada kawan mereka yang kembali terjebak mengambil dadah. Kerana ini melambatkan proses pemulihan mereka. Tidak dinafikan, seorang penagih berkata, " Jika dicampakkan dadah di dalam pusat ini, semua orang akan berebut-rebutnya ". Namun demikian, dalam keadaan begitu, tidak dinafikan, ada juga tembakau, mereka menghisapnya dengan kertas, ketika mencuri -curi keluar ke tandas. Disitulah beberapa orang bergilir-gilir menyedutnya. Pihak pusat tidak berkeras dalam hal ini, kerana

Pasport Murah ; Baru

Pasport 2 tahun rm100 Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) alternatif dengan bayaran cuma RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun mulai 1 Oktober ini. Pasport versi murah itu diperkenalkan bertujuan meringankan beban rakyat yang mungkin hanya memerlukan dokumen itu untuk satu perjalanan tertentu atau bagi kadar penggunaan yang tidak kerap. Sebelum ini, terdapat dua pilihan kategori pasport iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 bagi 64 muka surat dengan kedua-duanya sah laku lima tahun.

Maafkan Cikgu...

Image
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan

8 Type Manusia

" Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sbg mana telah diwajibkan ke atas orang-2 sebelum kamu, mudah-mudahan jadilah kamu insan bertaqwa [ Muttaqin ] " 183 - Al-Baqarah 1. Kafir 2. Fasik 3. Musyriq 4. Munafiq 5. Muslim 6. Mukmin 7. Muttaqin 8. Murtad Ke mana puasa mau bawa kita? Destinasinya ialah taqwa [ Muttaqin ], seruan (ayat di atas) ini ditujukan kepada orang-orang mukmin . Kerana orang Mukmin lah yang boleh menuju muttaqin, sedangkan muslim dan munafiq, jarak mereka lebih jauh lagi untuk kesana, bahkan hampir2 ada yang tidak layak. Insan Muttaqin adalah penghuni syurga, mereka layak dan digambarkan ALLAH Taala berada di syurga akhirat yang penuh kenikmatan, sebagaimana tercatat dalam surah Amma, " Sesungguhnya orang2 muttaqin berada di atas tempat yang tinggi (di dalam syurga) " . Sedangkan sahaja orang-2 yang mencapai taraf mukmin sudah lebih baik berbanding muslim. Siapa Mukmin ? Dalam surah Al-Anfal tuhan berbica

Mohon Derma Surah Yaasin

Image
Sebagaimana lazimnya, setiap hari Jumaat di SK Bangi telah menjadi kebiasaan bacaan surah Yaasin dan tazkirah diselang-seli. Murid SK Bangi kini berjumlah 900 orang lebih. Untuk masa ini, jumlah Surah Yaasin tidak mencukupi untuk murid-murid, gara-gara tersebut ada murid yang mengambil sikap berdiam diri. Admin SK Bangi memberi peluang di bulan yang mulia ini kepada semua pembaca untuk menyedekahkan Surah Yaasin untuk bacaan murid-murid di sekolah ini sebagai sumbangan amal jariah. Boleh diniatkan pahala bacaannya untuk arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia. Anda boleh membelinya dengan harga murah " sedikit kot "di Mydin atau mana-mana kedai berhampiran. Jumlah diperlukan sekitar 100 buah lagi. Foto menunjukkan murid-murid di SK Bangi membava Surah Yaasin pada hari Jumaat. Anda boleh menyumbang seberapa yang mampu.

Akhirat Nanti Tempat Pulang Kita

Alangkah singkatnya hidup, antara azan dan sholat, begitulah perumpamaan tempoh manusia hidup. Bukankah hanya sekejap saja antara azan dan sholat? Waktu kita dilahirkan, bapa kita meng-azankan di telinga kita, dan, sewaktu... kita pergi buat selamanya nanti, orang ramai yang membetulkan saf, " Sahaja aku sembahyang sunat ke atas mayat ini, Lillahi Taala ". Oleh itu, sebarkan kasih sayang, ciumlah orang-orang terdekat dengan anda sewaktu anda masih hidup. Adalah, sangat pilu, mengingatkan manusia yang tidak pernah diciumi anaknya, namun ketika mayat berada di atas tikar mengkuang, ketika itu orang memanngil, siapa belum lihat lagi sila datang kemari, sapa belum cium lagi, sila ke mari. Ketika itu....waduh....apa gunanya lagi bagi si mayat yang akan mengembara ke alam barzakh, apalagi yang pergi tanpa bekalan. Carilah dunia, seolah-olah engkau akan hidup selamanya, dan beramal-lah untuk akhiratmu, seolah-olah engkau mati esok hari. Carilah akhirat bagi dirimu. Hidup in