Posts

Showing posts from April 27, 2008

Cacat Bukan Penghalang

Image

Menikmati Kritik dan Celaan

Image
Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, niscaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalih-dalih untuk membela diri, yang ternyata ujung dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kursi sementara di bawahnya ada seekor ular berbisa yang siap mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahukan bahaya yang mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular n

Seragamkan Pakaian

Image
BANGI , 04 Mei 2008, Hasrat kami pihak sekolah ingin menyeragamkan pakaian murid-murid yang datang kelas tambahan ke sekolah. Atau pun bagi murid yang stay ingin membuat study group, mereka boleh memakai pakaian seragam. Setakat ini, kami telah temui baju dengan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan. Kainnya elok walau dipakai sampai 5 hingga enam tahun. Bagi perempuan berlengan panjang dan lelaki berlengan pendek. Kedua-duanya berkolar. Baju perempuan di cop dengan logo sekolah pada bahagian bawah, manakala lelaki logo sekolah di bahagian atas. Menurut pengalaman seorang guru yang pernah bertugas di Kelantan, hari Khamis merupakan hari Koko di sana, murid-murid sangat suka pada hari itu, kerana memakai baju yang lain dari biasa waktu ke sekolah. Tidak seperti hari ini, murid-murid memakain baju koko yang pelbagai warna, manakal perempuan memakai baju berlengan pendek yang tidak sesuai sebagai wanita muslimah. Kami dapati cara ini ada beberapa kebaikan, antaranya, kita boleh ke

Lagi Lawatan Percuma

MIAT telah mengundang murid-murid SK Bangi untuk menghadiri hari terbukanya yang akan di adakan pada 9,10 dan 11 Mei ini bertempat di MFI Dengkil. Sebanyak 3 buah bas akan dihantar selama 3 hari bermula pada hari Jumaat 1 bas, Sabtu dan Ahad juga satu bas. Seramai 120 orang murid akan dipilih oleh guru-guru untuk mengikuti lawatan ini. Tahun lepas pihak MIAT juga telah mengundang murid SK Bangi tetapi hanya 1 bas. Di sana kita menyaksikan dan dapat naik sendiri kapal terbang dengan pelbagai jenis.

Tanda-tanda Stress

Image
TANDA-TANDA ANDA MENGHADAPI MASALAH MENTAL Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur....... ......... ......... ......... Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ................ Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.... Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ......... ......... ........ Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... ..... Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. ......... ......... ......... ......... ..... Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda........ ......... ......... ......... ......... ........ Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika kelua

Sumbangan Pakaian Terpakai

Image
BANGI 29 April 2008, Cikgu-cikgu ada kan sorang budak tu dia berak dalam seluar dalam. Lelaki ke perempuan? Perempuan. Manakala selepas waktu rehat, ada pula seorang lelaki terkencing dalam seluar. Seorang guru bertanya, Cikgu tak ada ke seluar lebih-lebih. Tak Ade. Begitulah kadang-kadang situasi yang berlaku di sekolah, mana-mana sekolah pun. Saya dengan ini memohon kepada ibu dan bapa pembaca emel dan blog ini, sekiranya pakaian anak tuan puan ada yang dah ketat, buruk sikit atau apalah istilahnya, mohon dijadikan sumbangan untuk sekolah sebagai wakaf. Bila ada kes-kes macam tadi yang tidak kita duga, kita boleh menolong murid itu. Silap haribulan kata orang, kena pula anak kita. Sumbangan boleh dibawa dalam apa jua bekas, sila berikan pada mana-mana guru, kalau anak kita tak pandai nak cakap, tulis je sekeping nota untuk wakaf sekolah, atau berikan pada saya, nanti saya sampaikan. Kami mengharapkan seluar lah yang banyak, asal boleh pakai sementara nak balik. Kesian murid a

Ada 6 Kebiasaan Orang-orang yang Paling Tidak Efektif

Kehilangan sikap. Orang-orang biasanya mendapatkan apa yang mereka harapkan dari hidup mereka. Harapkan yang terburuk, dan itulah yang akan Anda peroleh. Berhenti berkembang. Orang-orang adalah apa mereka adanya, dan ke mana mereka menuju disebabkan oleh apa yang ada di dalam pikiran mereka. Tidak memiliki rencana dalam hidup. Sebagaimana yang dikatakan oleh William Feather, penulis dari The Business of Life,"Ada dua jenis kegagalan: orang yang mempunyai rencana tanpa bertindak apa-apa, dan orang yang bertindak tanpa rencana apa-apa." Tidak bersedia berubah. Beberapa orang memilih lebih baik berpegangan pada apa yang mereka benci daripada memeluk apa yang mungkin lebih baik karena mereka takut memperoleh sesuatu yang lebih buruk. Gagal dalam berhubungan dengan orang lain. Orang-orang yang tidak dapat bergaul dengan orang lain mungkin tidak akan pernah bergerak maju dalam hidupnya. Tidak mau membayar harga kesuksesan. Jalan menuju sukses selalu menanjak. Setiap orang yang ingi

Yang Kita Masih Bersabar

Image
KEBERSIHAN adalah separuh daripada tanda-tanda seseorang itu beriman. Dalam catatn lain menyebut, apa yang ada pada lahir, adalah bukti apa yang tersembunyi didalam jiwa. Andai kotorlah tempat anda belajar dan bekerja, maka disaat itu juga sebenarnya anda sedang bergelumang dengan jiwa yang kotor. Justeru, apakah layak jiwa yang kotor untuk diduduki oleh ILMu yang datang Allah Taala. Sebab itulah kita susah nak pandai. Kita belajar, tapi maklumat yang kita dpat tak boleh nak di save dalam memori kita. sebab banyak virus. Pemandangan yang terlihat di atas adalah babak lakonan yang benar-benar terjadi di SK Bangi. Dulu kelas 6 Mercury pernah di nasihat agar berubah, sekarang giliran Uranus mengambil tempat. Lihatlah sampah di merata tempat, mereka bagaikan tak ada jiwa, boleh belajar dan duduk dengan tempat yang bersampah sebegitu. Ingat-ingatkanlah pada anak-anak anda, bahawa Tuhan menyukai orang-orang bertaubat dan orang-orang yang suka membersihkan dirinya.

Pantai dan Lautan, Begitulah kita dan Masalah

Image
Hidup Tak Lepas Dari Masalah Bukit Mahkota 28 April 2008, Masalah dan manusia tak boleh terpisahkan. Bak pantai dan lautan. Begitulah yang boleh kita umpamakan. Namun adakalanya masalah itu boleh di elakkan dan di ikhtiar agar ia tidak menjadi masalah. Seorang murid tahun 6 yang akan berdepan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini, tetapi telah mencatat rekod 10 hari tidak hadir ke sekolah membuat saya kepingin menziarahi ke rumah sebagai lawatan sosial dan mencari sebab musababnya. Menurut laporan yang diterima dari guru kelas, ketika ditanya kenapa tak datang sekolah, dengan tersengeh-sengeh ia menjawab, lambat bangun cikgu. Sebagai guru yang prihatin, beliau menelefon ibunya bertanya kenapa, jawapan yang terima adalah bapanya yang tak kejutkan. Aik, menyalahkan bapak? Ibu buat apa ? Sudah tiga orang ibu dan bapa saya utuskan surat mohon datang ke sekolah untuk berbincang dan bertukar pandangan, bagaimana membantu anak mereka, termasuklah murid ini. Tapi setaka

Selamat Datang ke Laman PPDHL.net

Image
PPD Hulu Langat mengalami perubahan drastik setelah kemasukan beberapa orang yang rajin dan mempunyai kemahiran ICT tinggi. Kini PPD Hulu Langat mempunyai Laman Web yang canggih, merangkupi ruang forum , berita, pendapat, aduan dan sebagainya. Tidak saja guru-guru yang boleh mengaksesnya, bahkan ibu bapa dan juga murid-murid berhak melayarinya sama. Sila berkunjung ke laman tersebut melalui alamat http://ppdhl.net

Welcome

Selamat Datang ke Blog Noorhisham