Pantai dan Lautan, Begitulah kita dan Masalah
Hidup Tak Lepas Dari Masalah
Bukit Mahkota 28 April 2008, Masalah dan manusia tak boleh terpisahkan. Bak pantai dan lautan. Begitulah yang boleh kita umpamakan. Namun adakalanya masalah itu boleh di elakkan dan di ikhtiar agar ia tidak menjadi masalah.
Menurut laporan yang diterima dari guru kelas, ketika ditanya kenapa tak datang sekolah, dengan tersengeh-sengeh ia menjawab, lambat bangun cikgu. Sebagai guru yang prihatin, beliau menelefon ibunya bertanya kenapa, jawapan yang terima adalah bapanya yang tak kejutkan. Aik, menyalahkan bapak? Ibu buat apa?
Sudah tiga orang ibu dan bapa saya utuskan
Terserah andalah, begitu kira-kira pandangan saya. Kalau tak mahu datang, nak buat macam mana, tak
Apa masalah cikgu….bagi saya dan juga guru-guru lain, kalau banyak helai buku tak dijawab, banyaknya selesaikan, selesaikan dan tak selesai-selesai sampai sudah. Ini memang akan menemui banyak masalah lagi.
Dalam siri lawatan ke rumah kali ketiga ini, destinasi ialah Bukit Mahkota, tepatnya di Flat Seksyen 4. Tempat ini memang menjadi destinasi saya sejak dulu, entah kenapa ramai jugak yang bermasalah tinggal di sini.
Anak saya tak ada masalah apa, saya ada anak tujuh, ini yang bongsu. Jadi apa masalahnya tanya saya, dia hari tu sakit, demam, jatuh, jawab ibunya….kata saya ia…kita nak buat macam mana kalau memang sakit. Tak pelah kalau begitu, tapi kalau bangun lambat tu rasanya boleh diubah ya
Situasi selanjutnya kita tunggu akan datang.
Comments