Posts

Showing posts from June 27, 2010

Motivasi Lahir Dari Adanya Matlamat

Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bangi / Julai 2010 Oleh : Noorhisham Hamzah.S.sos.I Ramai pelajar apabila ditanya untuk apa kamu datang ke sekolah? Jawapan mereka “nak belajar”. Untuk apa “nak belajar”? “Nak jadi pandai”. Untuk apa jadi pandai? Kuang! Kuang!kuang!! Sampai sini susah sikit nak jawab. Pelajar sekalian, Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad ada meninggalkan pesannya kepada orang tua kita (ibubapa), “Anak-anakmu dilahirkan untuk masa akan datang”. Maknanya jika kamu dilahir pada tahun 2000, kamu ditakdir untuk hidup pada tahun 2020 sebenarnya. Disitulah kehidupan kamu yang sebenar bermula. Maksud cikgu, kehidupan kamu yang sebenar bermula pada 20 tahun setelah kamu dilahirkan. Ketika itu (2020), mungkin ada antara ibu dan bapa kamu yang sudah meninggal dunia. Paling tidak, mereka sedang meniti usia hari-hari tua, biasanya ayah akan meninggal dahulu, mak akan menyusul kemudian, kalau pun masih hidup, mata sudah rabun, rambut berguguran, kulit pula kendur,

Wahai Ibu Bapa..Ingatkan Anak Anda Tentang Solatnya

Image
Suruh anak-anakmu solat, Sabda Nabi, "Suruhlah anak-anakmu solat, walhal ia berusia 7 tujuh tahun,dan pukullah ia, walhal ia berusia 10 jikalau masih tidak solat" Demikian beratkan agama menitikberatkan amalan solat, sehingga Nabi membenarkan anak dipukul jika tidak solat ketika darjah 4. Suruhan ini mestilah bermula paling lewat 7 tahun, lebih awal lebih bagus menganjurkan anak solat, hari-hari anak mesti diingatkan, ditanya, dipantau, dinasihat sehinggalah umurnya 10 tahun. Jika masih lagi tidak solat secara sengaja, maka layaklah anak itu mendapat pukulan yang bertujuan mendidiknya dan memberi inzar, bahawa solat bukan boleh main-main. Malangnya kerana sayangkan anak, ramai ibu bapa tidak menyuruh anaknya solat, kononnya kerana sayangkan anak. Padahal Nabi bersabda, bahawa Allah Taala itu lebih sayangkan hambaNya lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya. Pun Tuhan menyuruh hambaNya supaya solat, tak kira dimana, miskin atau kaya, sakit atau senang, melainkan mati.

Laporan Analisa Bab Keagamaan di kalangan...

Image
Mengingat pentingnya Ibadah solat, sampai didalam agama Islam, rukun Islam yang pertama selepas mengucap ialah sembahyang. Nabi sendiri ketika hampir wafat, menyebut ummati, ummati, assolah, assolah, umatku umatku, solat..solat... dan Sabda beliau lagi, " Awwalu maa yuhaasabul abdi yaumal kiyamati assolaah "yang pertama-tama akan disoal dipadang mahsyar ialah tentang solatmu. Maka satu soal selidik berkaitan bab solat terhadap beberapa kelas di sekolah ini. dilakukan. Sasaran ialah murid tahun 3 dan 4. Soalan bertumpu kepada solat Subuh. Kajian mendapati murid kelas depan, ada antara 5 hingga 8 orang mendirikan solat subuh pada hari tersebut. Mengejutkan, kelas paling belakang, tiada seorang pun yang solat subuh pada hari tersebut. Pertanyaan kepada murid yang solat : Kenapa anda solat? Jawapan : Emak suruh 50% dan Perintah Allah 50%. Pertanyaan diajukan kepada yang tidak solat.: Kenapa anda tidak solat subuh hari ini? Jawapan : 70 % Tak sempat 30 % Lambat Bangun.

PENDOSA : SEDAR Dirinya Bersalah

Oleh : Noorhisham S.Sos.I Pendosa, alias penderhaka, adalah orang yang berbuat dosa, dia sememangnya sedar dia telah berbuat dosa. Seorang guru saya pernah berkata "Tanda perbuatan kita itu dosa, adalah timbul perasaan tidak enak dalam hati" apabila kita melakukan hal tersebut. Dosa-dosa itu secara automatik membuat hatinya risau, runsing dan tak senang duduk. Dalam kes penagihan, kita lihat senario penagih dadah, perubahan sikap amat ketara. Penagih akan pulang ke rumah tidak seperti biasa, bila dia masuk rumah,dia akan berjalan di tepi-tepi dinding dan terus masuk ke bilik, seolah2 dia tahu yang orang lain tahu akan dirinya sedang menagih. Tidak mahu makan bersama keluarga dan suka menyendiri.Dia punya dunianya sendiri. Dalam hal remaja hamil luar nikah, pun di temui akan beberapa hal yang sama.Seperti yang dipaparkan dalam drama Gerak Khas,25 Jun 2010. remaja yang hamil luar nikah, juga mempunyai sikap suka berdiam diri dalam bilik. Dia sedang menyembunyikan sesuatu,