Posts

Showing posts from July 5, 2009

SELAMAT DATANG KE SPADA 2009

Image
09 JULAI 2009. PARA KAUNSELOR MALAYSIA YANG AKTIF DI WEB KAUNSELING TENTUNYA MENGENALI OJALOLI, BELIAU DITEMUI KETIKA MENDAFTARKAN DIRI HARI PERTAMA DI SPADA PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR.

JUARA BERTAHAN

Image
11 Julai 2009, Jam 2.30 petang ceramah di SMK Pandan Indah, undangan kaunselor Wan Izahar Wan Rawi, malam maghrib di Surau Darul Hidayah, Hulu Langat, menyampaikan ceramah pencegahan, bahaya penyalahgunaan dadah kepada jamaah surau.

Selamat Datang

09 Julai 2009. KUALA LUMPUR. Seramai 25 orang pelajar baru SPADA ambilan 2009 hari ini mendaftarkan diri.Syabas dan Selamat Datang. Tahniah

Deritanya aku

Menurut En.Hafney, Presiden PENDAMAI. Penagih itu ada 3 Kategori :- a) Penagih manja - minta duit dari ibu. b) Penagih awal - Penagih berjadual, tahu jika esok pagi mereka perlukan dadah, maka penagih akan survey tempat di mana mahu beli dan ambil dadah, dan juga bila masa akan datang yang mereka perlukan. c) Penagih parah - Bila berlaku perubahan sikap ( segala-galanya akan berubah) Pada asasnya Heffney mengingatkan pada diri masing-masing, jangan cuba. Bukan senang untuk berhenti bila sudah terlibat, tidak ada jalan keluar. Hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu :- i) Tidak ada pemulihan kekal walaupun sudah berhenti dan teruskan berjuang sampai mati atau ii) Kau jadi penagih sampai mati Jangan anggap ia perjuangan biasa, tapi perjuangan luar biasa dan jika ditakdirkan engkau mati, ia mati syahid, tambah Heffney lagi Bila sudah terkena dadah, tiada bahasa yang untuk digambarkan betapa sakitnya. Pengalaman Heffney, dia pernah merempat dan duduk berhari-hari di Federal Bakery (kilang

SKB Juara Lagi

Image
Puteri Islam SK Bangi mara ke depan, kini mendapat JOHAN ke Daerah Hulu Langat.

Data Lama

8. Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan bilangan penagih di negeri ini ialah :- 1. Satu perumusan semula Strategi Dadah Negara telah dibuat dengan menukar pendekatan konsep dan mengatur semula keutamaan strategi. Senarai keutamaan strategi yang telah diatur dan diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan [MDK] ialah Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Kerjasama Antarabangsa. 2. Strategi pencegahan merupakan strategi jangkapanjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum seperti :- (i) Pencegahan awalan telah dijalankan melalui pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah atau di kalangan masyarakat umum. Objektifnya ialah menyediakan generasi muda dari segi pemikiran supaya menjauhi dadah, mengubah sikap dan persepsi masyarakat dengan menonjolkan isu dadah dan mengawal suasana sekitar yang menjadikan dadah itu jelik dan jijik. (ii) Program d

APAKAH MAKNA STATISTIK INI?

Seramai 12,352 penagih dadah dilaporkan pada tahun lepas, berbanding 22,811 pada tahun 2006. Ini termasuklah penagih baru dan berulang. Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Chor Chee Heung, ini menunjukkan tren penurunan sebanyak 50 peratus. Biar saya ucapkan tahniah kepada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain agensi kerajaan atas "pencapaian" ini. Semoga usaha Malaysia untuk mencapai sasaran penagih dadah sifar menjelang 2015 berjaya. Opps, nanti dulu! Mari kita lihat semula statistik ini. Statistik hanyalah angka. Angka yang diberikan dalam sebarang kajian dipungut dengan menggunakan metodologi tertentu. Dalam kes ini, angka penagih dadah yang dikeluarkan oleh AADK diambil dari bilangan tangkapan yang dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasa seperti polis. Kalau maklumat saya salah, sila betulkan. Kalau banyak tangkapan, tinggilah angka itu. Kalau kurang tangkapan, angka itu menjadi rendah. Ada sebab-sebab mengapakah jumlah tangkapan men