Posts

Showing posts from July 12, 2009

SENARAI NAMA PELAJAR SPADA, USIM 2009-2010

Image
Mohamad Khusairi bin Saidin 790125-08-5861 2090064 Mohd Hafiz bin Yusoff 750609-08-5175 2090050 Loh Chow Woei G112942 2090045 Vanaja a/p K. Subramaniam 710205-10-5794 2090059 Malik bin Abdul Mulok 781115-12-5861 2090053 Ahmad Khazani bin Abdul Wahab 761106-11-5241 2090066 Asmawati binti Mohamad Ali 770218-11-5056 2090063 Mohd Basiran bin Md Jamil 721120-01-5793 2090060 Ahmad Nasrudin bin Hassan 750705-02-5631 2090061 Khalid bin Samat 720519-03-5863 2090091 Amran bin Hussain G/13723 2090090 Meenatchi a/p Sokalingam 640418-08-5108 2090093 Zunita binti Deraman 760404-11-5368 2090049 Wong Fui Fun 720501-02-5958 2090044 Noorhayati binti Abdul Samad 700815-10-6154 2090065 Maznita binti Mokhtar 760831-11-5012 2090051 Nor Haiyati binti Awang Deraman 700420-03-5304 2090057 Haslinda binti Hussein 740209-01-5056 2090054 Hazlinda Nur binti Bahari 801223-14-5312 2090062 Mohd Rodzi bin Md Saud 790531-07-5343 2090055 Azhari bin Ramli 720619-10-5371 2090047 Langgoseng bin Kaiman 780815

Kaspersky Internet Security 2010

Image
Antivirus untuk Internet dari Kaspersky kini muncul lagi versi 2010. Saya telah menggunakannya, dan masih ada 3 key yang belum di gunakan, anda mahu yang terkini? Boleh emelkan alamat emel anda, saya akan emelkan key nya, anda download perisian di internet dan masukkan key serta update. Bank In kan wang sebanyak RM30.00 (KIS) sahaja melalui sistem perbankan internet. Dan RM25.00 untuk Anti Virus sahaja, (tanpa security internet) Senang ke kan. http://esd.element5.com/demoreg.html?productid=300324330

Penagih dadah mati semasa ambil cap jari

KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah yang sedang menjalani tahanan reman di bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Sentul di sini tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia, petang, semalam. R Gunasegaran, 31, pengsan semasa proses merekod cap jari antara jam 6.45 hingga 7 petang, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira jam 7.40 malam. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata anggota polis yang bertugas cuba memberi bantuan kecemasan kerana ketika itu mangsa masih mempunyai tanda-tanda pergerakan. "Setelah usaha tersebut gagal, mangsa terus di hantar HKL dan sebaik tiba pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan kita percaya mangsa mati semasa dalam perjalanan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata, hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian lelaki itu adalah disebabkan keracunan dadah dan

Putus Akal Ku

Image
BANGI. ENTAH apa yang membuat seorang murid ini tidak mahu ke sekolah. Pagi-pagi dia beriya-iya mahu ke sekolah, apabila sampai di depan pintu pagar, semacam ada lembaga besar yang menunggunya, begitulah kata-kata ibunya. Pihak kaunselor sekolah bagaikan putus akal memujuknya kerana dia tidak mahu bercakap, walau dengan ibu dan bapanya sendiri sebab tidak mahu ke sekolah.Pelbagai teknik diguna supaya dia membuka mulut, namun tetap membisu seribu bahasa. Sehari-hari hanya menangis dan menangis. Sehinggalah ibunya datang menjemput dan membawanya pulang. Murid ini bukan tahun satu, tetapi tahun 3. Sebenarnya ada 3 orang yang tidak datang sekolah dalam tempoh yang lama. Kami tidak menafikan ada kemungkinan hal ghaib yang menjadi faktor. Oleh itu,mohon kepada sesiapa yang mempunyai ilmu bab ini, untuk membantu sekolah mengatasi masalah ini. .. Namun ada beberapa sebab yang menjadikan seseorang murid tidak mahu ke sekolah. Antaranya : 1. Guru Garang 2. Kawan mahu pukul, minta duit 3. Ker

Di serang Lagi

Image
SYUKUR rasanya kerana laman http://sppk.kaunseling.com.my/news.php telah dapat dipulihkan. Ini kerana beberapa hari yang lalu sahabat saya menyatakan ianya diserang spam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Banyak nota dan bahan menarik untuk kaunselor sebenarnya, cepat-cepatlah ke sana dan download sebelum ianya terkena serangan kali kedua. Bagi guru bimbingan dan kaunselor Daerah Hulu Langat, kini laman web http://www.kaunselor.com sudah dapat dipulihkan dan saya telah menyambung semula jangka hayatnya untuk setahun lagi. Untuk kaunselor Selangor pula, anda boleh mengunjungi http://mgksel.ekaunseling.net/news.php , nampaknya kita kekurangan kaunselor yang minat berkongsi maklumat melalui web. Mungkin ramai menggunakan perkhidmatan facebook, friendster dan sebagainya untuk mencari kenalan lama. Apa pun, saya mohon kesediaan waktu anda untuk ke sana.

Alahai Bebudak Zaman Sekarang

Image
CEKIK KAWAN . Hmmmm, nasib baik ada guru yang ternampak. Kalau tidak boleh meninggal seorang murid SK Bangi. Gara-gara terjadi ejek mengejek, kerana timbul perasaan amarah, lalu dicekiknya kawan satu lagi. Tidak dapat dipastikan dari mana tindakan ini ditiru, namun tahun ini sahaja, 2 kes sebegini dapat dikesan. SUNTIKAN PCG . Ada yang gembira, dan ada yang ketakutan, begitulah reaksi beberapa orang murid dilihat sewaktu berdepan dengan situasi yang mencemaskan. Mereka ialah dari tahun 6, hari ini terpaksa menerima suntikan sebelah bahu kiri. Baru semalam murid tahun satu kena suntik kiri dan kanan. Kelihatan murid-murid lelaki tahun satu yang menangis. Sebenarnya yang kelihatan gembira pun sedang menyembunyi ketakutan. Sakit tak? Tanya yang belum siap. Tak lah, sikit je, macam semut gigit. Begitu beredar seorang murid perempuan, keluar lagi yang lain, sakit tak? Sakiittttt...jawabnya, aduh cikgu, macam mana ni, seorang jawab sakit, seorang jawab tak sakit . Dalam pada itu, SKB juga me

14 Julai 2009 di SK Bdr Rinching

Image
15 Julai 2009. SK Bandar Rinching, Semenyih . Satu Mesyuarat Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat kali pertama di adakan. Seramai 30 orang guru-guru bimbingan hadir mewakili setiap zon masing-masing. Turut hadir ialah beberapa orang guru baru yang mula berkhidmat di daerah Hulu langat ini. Dalam mesyuarat ini, guru bimbingan di hidangkan dengan persembahan PRS dari sekolah berkenaan, guru bimbingan kemudian di ajar bagaimana memuat naik gambar dan berita perkembangan prs semasa ke laman web www.eprs.ppdhl.net. Jawatankuasa kemudian duduk berbengkel, setiap unit sekretariat memutuskan untuk mengadakan program masing-masing, antaranya ialah lawatan ke Kelantan, kempen Bahaya Rokok di USIM, kursus keprofesionalisme guru-guru bimbingan di Janda Baik dan menempah satu baju PRS untuk para guru.

Relaps : Satu Kajian

Satu kajian rentas telah dijalankan di kalangan penduduk berumur 13 tahun dan ke atas di Kampung Bukit Kerayong, Selangor untuk mengkaji amalan merokok dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Seramai 255 orang responden telah dipilih secara persampelan rawakmudah dengan mengambil sis rumah sebagai rangka sampel. Data didapati melalui soalselidik berpandu dan pemeriksaan urin bagi pasangan suami isteri yang terpilih. Kajian menunjukkan prevalens merokok adalah 31.4%. Prevalens di kalangan penuntut sekolah (umur 13 - 19) adalah 16% dan umur mula merokok adalah seawal 10 tahun. Dua faktor utama yang dikenalpasti mendorong seseorangmerokok adalah pengaruh kawan dan sikap ingin mencuba. Bagi bekas peroko, faktor utama yang mendorong mereka berhenti adalah masalah kesihatan. Sungguhpun demikian, kadar relaps adalah tinggi iaitu 77%. Faktor umur, jantina, sikap, pengetahuan kesihatan dan pengaruh ayah sebagai perokok dibuktikan mempunyai hubungan yang signifikans dengan amalan merokok. Pa

Pilih Mana Satu

Image
Sijil Pengesahan Tamat Pengajian : Diploma Siswazah didalam Penyalahgunaan Dadah Kategori penagih:- a) Penagih manja - minta duit dari ibu. b) Penagih awal - Penagih berjadual, tahu jika esok pagi mereka perlukan dadah, maka penagih akan survey tempat di mana mahu beli dan ambil dadah, dan juga bila masa akan datang yang mereka perlukan. c) Penagih parah - Bila berlaku perubahan sikap ( segala-galanya akan berubah) Pada asasnya Heffney mengingatkan pada diri masing-masing, jangan cuba. Bukan senang untuk berhenti bila sudah terlibat, tidak ada jalan keluar. Hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu :- i) Tidak ada pemulihan kekal walaupun sudah berhenti dan teruskan berjuang sampai mati atau ii) Kau jadi penagih sampai mati