Posts

Showing posts from December 21, 2008

Kok Masih Ada Manusia Seperti Ini

Image
26 Disember 2008 . Kota Gelanggi Dua, Jerantut Pahang. Di sini tempat saya bermain dan belajar hidup di Felda buat pertama kali, ketika itu saya berusia 15 tahun. Seronok sebenarnya tinggal di Felda. Masyarakatnya rukun dan aman, saling tolong-menolong. Pergi ke Ladang KOKO naik Highlux pagi-pagi lepas subuh, pulang jam 1.30 tengah hari, bawa bekal nasi, air dan ubat nyamuk. Semua ini mak saudara saya yang bekalkan. Masjid Kota Gelanggi 2 dan surau Blok C menjadi tempat pertemuan sentiasa. Malam-malam waktu maghrib di surau itu, ramai anak-anak datang mengaji, saya diberi kesempatan untuk memberikan syarahan kisah-kisah Nabi dan orang Soleh pada anak-anak itu, kemudian mengajarkan mereka Al-Quran. Tapi itu dulu, sebelum saya ke Banda Aceh selama 4 tahun dan menetap di Bangi sebagai pelajar KPLI di Maktab Perguruan Islam tahun 2004. Hari ini saya kembali lagi. Kota Gelanggi tetap rinduan di hati. Namun ada kisah yang agak kurang baik berlaku di Felda ini. Sewaktu solat Jumaat, saya dan

Shisa Mula Merebak Pada Kebanyakkan Orang Senang

Image
Hisap Shisha Ibarat Api Masa Kecil Jadi Kawan , Besar Jadi Lawan (Oleh Melati Mohd Ariff) KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) : Memerhatikan gelagat anak-anak muda menghabiskan waktu malam dengan bersantai di kafe atau restoran adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya. Drama kehidupan muda-mudi di bandar besar. Lelaki, perempuan bergelak ketawa dan mempamerkan gaya hidup bebas di kota metropolitan. Asap berkepul, mereka menyedut perlahan-lahan objek yang diletakkan di sebelah tempat duduk. Yang perempuannya sedikit pun tidak menampakkan rasa segan atau malu, asap yang disedut dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut. Antara sedar atau tidak, ada satu trend atau kecenderungan yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini , yang mungkin jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya perosak iaitu menghisap shisha. Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghi

BILIK MACAM KOTAK KASUT

Image
Anda nak tau kesan DADAH golongan LSD? DADAH jenis ni akan membuat manusia berada dalam dunia halus. Namanya LSD, bukan LCD ye. Pengambilannya di letak bawah lidah.Ianya wujud dalam bentuk kertas 4 segi. Ianya di panggil Blotter. Ndak tau kenapa dipanggil Blotter. Namun boleh disuntik secara iv.(intavena) yakni dengan menyuntik ke dalam badan melalui urat. Selepas 40 minit, pengguna akan marasakan kesannya. Ia diserap 100% peratus ke usus. Dadah jenis ni hanya 1 peratus sampai ke otak. Kes macam ni sukar nak urin sebab amaun dia sikit sangat. Tindakannya . Ia bertindak pada bahagian otak yang bertindak sebagai penapis stimulus yang diterima otak. Nak tau kesannya? Hmmm. Muka dia orang ni akan kemerahan, mulutnya kering, berpeluh, tremor, bergetar-getar tubuhnya, loya, anak mata mengecil, hipertensi dan sebagainya. Kesannya yang sangat di inginkan ialah Euforia . Ini istilah orang dadah. Rasa gembira semacam, tak ada masalah langsung. Namun pada jam kedua, mereka akan mengalami kesan

Pernah Ternampak Aksi Ini?

Image
Anda mungkin pernah melihat atau terlihat situasi seperti dalam gambar ini. Budak-budak ini sedang menghidu gam. Gam boleh membuat mereka khayal. Tapi AWAS ada yang mati gara-gara GAM. Bukan kerana gam, tapi disebabkan nafas tak sempat masuk, oksigen tak sempat naik ke otak, akibat hidu gam yang terlalu banyak, akibat mati. Pernah 3 orang budak 10 tahun dulu masuk surat khabar mati gara-gara GAM. Awasilah komuniti anda jika melihat aksi ini. Sila beri teguran dan nasihat, perlakuan seperti ini mengundang padah walau nampaknya tak ada apa nya. Slide 3 • Tiga sahabat dijumpai mati dipercayai hidu gam Utusan Malaysia, Selasa - 11 April 2000 Kuala Lumpur - Tiga sahabat berumur 14, 18, dan 20-an yang merupakan bekas penagih dadah dijumpai mati dipercayai selepas menghidu gam beracun. Polis menemui 4 tin gam di tempat kejadian. Slide 4 Tabiat hidu gam boleh membawa kematian Kuala Lumpur (Malaysia) - Satu gejala yang semakin berleluasa kebelakang

Catatan Perjalanan 21 Disember 2008

Image
Afalam Yasiiru Fil Ardhi Fayan zuruu kaifa kaa na 'aqibatul mukazzibin. Demikian antara ayat Al-Quran yang menganjurkan kita berjalan di atas muka bumi, dengan kata lain mengembara. Saya, Cikgu Nan dan En.Zaini hari ni berjalan di sekitar Bukit Antarabangsa, nak tengok sendiri secara dekat insiden yang menimpa saudara kita di sana. Perjalanan bermula dengan memenuhi tangki dengan minyak tanpa plumbun di Hulu Klang. Inilah jalan menuju ke Bukit Antarabangsa. Tinggi jugak bukit ni. Nan dan Zaini dengan KAL 5052 yang dibawa dari Kedah. Sampai sana, kami saksikan banyak lori yang sedang keluar masuk, memunggah tanah. Zaini nampaknya tak tahan. Nak balik je dia ni. Deretan lori sedang antri menunggu giliran memasuki kawasan tanah runtuh. Ah...tak lepas ke sana, banyak habuk. perut dah lapar ni, JOm cari makan, destinasi kami di Kedai AZ depan hotel Koperasi Polis, Chow Kit. Di sini makanan ala Kelantan la. Budu pun ada. Fuuuuh.. dah makan, kenyang.. jom apa lagi pergi solat zuhur, sud