Posts

Showing posts from September 12, 2010

Kalaulah di Indonesia

Image
Selama, 4 tahun (1998-2002) saya tinggal di Banda Aceh, Indonesia, siaran TV yang paling menarik ialah RCTI. Petang-petang TEPAT jam 5 akan ke udara berita utama, (kalau di Malaysia berita Utamanya jam 8 malam). Biasanya waktu ini, saya pasti berada di Mess Malaysia atau di warung kopi Yusti (Warkop). Apabila jarum jam tepat pukul 5, suara dari TV akan menggetarkan speaker TV..Lintas....Limo... begitulah bunyinya. Banyak juga kes jenayah disiarkan di sana. Antaranya aksi rompakan, ragut, pecah rumah, curi, simbah minyak, bakar dan bunuh. Yang menariknya, jika pelaku (suspek) ditangkap, mereka dipaksa oleh pihak berkuasa supaya menunjukkan semula aksi mereka melakukan adegan tersebut. Bagaimana dia meragut, membacok, memukul, atau membakar manusia sang mangsa. Berita Tv akan menyiarkan semula lakonan tersebut. Jadi, kita boleh saksikan betapa sadis dan ngerinya nyawa sang mangsa dihabisi oleh pelaku. Jikalah TV3 mengikut jejak langkah itu tadi, pastinya jiwa kita lebih meruntun..ya

Masih Mood Raya 2010.

Image
Jadual hari ini, walaupun hari bekerja,petangnya sempat beraya di beberapa buah rumah Rumah paling awal, saudara Razif di Persint 9 Putra Jaya. Dari Bangi Lama lewat Sungai Buah,kemudian ke PICC dan akhirnya ke Persint 9. Petangnya, beraya di Jalan Enam Kaki, Beranang Malamnya singgah di klinik 1Malaysia, bukan nak raya, tapi anak sulung mulai panas, raya-raya demam jugak, inilah klinik Satu Malaysia Nilai, letaknya di taman semarak, Terima Kasih Dato Seri Najib.Inilah rakyat didahulukan. Kalau duit dah kurang lepas raya ni, elok lah ke klinik 1Malaysia.

Harapan Semua

Image
Saat-saat cemas, inilah masanya guru dilihat lebih grogi, cemas dan gerun dengan suasana. Pada lubuk hati yang paling dalam berkata, tak usahlah ambil UPSR dulu, sebab kami pun belum yakin kemampuan kamu semua, tapi takdir menentukan... kita di himpit masa, 21 September 2010 pasti akan dilalui. UPSR adalah penentu selama 6 tahun kamu bersekolah. Jerih payah guru mendidik, hasilnya, sama-sama kita lihat penghujung November nanti.

Kisah Penagih Sebelum Hari Raya

Image
Sebelum raya saya sempat bertemu seorang penagih yang dalam keadaannya kakinya kudung sebelah. Lantaran kesukaran yang dihadapinya, duduk diatas sebuah kerusi roda, penulis mencari kesempatan untuk mendapat kisah lanjutnya. Sebelumnya, kaki dia normal, bekerja sebagai penjaga pencawang TNB katanya, namun dia suka mengambil dadah, pil-pil domicom dan beberapa jenis dadah lain yang dicampur. Dia akhirnya mengalami over dos akibat berlebihan dadah yang masuk ke tubuh nya melalui cara suntikan. Walaupun begitu, dia dan kawannya masih menunggang motosikal dalam keadaan high. Ketika dia membonceng motosikal, rakannya yang memandu telah melanggar sebuah lori. Malang nasib kawannya, mati ditempat kejadian, sementara dia dibawa ke hospital Klang, kemudian dipindah ke Hospital Universiti, akhirnya kakinya terpaksa dipotong. Pulang ke rumah,akibat tekanan yang dihadapi, pun dia masih mencari dadah untuk mengatasi tekanan. Disaat itulah, polis telah menangkapnya dan dia akhirnya berada di salah

Pengisian Aidil Fitri

Image
Menjadikan Aidil Fitri Penuh Makna A ssalamualaikum, dan salam sejahtera, syukur kepada Tuhan yang menjadikan diri kita, juga telah kerana memanjangkan usia kita, hingga bertemu di saat ini, twit twiit....twit twiiittt... tefelon berbunyi, ketika malam dan hari, saya menerima banyak sms dari rakan-rakan, untuk menambah seri dan memaknai hari raya, jauh dan dekat semua ada, dari Dungun sampai ke Cairo sana, termasuk rakan-rakan non-muslim, thank you so much for Amutha and Vijaya. Tetap Pergi Saudara...., ketika kita berada lama diperantauan, banyak berita, kisah dan cerita yang berlaku dikampung tidak kita ketahui, untung hari raya tahun ini masih jadi, kerana hari raya lah, kita bertemu sanak famili, dan dikhabarkan si anu dan si anu telah pun pergi. Pergi menyambut panggilan Ilahi . Ada yang mungkin sudah layak dipanggil, dan ada yang masih muda, gagah, tengah menginjak kaya, namun dia tetap pergi jua. Itulah kehidupan, ada awal dan akhirnya. Dalam pada itu, ada di akhbar, beri

Lebaran Merungkai Erti Keluarga

Image
Lebaran ini penulis mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sanak saudara. Berikut adalah beberapa keping foto yang menjadi kenangan lebaran ini. Nikon D90 memang menceriakan suasana. Pak Su yang membantu saya sebelum ke Aceh kisah lanjut dalam biodataku..sekarang Pak Su sudah tidak dapat berjalan jauh, kerana matanya disahkan ada sejenis penyakit...ketarak.. Al-Hafiz Al-Ustaz Haswadi yang melorongkan saya ke Selayang Pandang 1998.. 2 orang buah hati..Syaza dan Syazwiena Di rumah nenek saudara (baju biru,tudung putih)...hanya inilah satu-satunya nenek saudara sebelah ibu yang tinggal, adik bongsu kepada arwah nenek saya. Inilah deretan sepupu saya, ummi nya bertudung putih duduk didepan.. (Baju Kuning) Al-Hafiz Ustaz Nazaruddin yang pernah memberi laluan saya bekhidmat di PERMATA.. Masih lagi bersama sepupu...dan bapa saudara Inilah rumah kelahiran ku.. Kampung Kubang Tuman dimana jasad ini dilahirkan 34 tahun yang lalu Guru Besar sekolah rendah dahulu, (SK Padang Garong