Posts

Showing posts from April 5, 2009

Tahniah SPADA 2008

Image
MODEL 7 LANGKAH KEPULIHAN

Buku 7 Langkah Kepulihan

Image
Sepanjang 6 bulan berada di SPADA , dan 3 Bulan di PERSADA, saya dan kawan-kawan sempat menghasilkan sebuah buku. Kami perah tenaga, keringat dan buah fikiran, kami tuangkan semuanya dalam 7 Langkah Kepulihan . Buku ini adalah hadiah kami bagi penagih dadah yang ingin pulih. Sebenarnya jalan untuk pulih ada banyak cara, terserah kepada individu, yang penting hati memang bertekad mahu pulih. Seperti kata Hafney, jangan cuba-cuba mengambil dadah, sekali cuba, tiada jalan keluar". Semalam saya bercerita tentang insan pilihan, bekas penagih dan pengedar, Hafney Abdul Rahim, beliau pulih sudah 28 tahun dalam penagihan dengan cara mengikat diri dalam sebuah bilik selama 6 hari. Setakat ini saya jumpa 2 orang yang pulih dengan mengikat diri. Kisahnya, beliau minta kawannya jangan masuk dalam bilik ikat saya kuat-kuat, hanya berikan air ribena dan roti setiap hari, Apa nak jadi, jadilah. Aku benar-benar nak pulih. Tapi Sebelumnya dia mengambil dadah sepuas-puashnya, katanya inilah yang

Saya Satu Dalam Sejuta

Image
"Saya mungkin satu dalam sejuta", itulah antara kata-kata Saudara Hafney, Presiden Pendamai pagi ini ini di CIAST. Saya diminta memberikan ceramah 2 jam pada pelajar baru di sini, 2 jam sangat panjang untuk uraikan persoalan dadah bagi saya yang baru dalam dunia ini. Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut. Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya. Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini. Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ? Pelajar : Selama ini, saya ingat dadah boleh ambil dan tinggal begitu je, rupanya susah. Hafney : Terima Kasih Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang. Kami terus meluru ke kantin. Oh ya, bersama saya ialah Pn.Norzalifah , beliau berhajat nak bawa kliennya untuk mendengar syarahan luar biasa

Sinar Salam

Image
Selamat Tiba di halaman kampung masing-masing mana-mana yang balik kampung, yang balik bandar, selamat berbandar, mari kita teruskan titik permulaan perjuangan ini esok hari. Masyararat sedang menanti kehadiran anda untuk menyuluh mereka ke jalan bahagia. Kawan, saya baru siap membina sebuah blog untuk Kak Fidah, http://sinarsalam.blogspot.com/ lawati blog beliau apabila dah siap sepenuhnya nanti. Yang kedua, marilah yang ketinggalan dalam dunia blog, tanam dalam diri matlamat ingin menyampai ilmu melalui lisan dan tulisan. Dakwah billisan wal tulisan lewat blog. Anda kenal anak mana di atas? Anak ini pernah dipaparkan dalam blog sewaktu dia masuk kecil dalam buaian. Sekarang sudah besar. Kita pernah jumpa anak ini di rumah Sinar Salam, Cow Kit.

Kenangan Yang Terindah.....

Image
KENANGAN 7hb April 2009 di Equatorial Hotel, Bangi Semua senyum je kat depan kamera tapi dalam hati semua sedih..member2 yang duduk sekelas selama 9 bulan sebelum ni kat SPADA semua dah nak pulang bertugas ke tempat masing-masing...xdapat nak mengacau lagi lepas ni.. Geng Praktikal AADK Ampang aka Geng Puteri Ayu Jelita...hehehe... Ni la BIG BOSS kami...En HALIM . Memang handsome orangnye LENNY : Macam mana nak balik ganu nie..finin finin...sakit lah tangan aku macam ni nak kena drive jauh-jauh .. VIJAYA : Lenny ni asyik termenung je. Aku juga sorang-sorang yang kena siapkan hadiah ni... Wei mana korang pegi ni...tak sampai-sampai lagi. Aku dah penat ikat reben ni..korang la pulak ganti

Cikgu Pulang

Image
Terima Kasih atas sokongan dan penantian anda, ibu, bapa dan penjaga yang ingin memohon bimbingan kepada anak-anak anda, bolehlah menghantar emel kepada saya di alamat seperti di atas, nyatakan nama, kelas, masalah. Terima Kasih. Anda juga boleh datang ke bilik Bimbingan. Kami sedia menanti anda.

Selamat Jalan SPADA

7 April 2009. Hari ini pembentangan terakhir kami group SPADA 2008-09 Kajian Kes. Pada malam ini pula, akan dilancarkan buku 7 Langkah Kepulihan Penagihan hasilan kami 21 orang bertempat di Hotel Equatorial Bangi. Seramai 150 orang dif kehormat dijangka akan memenuhi dewan pada malam ini. Selain tayangan power point perjalanan SPADA, ada juga persembahan dari pihak luar. Selamat Jalan dan Berbakti kepada Alumni SPADA 2008. Semoga Produk USIM ini akan memberikan hasil yang lumayan untuk bangsa dan negara.

Selamat Jalan SPADA 08

Image
Hero-hero kabir hero kabi zero di Vietnam Belajar Membeli dengan warga Vietnam Aik....duk mana nih, siapa ini ya, rasanya pernah ku lihat Lawatan ke pusat serenti Karak