Posts

Showing posts from February 20, 2011

Tebus Dosa

Image
SEPANG.Hari ini mengejar lokasi pembayaran saman, jam 7.30 dah menunggu di Pejabat Pos Nilai, rupa-rupanya tak buka hari ni.Terpaksa lah menelefon IPD Sepang, nasib baik disana buka. Saya baru bayar untuk 3 buah kenderaan.. Ada 1 lagi yang tak dibayar. Buat salah didunia ni lebih kurang buat dosa jugak, dalam komputer tak hilang-hilang kesalahan tu walau bertahun-tahun, walau kita sendiri dah lupa. Ia tetap ada. Begitu jugak lah dalam buku catatan raqib dab 'Atid. Dosa-dosa kecil dan besar kita sesama manusia, dengan orang bawahan dan sebagainya, tetap ada. Walaupun anak buah kita didunia, diam tidak melawan, sedang dia merasa dizalimi, itu tidak bererti kita tidak berdosa. Tunggulah surat saman nya di akhirat nanti. .. Semalam, saya ke Plaza Low Yat, nak mudahkan urusan selama ini tak ada mesin pencetak dalam bilik ubk, sejak posting 2005, inilah kali pertama beli printer. Kalau tidak, asyik naik turun pejabat nak print sehelai dua. hehe., Buletin Bimbingan bulan 2 dah siap dipr

LADAP 2 Untuk Guru

Image
Bengkel Matematik. Penceramah petang ini, En.Ridzuan bin Shukri, mencurahkan pengalaman nya dalam matematik. Sebahagian guru-guru

Ceramah Motivasi Awal UPSR 2011

Image
BANGI : 25 Feb 2011. Sekali lagi dalam minggu yang sama, kami mengadakan ceramah motivasi untuk murid tahun 5 dan 6. Objektif kami ingin mengejar ketertinggalan kami tahun lepas hanya 9 orang mendapat 5A. Isnin, Dr.Shahabuddin telah memberikan ceramah percuma selama 2 jam, manakala hari ini, ceramah atas jemputan pihak sekolah. ..En.Ebiet.. sedang menyampaikan ceramah motivasi.. ..murid-murid gembira mendengar ceramah ... antara aktiviti yang di jalankan..

Lawatan ke KLCC : 23 Feb 2011

Image
KUALA LUMPUR : 23 Feb 2011. Seramai 80 orang pelajar dan 6 orang guru telah menyertai acara lawatan ke Petrosain dan Pusat Sains Negara. Pelajar yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 ini rata-rata melahirkan perasaan sangat teruja dan ingin datang lagi esok hari. Dihalaman depan Pusat Sains Negara Di luar pintu masuk Petrosains Terakhir