Posts

Showing posts from September 23, 2012

Saya jumpa dengannya malam tadi

Image

Ditimpa Masalah

Hampir berderai air mata ini membaca suara hatimu. Hanya ini ku utuskan untukmu. Semoga menjadi renungan dimalam hari dan iktibar disiangnya.=>Perjalanan yg panjang dalam dunia ini penuh berliku,tidak pernah menjanjikan kebahagiaan yang maksimal, jika adapun bahagia, hanya sebahagian dari bahagia nya hidup di syurga nan abadi.Sejauh mana kita berjalan, akhirnya... kepada DIA kita kembali. Ujian mematangkan diri, mengajak diri menyebut, melirih dan merintih padaNya, mungkin agak lama kita berjauhan dariNYa... Pasrah dan Redha... Semoga Dia meredhai mu...Kuatkan Semangat sahabatku

Sidang Redaksi Majalah SKB

Image
Assalamualaikum wr wbt. Tiada perkataan yang ingin diungkapkan selain rasa syukur, lantaran impian yang sekian lama terpendam untuk menerbitkan sebuah majalah kesayangan sekolah akhirnya hampir menjadi kenyataan. Banyak juga cabaran yang pastinya telah ditempuhi, maklum ianya pertama kali. Awalnya terpaksa bertarung untuk mencari sebuah nama yang sifatnya unik, menggambarkan ciri-ciri sebuah sekolah yang lama, namun telah berjaya memproduksi insan-insan yang berjaya dalam kehidupan, lalu muncullah sebuah nama yang indah “Merintis Usia”. Gembira bekerja dengan team redaksi yang gigih dan bersemangat tanpa mengira penat lelah dari awal lagi, cukup membuat perjalanan menerbitkan majalah ini semakin laju. Harapan kita semua, agar ianya terus di rintis oleh waris selepasnya. Siapa yang menerima kayu baton sebagai guru di SKB selepas ini, teruskan menerbitkan majalah ini. Gabungkan tenaga, buah fikiran dan segalanya, untuk menjadikan SK Bangi sebuah sekolah yang gah di mata masyarakat.