Posts

Showing posts from February 13, 2011

Post Yout Comment On Blog Via FB

Image

Skuad Ronda Desaria

Image
Wak Tom Bersama Skuad Ronda Desaria Rukun Tetangga Kepada Skuad dan penduduk Taman Desaria, mari join FB Taman Desaria, memuat info keselamatan dan program semasa.

Rahsia Orang Berjaya

Image
AMPANG. Hari ini saya di SK Taman Bukit Teratai. Atas jemputan pihak sekolah untuk berkongsi rahsia orang yang berjaya. Berjaya dalam UPSR. Terima kasih kepada member, Cikgu Widyawati dan Cikgu Wan Zul. ... Sahabat Kaunseling Puan Widyawati Mahmod dan En. Wan Zul

25KM di tinggal, dia tetap Kembali

Image
Tulis Ustaz Azhar Idrus jumpe makcik ni di kg Sabak, Kelantan dukung 2 eko anok kucing..kata mak cik ni..bapa anak2 kucing ni diambik olih cucunya bawak balik ke kubang keriang, seminggu lepas tu, kucing tu balik sendiri berjalan dari kubang kerian ke kg sabak yg jaraknya lbh kurang 25km sbb rindu ke anak2 dia..Allahu Akbar

Tunjuk atau Menunjuk?

Image
Hidup ini adalah terpaksa, kita dijadikan oleh Allah SWT sebagai mahklukNya, yang dihidupkan dengan adanya "tujuan tertentu". Kita sedar, hidup ini sementara, dan selepas hidup akan adanya pertemuan denganNya, mau atau tidak, hal ini pasti akan berlaku. Justeru, kita di suruh beribadah, apakah "suruhan" ini satu paksaan? Ya..pada awalnya ianya satu " Paksaan ", itupun kalau anda mahu kan kedamaian hidup disana nanti. Anak-anak boleh dirotan oleh ibu bapa sendiri gara-gara tak solat. Bukankah ini satu paksaan supaya dia sembahyang? Namun, Tuhan mengajar kita, agar.. belajarlah dan cubalah beribadah dengan penuh ikhlas, sebagaimana bacaan kita dalam doa iftitah, "inna solati wa nusuki, wa mah yaa yaa, wa mamati, lillahi rabbil 'alamin" Sesungguhnya solatku, kerja buatku, dan hidup mati ku, adalah untuk Allah Taala". Justeru, manusia orang awam, solat kerana takutkan neraka atau kerana ingin masuk syurga, apakah itu sudah ikhlas ibad

Jom Hidup kan dan Lestarikan FB Desaria

Image
15 Feb 2011. NILAI .Melihat Taman Desaria Nilai belum memiliki FB sendiri, saya minta bantuan seorang rakan untuk menubuhkan FB ini. Diharap semua warga Desaria dapat berpartisipasi bersama, kewujudan fb ini diwujud memandangkan lebih ramai antara kita yang menjadikan aktiviti membuka Fb antara aktiviti wajib seharian. Selain cepat, ianya amat berguna kepada ibu-ibu ditaman ini yang tidak bekerja untuk membaca berita terkini setiap hari. Apa yang berlaku dan akan terjadi di taman ini. Kes-kes kecurian dan rompakan juga dapat disampaikan secara cepat dan berkesan, ianya tantu sekali berguna kepada warga Taman Desaria. Selama ini, hanya warga Desaria yang menjadi ahli ronda sahaja mendapat berita terkini. Dengan adanya FB ini, mungkin berita tersebut dapat dipanjang disini lagi. Saya sedang mencari beberapa orang untuk dilantik sebagai moderator FB ini.

Sambutan Maulidur Rasul Tmn Desaria

Image
Firman Allah Taala : Sesungguhnya Allah Taala telah melimpahkan rahmat yang amat besar ke atas orang mukmin, ketika mana Ia membangkitkan seorang Rasul dikalangan mereka, yang bertindak untuk mengajar ayat2Nya, dan membersihkan hati mereka, dan mendalamkan ilmu kitab dan hikmah,dan sesungguh mereka, sebelum kedatangan rasul, berada dalam kesesatan yang nyata. Antara insan yang dikenali di Taman Desaria Perarakan bermula jam 8.15 pagi dihadapan surau Desaria Perarakan menuju ke taman perumahan dengan iringan solawat Kaum ibu dan anak-anak remaja perempuan tidak ketinggalan di belakang Ramai.... kehadiran menambah ceria keadaan Kaum muslimin berada di saf paling hadapan dengan panji-panji bunga Kenderaan Pejabat Kesihatan turut membantu menghidupkan suasana Perarakan kembali ke surau

Koleksi Buku-buku Penagihan

Image
Berikut adalah sebahagian buku-buku berkaitan dadah yang ada dalam koleksi saya. Mungkin ada yang berminat untuk memilikinya. ... Orang Barat sebenarnya telah banyak buat kajian bab dadah. Namun sampai sekarang saya secara peribadi melihat, mereka tidak jumpa satu solusi untuk membanteras dadah secara berkesan. Kita pula berkiblatkan kepada mereka.. kenapa? Apakah kita tak punya panduan untuk menyelesai masalah manusia ini ? Buku yang ditulis oleh beberapa orang Doktor di Malaysia yang mengajar Ilmu Farmakologi. Pencegahan Relapse maknanya usaha mencegah seseorang yang menagih supaya tidak menagih semula. Re adalah ulang, Lapse ialah pusingan. Relapse maknanya kembali menagih semula setelah sekian lama berhenti menagih .. Jatuh ke lembah penagihan? Amat menarik mendalami teknik kaunseling penagihan. Jatuh dalam lembah penagihan sama seperti jatuh dalam gaung yang dalam. Dia tidak boleh keluar, kecuali jika dibantu. Buku ini adalah 12 buah. Ianya adalah hasil gubahan pela

Seputar Mesy.Agung PIBG SKB

Image
AJK PIBG Baru sesi 2011/2012.. Tahniah Pada Ustaz Jamsari dan En.Dzulhazman yang terus mendapat mandat untuk memimpin PIBG sekolah ini. Kebetulan Ustaz adalah alumni sekolah ini, so, rasa kasih dan sayang pada sekolah amatlah dalam. Persiapan Dewan oleh guru Sumbangan Sijil atas nama AJK PIBG 2010/2011

Kepimpinan Dalam Konteks Sekolah

Image
Atas jemputan sahabat karib saya di Pekan, Pahang, semalam saya selesai memberikan satu slot ceramah 2 jam kepada pengawas-pengawas sekolah SK Ubai. Akhirnya sampai jua ke SK Ubai Salah satu aktiviti yang dijalankan untuk meng eratkan hubungan sesama pengawas Anda... bukan pelakon yang saya cari...ini lah salah satu permainan untuk menunjukkan seseorang pemimpin akan mampu bertahan selagi dia tidak membuat kesalahan pada orang bawahannya Ikrar seorang pengawas.. Program ini di akhiri dengan pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas sekolah. Terima Kasih Ustaz Abu Hanafiah Ariffin dan juga barisan guru SK Ubai, juga buat Puan Zalaha, Guru Besar SK Ubai. Di sekolah rendah, murid sebenarnya belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin. Tugasan mereka tidaklah sampai boleh menjejaskan pelajaran mereka. Ramai pelajar yang cemerlang terdiri dari pengawas, ketua pengawas dan pelajar-pelajar yang sering keluar mengikuti program kokurikulum peringkat daerah. Untuk rekod, Cikgu Noo