Posts

Showing posts from September 9, 2012

Terima Kasih Majalah Pendidik

Image
September 2009, Blog norish77 terpilih berada di Majalah Pendidik, blog ini kepunyaan Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan SK Bangi. 3 Tahun kemudian, tepatnya, September 2012, Sejarah Sekolah dilakar kembali dalam Majalah yang sama. Terima Kasih Majalah Pendidik. Tercatat pada halaman sebelah, SK Bangi dibina pada 1924, kira2 88 tahun yang lalu, sekolah yang didirikan 33 tahu sebelum kemerdekaan, sekolah kedua tertua setelah SK Dusun Tua . Terima Kasih Jua pada yang telah membantu menyiapkan Sudut PPDa SK Bangi dan juga menghias bilik. Kedudukan meja dan kerusi terpaksa dialihkan berikutan hujan yang turun sehingga membasahi sebahgaian ruang bilik ini belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Sedang berikhtiar mencari jalan ke arah itu.

Alangkah Singkatnya Pertemuan Ini

Image
Tahun lalu, saya mengunjungi salah seorang guru saya di Aceh. Beliau boleh dianggap sebagai ulamak kecil-kecilan di kampung.Kampung yang pernah saya tinggal namanya Lam Duro "Dalam Duri" . Beliau mengajar ibu-ibu di madrasah lewat kuliah khas.Pernah saya ikutinya sampai ke ceruk kampung. Ceramahnya memikat rata-rata orang, dengan nada suaranya, apalagi isinya sangat memaut perasaan. Beliau yang saya baru temui (setelah sekian lama) lantas memberikan erti kepada makna HIDUP, kemudian MATI . Untuk apa hidup ini katanya? Hanya Ini Dunia Untuk PengAbdian. Lalu untuk apa MATI itu? Kematian adalah untuk Mempersembahkan Amalan Terhadap Ilahi. Begitulah kira-kira katanya. Sam...lanjutnya, bapak masih ingat, kira-kira berapa tahun yang lalu, sewaktu Sam bawa abang Ipar dari Jawa  ke rumah ini, masih terngiang di telinga ini suara azan (Maghrib) nya waktu itu, dan bicara-bicara waktu itu masih kedengaran? Sudah  berapa tahun tu? Hitung-hitung sudah 10 tahun. Rasanya baru kelmarin

Projek PPD : Lakaran Sejarah 2012

Image
Mana paling Cun

Ke Mana Hala Tuju Selepas Peperiksaan?

Image
Biasanya, mak ayah akan berfikir, ke mana nak dihalakan anak-anak mereka sesudah UPSR nanti. Dulu kat kampung saya, hanya ada dua lorong, satu lorong ke sekolah menengah dan satu lagi ke sekolah agama.Sekolah agama ni samalah dengan sekolah Arab. Belajar Bahasa Arab, Enggeris, Matematik, Sejarah, Geografi, Khat, Nahu, Saraf, Mantik, Fekah, Balaghah dan lain-lain. Manakala kat sekolah menengah, mereka belajar jugak, tapi tak lah sebanyak silibus sekolah Arab. Sekian lama masa berlalu, timbul sekolah pondok moden di Bachok. Syarat kemasukkan mestilah lulus SMU atau STU. Namun kini, aliran sekolah menengah semakin banyak. Ada MRSM, sekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa, pergi balik, pergi balik. Soal akhlak, masing-masing terpulang kepada ibu bapa, akhlak anak, ibu baoa lah yang mencoraknya. Mungkin anak duduk di asrama lebih baik akhlaknya, dan mungkin juga yang berulang-alik itu lebih baik. Ada pula sekolah sukan, saya belum pernah masuk ke sekolah ini, namun merasa sediki