Posts

Showing posts from January 25, 2009

Encounter Kendali Perasaan Marah

Image
Antara program yang sangat terkesan pada saya di PERSADA ialah Encounter. Saya terang dulu apa itu PERSADA, PERSADA ialah ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi. Ianya sebuah pusat serenti pemulihan penagih dadah sukarela. Letaknya di Sungai Besi kawasan Kuala Lumpur. Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga. sambung

Hilangnya Nikmat Kentut

Image
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut. Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka. "Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa. baca lagi

Encounter Kendali Perasaan Marah

Image
Antara program yang sangat terkesan pada saya di PERSADA ialah Encounter. Saya terang dulu apa itu PERSADA, PERSADA ialah ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi. Ianya sebuah pusat serenti pemulihan penagih dadah sukarela. Letaknya di Sungai Besi kawasan Kuala Lumpur. Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga. Namanya pusat serenti sukarela, mungkin anda terbayang ianya bebas dan longgar, oh tak begitu kawan, sungguhpun sukarela, ianya padat dengan program. Mereka bangun jam 5 .30 pagi dan tidur jam 11.00 malam. Salah satu program ialah Encounter. Pada hari tertentu bekas penagih ini akan duduk dalam satu bulatan besar. di atas kerusi sekitar 20 orang. Seorang pemimpin kelompok ini akan

Encounter Kendali Perasaan Marah

Image
Antara program yang sangat terkesan pada saya di PERSADA ialah Encounter. Saya terang dulu apa itu PERSADA, PERSADA ialah ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi. Ianya sebuah pusat serenti pemulihan penagih dadah sukarela. Letaknya di Sungai Besi kawasan Kuala Lumpur. Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga. Namanya pusat serenti sukarela, mungkin anda terbayang ianya bebas dan longgar, oh tak begitu kawan, sungguhpun sukarela, ianya padat dengan program. Mereka bangun jam 5 .30 pagi dan tidur jam 11.00 malam. Salah satu program ialah Encounter. Pada hari tertentu bekas penagih ini akan duduk dalam satu bulatan besar. di atas kerusi sekitar 20 orang. Seorang pemimpin kelompok ini aka

Program Jelajah AADK Ampang

Image
Puan Anis sedang memberikan ceramah. LEMBAH JAYA.31 Jan 2009. AADK Ampang mengadakan program Jelajah ke seluruh jajahan takluknya dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai peri pentingnya maklumant tentang dadah. Antara pengisian program ialah berupa "games" kepada anak-anak, kuiz dan bermacam permainan lain. Seorang wakil SPADA Khairunnisa, 31, turut memberikan ceramah yang bertajuk peranan Ibu Bapa dalam Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Program yang berlangsung di dewan JKKK Lembah Jaya ini dihadiri oleh masyarakat kawasan sekitar.

Terimalah taubatku

Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi. Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, amun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.

Terimalah taubatku

Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi. Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, namun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.

Terimalah taubatku

Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi. Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, namun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani. Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.

4 Tanda-tanda Manusia Celaka

Menurut sebuah kitab, dan hal ini di pelajari kembali ketika saya menuntut ILMU di Aceh dahulu, Ada 4 tanda-tanda manusia yang berada didalam kecelakaan. 1. Lupa dosa-dosanya yang lal u, padahal ianya di sisi Allah terjaga 2. Mengingati dan menyebut-nyebut akan kebaikan dirinya , padahal ianya belum tentu diterima Allah atau ditolak. 3. Melihat orang yang berada di atasnya, dari aspek dunia . 4. Dan melihat orang yang berada di bawahnya, dari aspek agama Berkata Tuhan, Aku inginkan dirinya, tetapi tiadapun akan dia berkehendak pada Ku.

4 Tanda-tanda Manusia Celaka

Menurut sebuah kitab, dan hal ini di pelajari kembali ketika saya menuntut ILMU di Aceh dahulu, Ada 4 tanda-tanda manusia yang berada didalam kecelakaan. 1. Lupa dosa-dosanya yang lal u, padahal ianya di sisi Allah terjaga 2. Mengingati dan menyebut-nyebut akan kebaikan dirinya , padahal ianya belum tentu diterima Allah atau ditolak. 3. Melihat orang yang berada di atasnya, dari aspek dunia . 4. Dan melihat orang yang berada di bawahnya, dari aspek agama Berkata Tuhan, Aku inginkan dirinya, tetapi tiadapun akan dia berkehendak pada Ku.

Tiga Tingkat Manusia

Dalam beramal, terdapat tiga tingkat manusia. Di mana anda sekarang? 1. Al-Ibad 2. Al-Muridin 3.Al-Arifin Ibad, beribadat seperti solat, puasa dan lain-lain demi mendapatkan pahala, menjauhkan dari segala larangan supaya dapat Syurga, dan ia juga memohon agar diselamatkan Tuhan melalui ibadat tadi dari bermacam mala petaka dunia dan akhirat. Muridin, Beramal dengan tujuan supaya dekat atau sampai kepada Allah. Orang seperti ini beramal dengan maksud terbuka hijab yang menutupi hati mereka.Dan tiadalah amal mereka itu dengan niat seperti golongan yang pertama tadi. Manakala Arifin, tiada maksud seperti di atas, dirinya hanyut dengan cinta kepada Tuhannya, suka kepada banyaknya beramal, dan tiada pula kesusahan baginya. Nabi sendiri pernah bersabda, ( Al-mautu raahatul lilmukmin ) kematian adalah rehat bagi orang-orang mukmin, orang yang capet beribadah kepada Tuhannya, menghambakan diri sepenuh jiwa raganya semasa hidup, kematian adalah satu bonus dan kerehatan abadi bagi dirinya. Se

Dalam Rela Ada Paksaan

Image
HARI ini adalah hari pertama saya dan sahabat, melaporkan diri secara rasmi sebagai pelajar praktikum di PERSADA, Sungai Besi. Majlis waktu pagi dimulai dengan perhimpunan, kemudian morning meeting. Kami diminta memperkenalkan diri. Esok, En.Hayazi, Ketua Kaunselor akan memberikan 3 kes seorang untuk kami kendalikan. Pagi setelah perhimpunan, menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu PERSADA, kami kembali ke pejabat, memasuki Morning Meeting buat kali pertama, Timbalan Komandan, Encik Azizi memberi laluan kepada saya dan Wan Mohd Anuar WMA memperkenalkan diri. Majlis kemudian bersurai. Kami ke Meeting Family, melihat dan mempelajari teknik meeting bersama ahli keluarga. 1 Jam lebih kami di sini. Bersama saya, ada mahasiswa S1 daru USIM, 3 dari UMT Terengganu. Program Terapi Agama pula kepada penghuni baru yang baru datang bulan ke bawah. Pak guru sedang menyampaikan bersuci menggunakan air, jenis-jenis air. Kami perhatikan gelagat penghuni dari belakang. Besok sambung lagi sesi pe

Selamat Hari PerSahabatan Sedunia

Image
Kebetulan sambutan Tahun Baru, semua kedai Top Up yang biasa saya kunjungi bercuti, kredit dalam Enpon pula dah habis, waktu di Ho Chi Minh kena telan RM13.00 dek gatal ops kerana nak menjawab panggilan. Habis melayan percuma RM13.00, orang salah nombor pulak tu. Malam ni ramai kawan yang ngirim sms mengucapkan Selamat Hari Sahabat. Mana yang belum saya reply, terimalah, ucapan Hari Sahabat. Sesungguhnya kita diminta mencari seramai mungkin sahabat, walau sejuta, kerna sejuta belum banyak, dan jauhi lah musuh, walau hanya satu, kerna satu (orang musuh) sudah terlalu banyak (bagimu). Ada manusia di Padang Mahsyar besok duduk keseorangan, lalu Malaikat datang dan menegurnya, kenapa engkau masih di sini, jawabnya, aku tak punya kawan yang bisa menolongku.

NOK GI MANO TU

Image
DREBAR PERAHU VIETNAM NI NOK GI MANO, MASUK HUTAN MEREDAHI SUNGAI MEKONG DAN PULAU PHOENIX
Image

Terlupa

Image
Salam, bermula bulan ini dari 28 hb ini hingga 9 April saya berulang-alik ke Pusat Serenti PERSADA, Sungai Besi. Masuk dan keluar macam hari kerja, bahkan kemungkinan hari Sabtu dan Ahad terpaksa berada di sana. Ini berikutan ada sesi yang tidak dapat dijalankan pada hari biasa, dan harus ditunda ke hari berikutnya. Ada permintaan untuk saya naik mimbar, lama jugak tak berada disitu, tapi terlupa, apabila masuk sesi praktikum, hari Jumaat pun saya masih berada di Sungai Besi, lainlah kalau dapat cuti. Namun saya berusaha untuk menyiapkan satu teks khutbah Jumaat menyangkut peranan masyarakat sivil dalam memerangi dadah di peringkat kampung. Juga peranan PEMIMPIN Masyarakat, saya sedar selama ini mereka (pemimpin) tak tahu nak buat apa dengan masalah ini. Bila kami berikan garis panduan tempoh hari kepada sebilangan peserta pemimpin masyarakat dari Ampang Jaya, baru mereka terbuka dan nampak. Ada jalannya, ada peranan mereka dan solusinya.
Image
Image
Razif nak mencuba beca di Vietnam. Sayang ramai yang tak berkesempatan. Alahai keciannya...nak duit ye. Mak cik beli ye.... ye la mak cik. tima kacih

Bermacamnya di negara orang

Image
JUAL spek, di luar hotel kami ramai orang berniaga datang, jual topi. mancis, baju, kraftangan dan lain-lain lagi. Mulanya USD 8.00 untuk satu. Akhirnya dia tawar USD5.oo, masih ku tak endah, dan akhirnya USD5.00 untuk 2 buah. MENUJU ke penempatan muslim di Vietnam. Saya dibelakang berbaju JPS hitam. MEMBONCENG.Saya sempat merasakan bagaimana menaiki motosikal dalam kesemrautan di Vietnam ini, khususnya di Ho Chi MInh City. DI atas bot pelancung Vietnam. Sebelah kanan pemilik blog alynxz KENANGAN TERAKHIR bersama geng SPADA. Kami sekarang berpecah ke tempat masing-masing. Tiada lagi pertemuan kecuali majlis penutupan. ADUHAI...alangkah singkatnya HIDUP. Sebelah kanan saya, masih orang yang sama. Jadi orang kanan INGIN PULANG. Ke manapun kita pergi, kita akhirnya pasti akan pulang. Adakah anda tidak mahu pulang? Wa tazaw waduu, fainna khairaz zaadit taqwa. Bersama Khairunnisa di Airport Ho Chi Minh. VIJAYA.Susah nak dapatkan gambar ViIjaya dan Amutha dalam fail ini. soalnya (sebabnya)

Syeikh Abdul KAdir Al-Jailani

Image
Maka bersabarlah, tentanglah hawa nafsumu, dan berpegang teguhlah pada perintah-perintah-Nya. Redhalah atas takdir Yang Maha Kuasa, dan berharaplah akan redha dan kurnia-Nya. Sungguh Allah sendiri telah berfirman: "Hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan menerima ganjaran mereka tanpa batas." (QS. Az Zumar : 10) Kutipan dari KItab Futuhul Ghaib