Posts

Showing posts from August 30, 2009

Memanggil-manggil Tuhan

Image
Akhir zaman, banyak peristiwa ngeri yang terjadi disana sini. Kehancuran dan runtuhnya bangunan besar, rumah, kedai dan tempat tinggal manusia. Semua yang ditimpa ujian ini, akan memanggil-manggil nama Tuhannya jika dia seorang yang bertuhan. Dalam hadis Qudsi, Tuhan berfirman, Aku suka mendengar suara hambaKu menyebut dan memanggil namaKu. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 152, Firman Tuhan lagi ; Fazkuruunii azkurkum , Maka ingatlah akan Daku, nescaya Aku akan ingat pada kamu. Jika kamu ingat Daku waktu senang, waktu susahmu Daku ada bersama, jika kamu ingat Daku waktu di dunia, akhirat nanti Dakulah penolongmu. Justeru, sentiasa lah memanggil nama Tuhanmu, serulah Dia di waktu senang dan susah.

Motivasi Terakhir

Image
04 September 2009 . Cikgu, terima kasih cikgu kerana mengajar saya selama ini, maafkan kesalahan dan kesilapan saya, halalkan ilmu yang cikgu beri pada saya, doakan saya jadi murid yang berjaya cikgu. Itulah antara ungkapan dari murid-murid yang disampaikan kepada guru-guru tahun enam dalam majlis ringkas pagi ini. Para guru yang didatangi tidak dapat menahan sebak, lalu menguyurlah air mata kesyukuran, kegembiraan dan harapan yang menggunung. Semoga segala hajat anak murid kami dan kami semua sebagai guru-guru, termakbul jua Ya Rabbi. Wahai murid, jangan lupa jasa guru, sepandai apapun kita, jasa guru sangat besar, terutama guru tahun 1, mereka lah yang mengajar A,B, C hingga Z, tangan merekalah yang telah membimbing kita memegang pensel, merekalah yang mengajarkan 1,2 dan 3. Majlis Berbuka Puasa dan Sholat Hajat SK Bangi hari ini, mengadakan majlis berbuka puasa bersama ibu bapa, murid tahun 6 dan guru-guru. Sebelah malamnya, di ikuti bacaan Yasin, sholat Hajat dan sholat Terawi

Anak Yatim di Santuni

Image
Terima kasih tidak terhingga kepada group Usrah Ustazah Saleha dari KUIS yang telah memberikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim di SK Bangi. Semoga Tuhan memakbulkan segala hajat dan doa-doa dari tuan-tuan dan puan2 semua. Kelihatan diwajah2 mereka adalah sayu dan sangat berterima kasih, kerana "masih ada yang mengingati daku"... Daku keseorangan, tiada ibu.....kalian semua tidak menyedari, betapa pilu nya hati ini setiap lebaran, orang lain boleh mengucupi tangan ibunya, tapi kami.... hanya menziarahi maqam.....tiada kata-kata kecuali batu nisan yang berdiri tegak.... Terima Kasih Daud Keladi Ada Rezki Kita Ulangi Lagi Semoga Menjadi Amal dan Bakti Dibawa kembara ke alam Abadi

Jom Sholat

Solat itu lebih baik dari tidur. itu kalimat yang selalu kita dengar dalam bahasa Arab. tetapi ramai yang membuktikan bahawa tidur lebih sedap dari solat. Sehingga terjadi, anak-anak tidak ke sekolah gara-gara ibu dan bapa tidak bangun sholat subuh.Kenapa erk....

Selamat Menduduki UPSR

Image
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, anda di seluruh Malaysia sedang menunggu saat, saat yang akan menentukan siapa anda dalam akademik selama ini. Selama 6 tahun anda di sekolah rendah, dari darjah satu sampai darjah 6, segala ilmu akan terkumpul dalam sekeping kertas keputusan UPSR. Begitulah hidup, bukti kita FAHAM, adalah kita boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sebaliknya jika anda GAGAL, bermakna selama ini anda kurang FAHAM, atau tidak berjaya mengingati FAKTA, dan ISI PENTING yang seharusnya anda save dalam minda. Apapun... (seoalah) segalanya tidak dapat membantu kini, yang dapat membantu anda di saat akhir ialah DOA, harapan dan ketenangan jiwa. Dalam Konteks yang Lebih Luas Begitulah, dalam mengenderai hidup, kita akan membawa sekeping sijil ke akhirat nanti. Sijil itu akan diterima di padang mahsyar, yang berjaya, dan cemerlang mematuhi perintah ALLAH akan menerimanya dengan tangan kanan. Adapun yang GAGAL, akan menerima dengan tangan kiri melalui belakangn

Gempa Bumi di Tasik Malaya

Image
Di saat umat Islam lain sedang beribadah puasa, saudara kita di Jawa Barat terpaksa menghadapi detik pilu, apabila gempa bumi sekuat 7.3 skala rither terjadi disana. Kanak-kanak ini menangis kerana ahli keluarganya turut menjadi mangsa gempa. Salam Takziah saudara ku di sana. Keadaan rumah yang digoyang gempa, terjadi Rabu 02 September 09 mengakibatkan korban setakat ini 25 orang.

Carilah...

" Carilah Dunia, seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok har i " Ramai orang seakan boleh melaksanakan tuntutan yang pertama, yakni mencari (habuan) dunia yang sementara, tinggal isteri dan anak-anak, pergi merantau mencari uang, sampai kekadang solat terbarai, itukah namanya bersungguh-sungguh mencari dunia? Berbalik tuntutan yang kedua, sukar mencari dimana "dia" itu, walaupun didalam diri kita sendiri. Sukarnya beribadah yang dikatakan seolah-olah kamu akan mati besok hari. Melainkan orang yang benar2 akan mati esok hari, seumpama mereka di penjara, yang akan kena menjalani hukuman gantung sampai mati. Pun dalam keadaan begitu, masih ada yang termangu, buat macam tak kisah, sedangkan tali gantung sedang menunggunya... Sesungguhnya kita tidak menyedari saat kematian yang akan menjemput kita, masihkah ada yang buat tak tahu, bahawa hidup ini pasti berakhir...ya..hidup ini....akan tetapi hidup lain menyusul, ya

PEMBENTANGAN FARMAKOKINETIK DADAH SIRI 2

Image
2 September 2009 (Rabu): Pembentangan Tugasan Farmakologi Dadah Kumpulan B telah dijalankan pada hari ini. Para pembentang pada hari ini ialah Ahmad Khazani bin Abd Wahab, Asmawati Muhamad Ali, Alias bin Jasin, Mohd Khusairi b Saidin, Mohd Rodzi bin Md Saud dan Wong Fui Fun. Pembentangan melibatkan Farmakokinetik Syabu, Metadon dan Ecstasy. Panel Penilai: Dr Nur Azlina binti Mohd Fahami Dr Qodriyah Hj Mohd Saad Mohd Rodzi bin Md Saud: Pembentang Farmakokinetik Shabu Ahmad Khazani bin Abd Wahab: Pembentang Farmakokinetik Metadon Alias bin Jasin: Pembentang Farmakokinetik Ecstasy Asmawati binti Muhamad Ali: Pembentang Farmakokinetik Metadon Mohd Khusairi b Saidin: Pembentang Farmakokinetik Ecstasy Wong Fui Fun: Pembentang Farmakokinetik Syabu

VIDEO CONFERENCE SESI KAUNSELING

Image
1 September 2009 (Selasa) - Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk para pelajar SPADA bagi menonton video conference bagi sesi kaunseling individu yang telah dijalankan pada minggu yang lepas. Prof Dr Saedah Ghani memberikan komen bagi memperbaiki cara pengendalian sesi yang telah dijalankan. Prof Dr Saedah Ghani sedang memberikan komen kepada cara pengendalian sesi oleh para pelajar.... Para pelajar begitu tekun menyaksikan kendalian sesi oleh rakan-rakan Beginilah rakaman video yang dipertontonkan untu sesi vedeo conference Prof Dr Saedah mencatat sesuatu untuk mengulas cara pengendalian sesi kaunseling oleh para pelajar

Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya. "Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya. "Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah. "Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan

Penghayatan Makna Tujuan Berpuasa

Image
Siri 2 : Edited " Wahai orang-orang yang beriman , telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa " Al-Baqarah - 183 Dalam ayat di atas ada satu kalimat iaitu "telah ditulis" , perkataan ini membawa makna wajib, sebagai contoh, semasa kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman,tak lama kemudian kita tiba, pada waktu itu polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, "encik, encik, ini kereta saya encik....maaf cik"...hmmmm kata dia, dah tulis. Maknanya tiada guna lagi minta maaf (saat itu). Permintaan maaf dari kita tidak lagi boleh menghapus tulisan dikertas saman, kenapa? Kerana telah ditulis. Dalam Agama ISLAM yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa, puasa maknanya " menahan " . secara falsafahnya, kita adalah hamba abdi, banyak keinginan-keinginan kita

STESEN JANAELEKTRIK SULTAN MAHMUD, KENYIR

Image
Pada 30 Ogos 2009 (Ahad), Mohd Basiran, Zunita dan Maznita sekali lagi bergabung tenaga untuk menjalankan Tinjauan Skala Tahap Kesedaran Terhadap Isu Dadah di Tempat Kerja. Kali ini kami menjalankan tinjauan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir. Kehadiran kami pada hari ini hanya berkesempatan untuk meninggalkan 50 set soal selidik dan kami akan ke sini lagi pada 6 September 2009 bagi mengumpulkan respon soal selidik dan temu bual dengan pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tinjauan kami. Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad . Keupayaan terjamain adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh. Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986 . Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah . Bahagian kekal

Setengah Juta Balik Kampung

Image
Kasihan pada mereka yang tidak mempunyai tiket untuk balik ni. Tumpang-tumpang lah jiran kalau nak balik, tapi jangan buat lupa lak hulur sikit duit raya. Kalau tak, tak sampai kampung la kita.

Tidak Mengenal Siapa

Image
Posting kali ini merakamkan ucapan Takziah kepada kelurga doktor yang terlibat dengan cobaan ini. Sesungguhnya apabila datangnya ajal, tiada siapa pun yang boleh menahannya. " Maka apabila datang ajal mereka, tidaklah boleh ditahan sedetik atau dipercepat sedeti k " Tahniah juga kepada semua doktor-2 di seluruh Malaysia yang telah dan akan berkorban seluruh masa, diri dan tenaga untuk membantu pesakit, yang mana kadang-kadang mereka tidak sempat mencicipi makan tengah hari, lantaran berada di dewan pembedahan yang belum siap-siap. Malah bersambung-sambung. sedang keluarga di rumah menunggu kepulangannya dengan harapan.