Posts

Showing posts from March 13, 2011

Motivasi UPSR di SK Tok Muda Kapar Klang

Image
KLANG. Sekolah Kebangsaan Tok Muda Kapar hari ini menjemput saya selaku penceramah kepada 100 orang murid calon UPSR. Terima kasih pada Cikgu Husni, selaku guru bimbingan sekolah. Jam 7.30 pagi saya bertolak dari Nilai 3, jam 10.00 sampai di sekolah tersebut. Lihat meter van, dalam 127 kilometer gitu. Semoga semangat anak-anak disini terus bertambah dan mula mengatur strategi untuk melihat masa depan yang cemerlang, gemilang dan tak hilang nama didunia.

Gambar Lawatan ke Karangkraf

Image
Sinar Harian, antara bahan akhbar yang di cetak dan di edar oleh syarikat Karangkraf. Setelah makan tengah hari dibawah khemah bersama Dato, kami dipersila untuk bergambar bersama di belakang pejabat beliau. Dato berdiri (5) dari sebelah kanan.Terima Kasih Karangkraf

Lawatan ke Karangkraf, High 5 dan Rumah Orang Tua

Image
14 Mac 2011. SHAH ALAM. Seramai 43 orang warga guru dan staf sokongan dan 20 orang anak-anak guru menyertai acara lawatan sambil belajar ke Kilang Percetakan Karangkraf yang terletak di Shah Alam. Dua bas sewa khas bergerak dari perkarangan sekolah jam 8.20 pagi. Disebabkan kesilapan jadual, rombongan tiba jam 10.00 pagi di Karangkraf. Saya memberitahu pegawai terbabit, kami terpaksa bergegas ke Kilang Roti sejam setengah kemudian. O... tak cukup kata En.Hashim, sekurang-kurangnya anda akan berada di sini selama 3 jam. Kami tak tahu, rupanya Karangkraf juga ada menyediakan jamuan untuk kami, bahkan kalau ada rezki, kami boleh makan bersama CEO sekali tengah hari ini, jelas En.Hashim lagi yang bertindak selaku pemimpin lawatan kami. Sesi terawal. Taklimat oleh Encik Hashim Kami tak sangka, pihak Karangkraf suka menerima lawatan guru, kerana, guru dan ilmu serta penulisan tidak dapat dipisahkan. Jelas mantan Pengerusi PIBG ini. Sesi Lawatan bermula di sini. Mesti ambil gambar. Ilust

Hidup Tanpa Mauqifnya Lagi

Image
Awal kematian bukanlah akhir dari segala kehidupan, justeru kematian adalah awal dari sebuah kehidupan yang kekal abadi. Saya ingin membayangkan kepada pembaca, pendengar ceramah saya juga, melalui gambaran di atas, bahawa kehidupan di akhirat itu, maha-maha panjang, dan tiada mauqifnya lagi (tiada berhenti). Anda tahu hanya ada tempat yang kekal lagi abadi di sana kan? Ya... Syurga dan Neraka. Adapun ashabul a'raaf itu hanya sementara. lokasi berdomisili (menetap) untuk sementara waktu bagi hamba yang dosa dan pahala sama naik. Anda bayangkan jika anda duduk di dalam neraka dalam tempoh yang begitu lama, sehari, setahun, seratus tahun, seribu tahun, bahkan hingga berjuta-juta tahun lamanya. Sedangkan orang lain duduk didalam syurga. Mungkin sedang menikmati buah-buahan dari syurga. Mendengar lagu dari syurga, berjumpa dan bersembang sesama ahli syurga dibawah kenikmatan yang ter amat sangat luasnya. Adalah dikatakan, didalam syurga itu ada 70,000 jenis air dan 70,000 jenis m

Seminar Sehari di UPM

Image
13 Mac 2011.Seramai 21 orang murid SK Bangi telah menghadiri seminar sehari di UPM hari ini.Syabas kepada yang telah hadir, semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan.