Posts

Showing posts from October 24, 2010

Kat Mana Nak Paste Print Screen?

Image
Artikel sebelum ini menerangkan macam mana nak guna fungsi PrtSc pada keyboard, so sekarang saya nak terangkan, macam mana untuk hantar hasil print screen tadi pada seseorang. Yang pertama, klik pada butang PrtSc kemudian paste halaman tadi pada program PAINT. Sesudah itu, save, berikan nama pada fail tadi, halaman ini sudah pun menjadi image dalam fail komputer anda, simpan dalam folder my pictures. Sekarang kita nak hantar atau tayangkan di blog, kalau saya, saya gunakan program dibawah ini. Ya, Picfu.Net , anda layari http://picfu.net , klik butang Browse, dapatkan dimana gambar tadi anda simpan, klik open dan klik UPLOAD . Tunggu sehingga gambar tadi muncul. Awas bagi yang menggunakan internet sistem broadband, anda perlu mengecilkan paparan gambar tadi supaya lebih ringan, kecilkan menggunakan Microsoft Picture Manager atau apa saja sehingga ukuran lebar 500. Jika anda sudah pun upload, (muat naik), gambar tadi akan timbul seperti ini. Klik kanan pada ganbar, pilih, Copy Ima

Memahami Fungsi Print Screen

Image
Kalau tak pernah guna, memang kita tak tahu apa fungsinya, nak-nak program adobe photoshop, terlalu banyak fungsi yang masih menjadi “rahsia”. Bila Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Unit Sekolah Harian (Kaunseling) meminta semua guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia menghantar data sesi tahunan dalam bentuk laporan L4, maka ramailah kawan-kawan yang tidak arif komputer teraba-raba. Dimana nak mula dan dimana nak masukkan data. Saya nak sebut kisah beberapa orang sahabat yang menjadi mangsa keadaan, dengan tujuan supaya anda semua boleh faham fungsi yang satu ini, kisahnya terjadi apabila beliau memuat turun borang tersebut, didapatinya borang yang dikehendaki tidak ada, yang ada hanya sehelai manual dan sekeping nota dalam bentuk Microsoft word, apalagi menjadi geram lah dia. Disebabkan berkali-kali memuat turun tetapi benda yang sama berlaku. Sedangkan banyak perkara lagi yang nak dibuatnya. Untung beliau tahu dimana bertanya, bukan hanya mendiamkan diri macam ais

Apa yang tersurat di sebalik kehilangan Balqis

Image
Tiada siapa yang mahu mengalami kes misteri seperti apa yang sedang di alami Siti Balqis. Kes Siti Balqis hilang dari alam dunia ke alam ghaib (alam tak nampak) seakan memberitahu kepada manusia yang belum tahu, bahawa hidup ini berlapis-lapis. Ya, kita tinggal di atas satu dunia, yakni satu kehidupan, namun disebalik kehidupan kita ini, masih ada kehidupan lain. Wujudnya UFO yang tidak dapat dipastikan dari negeri mana datangnya dia juga sebagai satu petanda darinya. 4 Alam Berlapis Saudara, mungkin ramai belum atau sudah sedar, bahawa alam yang kita diami ini ada 4 lapisan. Lapisan pertama namanya alam Syahadah, alam yang boleh disaksikan, oleh mata kepala kita sendiri, itulah alam manusia. Manusia, secara umumnya hanya boleh melihat alam ini sahaja. Di sekolah, benda ni tak di ajar secara khusus, kalau pun ada, dalam mata pelajaran Agama. Dalam PJK, Sivik Kenegaraan....susah nak jumpa. Disebalik alam kita ini, ada alam kedua, yang tidak nampak dilihat oleh manusia, namanya a

Kalau Ada yang Mudah, Kenapa Tidak

Image
Jimatnya apabila menggunakan NGV, saya baru memasang nya minggu lepas, kos pemasangan adalah RM250.00 sahaja. Lokasi pemasangan di Kampung Baru, milik orang Melayu. Dari Nilai saya ke Ampang, jarak perjalanan pergi balik 112 kilometer, sampai di stesen minyak Semenyik saya isi penuh lagi NGV, anda tau berapa hinggit? Hehe...cuma RM5.20... maknanya hanya RM2.60 sahaja satu hala. Kebetulan lokasi saya tinggal banyak stesen NGV. Jadi, peluang baik ini pun saya cuba. Jalan Dunia... Macam tu juga dengan jalan di dunia ini, dulu jalan dari Pahang ke Kuala Lumpur, berliku-liku, jalannya lereng bukit lagi, cukup berbahaya, semua orang terpaksa lalu jalan itu, tapi bila kerajaan buat jalan baru yang lebih lurus, maka semua orang beralih ke jalan baru. Lebih-lebih lagi ada pula jalan tol, walau pun kena bayar sikit, tetapi memandang jalannya lebih lurus, laju dan cepat, malah lebih irit lagi kata orang seberang, maka tak ada lagi orang lalu jalan lama. Rice Cooker Pun begitu dengan car