Posts

Showing posts from May 24, 2009

Puan Noor Lela dan Haji Masrun

Image
Penceramah dari Sabak Bernam, pakar ISO, Tuan Haji Masrun Ada kala ianya memenatkan...Ada celoteh, ada juga senyum ketawa, Kalau guru biasa, macam ni lah. mudah tersenyum...masalah tak banyak Puan Noor Lela dengan bermacam watak yang dibawa, Ops...rajin gak cikgu ni bawa bahan bacaan..bagussss Ada yang termenung..apa yang dikenang tu...., Suasana di dalam

Santai Merpati Dua Sejoli

Image

Kenangan di Avilion. PD

Image
Pandy menghimpit norish ketika memilih baju makan pisang goreng di Teluk Kemang Sedang memilih baju oleh2 untuk anak Amutha ada gak. penyeri majlis Faizal datang memeriahkan kami di sini. Kami semua ketika lepak di Teluk Kemang POrt Dickson, menghubungi Zaini, terkejut dia, kami bagau kita orang dah dekat KFC Kemunting. Jap Jap katanya, aku nak start kereta. Apa beza kawe dengan demo, sama-2 Spada.. hehe. Sebenarnya kita di PD. Dapat jemputan dari pihak penyelidik UITM pasal PPDa sekolah rendah di Malaysia. 5 hari jugak kami di sini berbantal lembik.

Bengkel Analisis Data Kajian PPDa di PD

Image
Haa.. Ini gambar-gambar yang sempat saya snap dan posing masa kat PD. Lama gak duk hotel kat PD ni. 5 hari. Puas gak makan tidur. Kerja tetap kerja. Tapi tetap nak bersantai. Maklum la, tepi pantai. Jom layan gambar-gambar ni. Suasana dalam bilik. Besar dan luas. Cantik kan view depan biik ni. Mengadap laut. Romantis sangat... Di hari terakhir, bergambar ramai-ramai dengan semua yang terlibat dengan bengkel ni. (lagi gambar dlm blog kakyong).

ADA APA PADA NAMA

Image
BUKAN lama di dunia ini, sebentar cuma. Sungguh indah bait-bait yang di nyanyikan oleh AA Gym.... hidup di dunia sebentar saja sekadar mampir sekejam mata... Apakala sampai saatnya, kita pasti aka pergi, pangkat dan segala yang kita miliki akan di tarik semula. jangankan harta, nama kita pun akan di tarik. ketika kita berada di atas tempat usungan mayat untuk dimandikan, orang akan memanggil kita "mayat". Bukan lagi, encik, tuan, puan, dato, datin dan sebagainya. Ya....bawakan mayat itu ke sini. Mana nama kita. Kadang-kadang rasa lucu, bila ada orang melenting apabila namanya tersalah eja. Bukan dia sedar dirinya tak glamour, susah pulak namanya tu. Sering kali nama saya orang tersalah tulis dan panggil. Pernah di Hospital USM Kubang Kerian, pihak hospital memanggil saya dengan nama Norhasyimah. dengan speaker pulak tu.. Ya..kita mau bilang apa... memang nama kita kan payah dan tak glamour, bukan macam Fasha Sandha. Ops...

MESY MGBSR DAERAH HULU LANGAT

Image
En.Ismail bin Musa, Pegawai PPDHL menyampaikan ucapan. Hadirin dari pelbagai zon Guru Bimbingan dari SJK ( C ) turut memeriahkan majlis 27 Mei 2009. Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat hari ini mengadakan mesyuarat Agung. Kali ini bertempat di Hotel Del Palma Ampang. Mesyuarat kali ini dihadiri Tuan Pegawai PPD HL En.Ismail bin Musa. Turut hadir En.Sharuddin bin Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat dan Tuan Haji Muhsin bin Marzuki, Kaunselor Pentadbir PPDHL. Mantan Pengerusi MGBSR, En.Noorhisham Hamzah yang memegang jawatan itu selama 2 tahun mengalu-alukan kedatangan semua guru-guru bimbingan. Seusai pembubaran AJK lama, AJK baru dilantik. Kali ini Puan Nor Hazimah Md.Noh di lantik sebagai Pengerusi bagi sesi 2009-2010.

KEJAYAAN YANG BESAR

Image
Di Mana Kita ? Ini lah salah satu tajuk yang jarang-jarang saya tinggalkan jika memberi ceramah di mana-mana? Murid-murid pasti akan memberikan jawapan yang serupa. Semua akan menjawab di dalam dewan. Apa yang kamu nampak dalam dewan ini?? Kawan-kawan, kerusi, lantai, kipas, air cond, guru dan sebagainya. Ya, jasad kita kini berada di dalam dewan, saya mengajak murid keluar sejenak, jom kita keluar, ops...tapi tubuh kita tinggalkan dalam dewan ini. Sekarang bayangkan anda berada di atas bumbung dewan ini. Apa yang anda nampak? Atap, cikgu. Ya betul kita nampak atap atau bumbung dewan ini. Jom kita naik tinggi lagi, nampak apa? Rumah cikgu.... jom naik lagi....nampak apa? Padang bola, jalan raya? Jom naik lagi 2000 meter....nampak apa? Nampaknya Negeri Selangor cikgu, lagi? Negeri Sembilan cikgu. Melaka pun nampak,. Terus naik lagi....nampak apa, selat Melaka, Sumatera, Indonesia, Singapura, Thailand dan Sabah Sarawak.... Jam naik lagi....nampak apa? Planet bumi cikgu, Ya...kita da

Aduhai Hotel..Apa Punya Bantal Daa

Image
Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan. Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher. Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

Kami di POrt Dikson

Image
Hotel, sebut hotel, wah kali pertama masuk hotel ialah di Medan, Hotel Labuhan Raya di Jalan Gajah Mada. Bila balik Malaysia, tak pernah tinggal kat hotel, kecuali semuanya di bayar oleh kerajaan. Paling best naik kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu secara percuma. Bukan percuma.... tapi kerajaan yang bayarkan. Yang paling tak best duduk kat hotel ialah bantal. Geram juga rasanya, kerana terpaksa tidur di atas span yang lembik. Apalagi kalau tinggal selama 4 hari 3 malam. 2 lapis bantal saya lapik, belum tentu dapat hilang sakit leher. Hari ini saya berada di Port Dickson, jemputan UITM bahagian penyelidikan, untuk menyempurna kajian keberkesanan pelaksanaan program pencegahan pendidikan dadah di sekolah rendah seluruh Malaysia. PIhak penyelidik ini sebenarnya mendapar geran dari AADK, so kami-kamilah bekas pelajar SPADA di panggil untuk bersama-sama duduk berbincang. Mungkin ada lebih dan mungkin banyak kurangnya.

PPDA

Kawan yang nak dapatkan Pekeliling PPDa boleh klik link dibawah Pekeliling PPDA
Image