Posts

Showing posts from May 11, 2008

Gara-gara Seringgit

Image
Bandar Baru Bangi. 17 Mei 2008. Waktu makan, setelah habis sesi ceramah 1 jam di SK Jalan Tiga dan hendak ke SK Taman Tasik, saya dan rakan kaunselor, En.Zainuddin Zakaria sempat berbual dengan Guru Penolong Kanan HEM sekolah tersebut pada sesi jamuan. Beliau bercerita pengalaman ketika menjadi HEM di sekolah Convent. Sedikit pengalaman selama setahun lebih disitu beliau curahkan, ketika di Convent, guru besarnya merupakan seorang yang tegas. Mana-mana murid yang tidak hadir sebarang aktiviti, ibu dan bapa akan dipanggil. Kata guru besar, kalau tak boleh undang-undang sekolah ini, sila pindah sekolah lain. Ada pula ibu yang datang merayu nak masukkan anaknya ke sekolah tersebut dengan pelbagai tawaran, antaranya datanglah ke butik saya, boleh ambil percuma mana-mana baju yang cikgu nak. Ada juga yang nak berikan cek kosong, cikgu tulis je berapa nak, asal anak saya boleh sekolah kat sini. Apa fikiran tuan-tuan tentang situasi ini? Begitu keadaan di SK Convent dulu. Seingat saya, ka

Lagi Foto Hari Guru

Image

Makan Tengah Hari Jam 3.30

Image
LAKONAN mampu menyentuh perasaan hadirin. Pelakon tambahan ini wajar diketengahkan dalam festival filem Malaysia 2008. Alahai, kesian cikgu-cikgu ni, makan tengah hari jadi makan petang, walau apa pun, sambutan hari guru tahun ini bagi saya cukup seronok, meriah dan meninggal kenangan indah.
Image
Selamat Hari Guru BANGI. 16 Mei 2008. Pagi hari semua murid berkumpul dan acara dimulakan dengan Perarakan guru-guru SKB cemerlang memasuki gelanggang. Perutusan dibaca selepas pengerusi memanggil Ustaz Noorhisham membacakan doa. Doa di panjat ke hadrat Ilahi memohon agar guru-guru dilanjut usia dalam keredhaanNya dan dimurahkan rezki, Amin. Selepas acara pembahagian hadiah kepada guru-guru pemegang anugerah Guru Cemerlang yang diketuai oleh Puan Nora Ibrahim, tempat kedua En.Haziq, ketiga En.Zakuan dan Puan Helda Hayes tangga ke empat. Selalung Tahniah dihamburkan buat mereka. Saya menerima banyak sms dan hingga kini masih terima dari nombor-nombor yang tidak ternama dalam sistem Hand Phone, dan masih belum dijawab. Saya percaya, insan yang menghantar sms adalah manusia yang berjiwa mulia, tahu menghargai pengorbanan dan jasa orang lain, walaupun dilupakan oleh insan yang lain. Syabas guru-guru, kita hidup dalam perjuangan, teruskan perjuangan sebagai mana pesanan

Pendedahan Kejayaan 5A

Image
Hari ini murid tahun 5 Mercury di dedahkan dengan kejayaan Luqman Al-Hakim tahun 2007 yang berjaya mendapat 5A. Luqman adalah antara 17 orang murid yang berjaya mencapai sasaran beliau. Hasil wawancara selama 26 minit ini didedahkan dalam kelas dengan menggunakan LAp Top dibantu speaker usb, walaupun agak kurang kuat, namun murid-murid tekun mencatat nota dari apa yang didengar. Hari

Selamat Hari Guru

Image
50 Blog Norish mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada guru seluruh Malaysia amnya, dan buat guru-guru yang cemerlang di SK Bangi khususnya. Segala jasa guru dan pengorbanan serta kecekalan menghadapi serangan dan cobaan hidup adalah asam garam kita dalam perjuangan yang bernama manusia. Barkod diterima lagi. Dalam pada itu, hari ini saya mengambil 50 keping barkod yang sudah siap. Ada pula gambar dan nama yang tertukar. Pihak pembekal minta di semak semula.Semalam saya dan kerani telah pun pergi ke Kuala Lumpur membeli sebuah mesin fax menggantikan mesin yang lalu rusak gara-gara kilat.

Lawatan Percuma 2 jam

Image
Bangi , 13 Mei 2008 . Sekali lagi rezki jatuh bergolek, seramai 38 orang murid dipelawa menghadiri majlis perasmian Skuadrom Askar Wataniah Unit Air bersama Syabas di Kampung BAngi Tambahan. Majlis yang dihadiri Kernel Tan Sri Razali Ismail ini membuka minda kepada pelajar akan beberapa perkara. Pertamanya mereka melihat bagaimana kerja bahagian angkatan tentera yang terpaksa berdiri hampir sejam di tengah terik mentari demi menunggu kehadiran orang-orang tertentu. Selain itu, ada lagi jenis pekerjaan melibat bekalan air, polis dan VIP atau pembesar Kampung. Pilih sendiri mahu kerja apa bila besar nanti. Hadirin sungguh gembira, selain dihidang nasi free, mereka juga mendapat buku lukisan berkulit merah, penanda buku dan beberapa barangan lain. Dalam pada itu ada jugfa murid yang berebut mendapatkan tandatangan tentera tertentu. Jam 10.30 kami dijadual kembali ke sekolah, tapi bas agak lambat tiba, namun sempat juga tiba sebelum jam 1.00.

Lawatan Percuma Ke UniKL Miat

Image
Bangi, Lebih 120 pelajar dari SK Bangi terlibat dalam acara lawatan ke Universiti Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Jenderam. B

Bahan Masukan Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama

Image
BANGI, 11 Mei 2008, Buat pertama kalinya AJK PIBG menemui masa dan kesempatan untuk memulakan mesyuarat pertama sulungnya. Pastinya mesyuarat kali ini amat bermakna lantaran menjadi pemicu kepada semua program yang akan dijalankan tahun ini. Kehadiran semua ahli amat memberangsangkan, kecuali Puan Guru Besar dan Ustaz Mokhtar Hussin yang tidak dapat bersama lantaran hal yang lebih penting dalam masa yang sama. Tumpuan mesyuarat kali selama 4 jam memberi fokus kepada pelantikan AJK-AJK kepada sub bahagian tertentu. En Harery mengharapkan agar sekolah ini dapat dicalonkan sekolah harapan negara buat masa akan datang. Menurut penilaian beliau, buat masa ini inviroment sekolah ini belum menepati citarasa sebagai yang di inginkan, seorang AJK lain mencelah, mungkin sebab sekolah lama kot.. Sementara itu, Puan Jamaliah yang diamanahkan mengurus pembangunan surau tahun lepas bertekad ingin menyiapkan secepat mungkin walaupun masih berdepan banyak kekangan dan masalah lagi