Posts

Showing posts from October 3, 2010

Hari Pusat Sumber Sekolah

Image
Pelbagai acara di isi untuk memeriahkan lagi acara hari pusat sumber sekolah. Alumni (bekas pelajar) juga tidak kurang yang turut hadir.

Perkhemahan 2010

Image
BANGI. Tahun ini seperti tahun sebelumnya,perkhemahan di adakan di perkarangan sekolah, tepatnya di padang sekolah. Walaupun hanya di padang sekolah,namun perasaan gembira tetap ada.

Taukid : Dadah Itu Sial...

Image
Kalau dulu, sehari 20 penagih berjaya ditangkap setiap hari, namun kini, 75 orang perhari, satu angka yang semakin melonjak. Pengerusi taman, guru bimbingan, boss kilang, boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah kesedaran terhadap warga masing-masing, supaya terhindar dari gejala penagihan. Ini kerana sekali manusia jadi penagih, selamanya dia akan menagih. Seorang penagih lahir dari sebuah keluarga, semua ahli keluarga akan jadi macam penagih. Sekali menagih, dia telah membawa mala petaka ke dalam keluarganya, menyusahkan ahli keluarganya, isterinya, anaknya, ibubapa dan adik-beradiknya, menyusahkan jiran-jiran dan masyarakat dan negara terpaksa menghabiskan jutaan wang ringgit setahun untuk membatu penagih supaya pulih. Namun dia.... tetap dengan pendiriannya, dadah itu ubat...raja segala ubat katanya..sehingga porak peranda rumah tangga, hilang pekerjaan, hilang tempat tinggal, hilang saudara dan kawan-kawan baik, hilang TUHAN dalam hidupnya...

Dadah dan Dedah : Sama Naik

Image
Jika tahun lepas (2009) dimana-mana ceramah dadah yang saya sampaikan, saya akan mengemukakan data 20 orang penagih ditangkap setiap hari di seluruh Malaysia, ini bermakna 1 orang setiap jam, namun hari ini, saya mula mengubah data tersebut, sebenarnya bukan saya yang mengubah, tetapi keadaan yang mengubahnya, saya hanya menyampaikan sahaja. Anda tahu? awal tahun ini, setiap jam kes tangkapan meningkat kepada 2 orang setiap jam. Dan data terakhir bulan Jun, menunjukkan 3 tangkapan setiap 60 minit, atau 67 orang sehari, atau 2,013 orang sebulan. Apa maknanya ini semua? Inilah menunjukkan bahawa : 1. Kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah belum wujud sama sekali. Kalau ya pun ada, hanya segelintir kelompok yang telah pun mendalami apa itu bahaya dadah. 2. Usaha pencegahan selama ini yang telah dilakukan, seolah-olah tidak memberi kesan yang semaksima yang diharapkan. 3. Usaha pencegahan hendaklah dilakukan sendiri oleh masyarakat, melalui institusi k

Lawatan ke Melaka

Image
06 Oktober 2010. BANGI. Sebagai ganjaran kepada pelajar yang telah berjaya melonjakkan prestasi pencapaian akademiknya, pihak sekolah telah bersetuju untuk membawa 36 orang ke Melaka. Lawatan tersebut bertolak dari SK Bangi pagi ini, dijangka akan tiba jam 9.00 malam nanti. Guru Besar, Puan Zakiah Haji Idris turut bersama dalam lawatan kali ini. Antara guru yang turut serta ialah Puan Lelawati, En.Firdaus, En.Zulhaimi, Puan Nirlawati, manakala 2 orang staf pejabat turut dijemput bersama iaitu En.Tumirin bin Yatim dan Puan Roza Al-Akmarizan. Sebanyak 2 bas yang membawa murid ke lawatan ini.

Dadah Musuh Bangsa dan Negara

Image
Ceramah akan datang, saya bersama En.Hefney bekas penagih dadah di SK Labu Hilir....Nilai pada 7 Okt dan 14 Okt di SK Sri Jelok..bersama menanam kefahaman pada anak2..bahawa dadah itu bahaya dan merosakkan segala-galanya. Tengok berita malam tadi di TV3, 2 orang India, dijatuhkan hukuman mati mandatori dibawah seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya kerana dia hanya membawa 35 gram morfin. Tinggallah anak dan isteri serta keluarga. Saya akan bercerita tentang fakta Dadah terkini, Isu dan Masalahnya di Kalangan Pelajar Sekolah, kerosakan pada tubuh badan dari sudut farmakologi, manakala Saudara Hafney akan bercerita kisah silam penderitaan beliau, kenapa boleh terjebak dengan penagihan dan kisah-kisah penderitaan sewaktu ingin kembali normal.

Maklumat Kes Samun

Image
Kes Samun minggu ini berlaku di Mantin, Negeri Sembilan, Penyamun menggunakan kenderaan Waja, berwarna Silver, tumpuan pada rumah yang terbuka, dan tidak berkunci, siang hari, suspek 4 lelaki India, membawa senjata parang dan pisau..telah berjaya melarikan wang dan barang-barang kemas. Peringatan ini adalah untuk penduduk sekitar Nilai, Mantin, Bukit Mahkota dan kawasan sekitarnya.