Posts

Showing posts from August 8, 2010

Alamat Web Ini Terputus Seketika

Makluman buat semua pengunjung, blog ini boleh dilayari via 2 alamat (url), 1. http://norish77.blogspot.com dan (2) www. noorhisha m.com , beberapa hari ini, url www.noorhisham.com terpadam seketika, lantaran kesibukan sehingga masa untuk me renew pun tak sempat. Namun, pagi ini, saya sudah uruskan untuk menyambung semula, kerana alamat tersebut sangat mudah diingat oleh rakan-rakan yang pernah mengenali saya. Mudah-mudahan sehari dua ini ia akan kembali seperti biasa. Sekian, terima kasih semua

Sambutan Bulan Panitia Agama Islam

Image
BANGI. 13 Ogos 2010. Murid-murid tidak mahu bangun, walaupun acara perasmian pagi sudah selesai, ini semua gara-gara persembahan yang cukup menikam qalbu. Lagi pun suasana pagi masih belum habis, mentari pun seakan baru bangun tidur. Berikut sedutan gambar yang sempat dimuat naik. Paparan Video juga turut dimuatkan, anda boleh menontonnya sedikit masa lagi. Pengacara Majlis Dwibahasa La, gambar cikgu lagi Pemain Drum Kumpulan Apa Ntah Noorhisham Hamzah

Bantulah Diri Untuk Berjaya

Image
Salam, banyak cara untuk berjaya. Cikgu nak kongsi kan beberapa tips orang yang berjaya. 1. Yang pertama jiwa kamu hendaklah keras, mempunyai semangat yang kuat dan keras untuk berjaya. Kamu mesti katakan pada dirimu..."aku mesti mencapai segala impianku.." kerana aku memang boleh.."suatu masa nanti, pasti aku akan memiliki apa saja kemahuanku ". 2.Bantulah juga dengan pemakanan, kerana kita memerlukan bantuan tambahan untuk menajamkan otak. 3. Hindari pelbagai masalah dengan rakan. Cuba bertenang, jangan bertindak melulu, kelak akan menyesal, kalau nak marah pun, periksa lah dulu, jangan terus tuduh dan pukul kawan, akhirnya bila soal siasat, ternyata bukan dia yang jatuhkan beg kita, tetapi jatuh sendiri. 4. Bayangkan. Sentiasalah membayangkan akan kehidupan kamu suatu masa akan datang, apabila kamu berjaya meraih kejayaan, bukan saja kamu, bahkan mak ayah dan seluruh isi keluarga kamu akan turut merasa bangga dan bahagia, kerana kamu satu-satunya anak yan

Di Haribaan Mu

Image
Ketika daku di pintu gerbang Ramadan, Hati kembali sayu, teringat pada yang sudah pergi, Sekian lama mereka bersemadi, Jasad sudah menjadi ulat dan tanah meresapi, Siapakah antara kita yang akan menyusul nanti, Apakah kita boleh tunaikan kehendakNya, Maksud sebenar, intinya dari berpuasa, Apakah doa dan ibadah akan diterima Untuk dipersembah di alam sana Hidup disini hanya sementara, bukan lama, sementara jua, untuk di uji, siapakah antara kita yang benar-benar mengharap akan redha Yang sudah pergi, tak pernah kembali entah apa yang mereka sedang rasai mungkin gembira, mungkin sedang menangisi akibat masa lalu, yang tidak di isi Kita sini masih begini hari-hari bersilih ganti ada yang lalai, ada yang tak mengerti bahawa hidup ini bukan abadi Noorhisham Hamzah, 1 Ramadhan 2 orang dibelakang saya sudah meninggal di Jakarta

Selamat Menyambut Al-Mubaarak

Image
Saya dengan penuh kerendahan hati, penuh rasa insaf, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan tahun ini, semoga kita semua berjaya menunaikan maksud sebenar inti dari ajaran berpuasa . Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini, semoga jalinan ukhuwah terus kekal abadi.

Apa Makna Puasa Jika Tak Solat?

Image
Sebahagian umat Islam, solat yang tiap-tiap hari wajib dikerjakan ditinggalkannya, puasa yang datang setahun sekali, itu yang diamalkannya. Kenapa ? Nak minta diskaun dalam ibadah ke? Dalam ibadah ada diskaun jugak ke? Sebenarnya ada, dari solat 50 waktu, Tuhan dah bagi diskaun 5 waktu, dari solat full, kepada solat jamak jika bermusafir, itukan diskaun jugak. Tetapi, kalau solat dah 5 waktu, nak di kurang kan jadi sekali seminggu, itu kena buat agama sendiri lah. Kasihan, melihat orang-orang ahli dunia mencari duit, pulun punya pulun, dari pagi sampai petang, tapi solatnya kebarai... ramai anda boleh saksikan di pasar Ramadhan. So, pada kita yang berpegang pada iktikad bukan macam dia orang, berdoalah " Allahumma inna nas aluka, lisaanan ratban bi zikrika, wa badanan wayyinan layyinan bi too 'atika " Ya Allah, ku mohon LIsan yang lembut basah menyebut namaMu, dan badan yang ringan mengerjakan ketaatan padamu. Semoga hadirnya Ramadhan kali ini, kita dapat memenuhi makn

Terlanjur atau Terzina atau Memang Berzina?

Image
Satu tulisan yang bagus, saya petik dari pengarang terkenal. “Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?” “Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali. “Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang. “Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.” “Apa istilah yang lebih tepat?” “Berzina!” jawab saya pendek. Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.” “Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.” “Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.” “Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.” Dia diam sambung

Sambutan Bulan Patriotik

Image
BANGI. 09 Ogos 2010. Sambutan Bulan Kemerdekaan di SK Bangi di sambut meriah.Panitia Bahasa Melayu bertindak mengurus persembahan murid. Guru-guru turut memeriahkan acara Saksikan... [ Download ]