Posts

Showing posts from July 4, 2010

Batu Terapung

Image
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya.. Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..! Gambar PALSU 1 Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? ) Gambar PALSU 2 Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..? Gambar PALSU 3 Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..? Gambar PALSU 4 Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..? Gambar PALSU 5 Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna

Bagaimana Anak Anda Solat

Image
Kalau tak ada kem sebegini, barangkali kami guru tidak tahu bagaimana anak-anak ini solat, lihat sahajalah cara meletak kaki mereka, tidak menepati syarak. Seharusnya kedudukan tapak kaki itu berdiri, telapak jari kaki yang menyentuh lantai. Bukan belakang jari kaki seperti di atas. Pemandangan begini, sayangnya, anda juga akan melihat di masjid-masjid apakala hari Jumaat. Mahu menegur...hmmm...orang tua. Biarlah....esok-esok, biarlah... Ibu bapa seharusnya memerhatikan cara pergerakan anak-anak solat, kalau ternyata beres semuanya, minta mereka baca bacaan dalam solat seperti Al-Fatihah, Qunut, Tahyat Akhir dan lain-lain. Sepatutnya posisi kaki seperti ini Saya mengadakan klinik bacaan solat untuk murid-murid, ternyata mendapat sambutan dari kalangan murid perempuan. Kenapa? Kerana jiwa mereka lebih cepat tersentuh. Apabila kita bercerita soal syurga dan neraka. Sebelumnya, saya memberikan ceramah dan soal selidik berkaitan solat, ternyata hanya 6 orang sahaja yang solat, esoknya

Sejarah Israk-Mikraj

Image
Majlis Penghayatan Sejarah Islam yang Agung, Israk dan Mikraj seringkali diadakan dimana saja. Dalam perjalanan Nabi dari Mekkah ke Palestin dan seterusnya ke langit hingga langit yang ke tujuh ini, adalah satu journey yang penting, disana Nabi menerima kewajipan sembahyang 5 waktu. Semalam saya mengadakan sesi soal selidik murid tahun 5. Adalah didapati 6 orang sahaja yang sempat mengerjakan ibadah wajib ini. Manakala 24 orang lagi tidak melakukannya dengan pelbagai alasan. Lambat bangun 2, takut tertinggal van 6, alarm tak bunyi 3, uzur 2, lupa 1 dan tak tau apa ayat kena baca 1 orang. Saya buat rumusan tiada alasan yang boleh kamu berikan nanti apabila bertemu Allah SWT. Kamu boleh beri pelbagai alasan di dunia pada cikgu, tetapi disana? Apakah malaikat akan menerima alasan remeh temeh ini? Soal lambat, bangun boleh diatasi dengan bangun awal 5 minit. Solat subuh hanya 2 rakaat. Ramailah selepas sesi pengajaran murid perempuan yang datang nak betulkan bacaan solat. MUla-mula

Welcome to SK Bangi website

Image
Laman Web SK Bangi telah beroperasi, laman web ini adalah versi yang ketiga. Versi 1 dan 2 sudah pun di "delete" berikutan serangan virus trojan. Kepada warga SK Bangi, sila buat pendaftaran. Klik www.skbangi.com. Bagi yang perlu laman web peribadi atau tempat kerja, saya menawarkan hanya dengan kso RM400.00 satu.

Lari Dari Rumah

Image
Sambungan Ni trend budak sekolah dari lari rumah. Budak sekolah rendah pulak tu.