Posts

Showing posts from May 30, 2010

Hisap lah Rokok

Image
61 tahun lalu, lelaki ini mula mengenali rokok. Sejak berada di tingkatan dua, dia menghisap lima batang sehari. Baginya, merokok perkara biasa. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, dia mempunyai duit sendiri dan menghisap rokok hampir 20 batang sehari. 61 tahun lalu, lelaki ini mula mengenali rokok. Sejak berada di tingkatan dua, dia menghisap lima batang sehari. Baginya, merokok perkara biasa. Apabila melangkah ke alam pekerjaan, dia mempunyai duit sendiri dan menghisap rokok hampir 20 batang sehari. Pada awalnya, dia curi-curi merokok ketika berada di darjah dua dan meneruskan tabiat berkenaan sehinggalah berusia 40 tahun dengan purata 40 batang rokok sehari. Dengan suara serak-serak basah, lelaki ini berkongsi penderitaan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD). Sebagai penghidap COPD, Shahrome Zainal Abidin, 69, kini menjalani kehidupan yang sangat terhad lantaran penyakit tersebut walaupun sudah lama berhenti merokok. Pada awalnya, dia tidak menyangka diserang CO
Image
Membaca tulisan Tan Sri Lee Lam Thye, yang bukan beragama Islam, rasanya boleh dibuat panduan juga. Walaupun bukan Islam, tetapi beliau dari aspek yang betul. Antara yang menarik saya, Pertubuhan Agama harus mengambil langkah untuk bersama menangani gejala penagihan. Antara lain, beliau juga semacam cuba membongkar dalang sebenar kegiatan dadah, iaitu ada orang lain dibelakang manusia yang ditangkap bertindak sebagai tauke, pelindung, penjamin dan perancang kegiatan yang menghancurkan manusia lain. Dengan kata lain, mengaut untung di atas kebodohan dan kesengsaraan orang lain. Ada lima hal yang berkaitan dadah dibawah bidang Institusi Sosial. 1. Pencegahan 2. Pemulihan 3. Penguatkuasaan 4. Pencelahan 5. Penggalakan S a m b u n g Antara program yang boleh dibuat dibawah Rukun Tetangga ialah PENCEGAHAN. Adapun pemulihan kita serahkan kepada badan swasta dan juga AADK (Gomen). Begitu juga dengan penguatkuasaan, ianya diserhkan kepada pihak polis, manakala program PENCELAHA

Karangan Murid...

Image
Bila baca karangan ini, mulanya nak tergelak, tapi kemudian nak nangis pun ada. " Hobi saya bermanit bola kadah-kadan setihat petat bermanit bola sepat di pa dat kadat-kadat saya bermanit betbiton di depat rumah....hobi saya bermanit tara kadan-kadan setihat petat bermanit tara di tamat pemanat " Karangan murid darjah 6....Aduhhhhh

Mimpi dan Kehidupan

Image
Mimpi kadang-kadang mengasyikkan, namun kadang-kala menjadi gangguan. Apa pun, kita datang dari ALLAH, kita hidup didunia ini kerana ALLAH yang jadikan alam, jasad, tubuh dan fizikal. Hidup ini bersebab, bukan suka-suka DIA buat itu dan ini. Satu masa, setiap manusia akan kembali semula. Itulah kampung halaman kita yang sebenar. " Wal akhiratol khairul laka minal ula "Sebenarnya, kehidupan yang akhir itu (akhirat) lebih baik bagi kamu dari yang pertama ini. Hidup ini sendiri tak lebih dari MIMPI. Bagaimana kayapun manusia, memiliki harta yang banyak, fasiliti yang cukup, semua mau semua ada, tetapi itu semua adalah mimpi. Kenapa ? Kerana kata Nabi, hidup ini ibarat tidur, MATI itu ibarat terjaga. Sama juga dengan orang yang berpengaruh, punya ramai pengikut dan pendokong, sewaktu dia meninggal, ke mana semua penyokongnya tadi? APA Ada yang ikut serta mahu di semadi bersama? Tak ada kan.. Kematian didalam agama kita, adalah bukan titik terakhir kehidupan, bahkan titik p

Menggapai rasa tenang dengan Dzikrullah

Image
Pertama : Dzikrullah sebagai sarana komunikasi untuk mendekatkan diri kepada Allah. "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu. (QS. Al-Baqarah : 152) Kedua : Menjadi Golongan yang Unggul Berdasarkan hadits Rasulullah, ternyata golongan yang unggul (al-Mufarridun) adalah mereka yang banyak melakukan Dzikrullah. Rasulullah bersabda ; " terlebih dahulu maju al-mufarridun, sahabat bertanya, Siapakah itu ya Rasulullah? Sabda Nabi' Iaitu mereka yang banyak melakukan dzikrullah, lelaki dan wanita" Ketiga , Allah menyediakan ampunan dan pahala yang banyak bagi mereka yang banyak melakukan dzikrulah. Keempat, Dzikrullah membentengi diri dari segala siksa dan bencana Kelima : Menangguh datangnya kiamat. Sungguh dahsyat dan hebatnya kebesaran Dzikrullah.

Anak Tak Sekolah, Ibu Datang Ambil Bantuan

Image
Kadang-kadang guru merasa agak "sebel" dengan ibu bapa seperti ini.Time bagi bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) mereka datang, tapi hari tu jugak, time mak datang ambil wang bantuan, anak darjah 6 tidur di rumah. Saya memanggil ibu ini ke bilik, TAJUK perbualan ialah mengapa anak tidak mahu ke sekolah. Saya ( S), Ibu Pelajar (IP). IP : Assalamualaikum cikgu S : Wa alaikum salam masuklah IP : Ada apa cikgu.... S : Tak de lah.... Saya nak tanya apahal anak ni ... selalu tak datang sekolah IP : Entah lah cikgu, memang malas sangat S : Tak de ke suruh-suruh dia bangun pergi sekolah IP : ada cikgu....ayah dia pun suruh....tapi kalau dia tak nak sekolah, memang dia tak nak.. kalau kita marah sikit, mulalah dia hempas barang itu ini, tumbuk pintu S : Bapa dia tak marah ke IP : Entah lah bapak dia... S : Ada datang tak bapak dia IP : Ada..kat bawah tu....tunggu kat bawah S : Saya kalau boleh naklah jumpa dua-dua, biar mudah tau cerita. Tak de bawak dia p