Posts

Showing posts from June 8, 2008

Majoriti Tidak Setuju Lanjut Usia Perkhidmatan

Image
Ura-ura dan telah menjadi suatu ketentuan, usia perkhidmatan dari 55 tahun dilanjut ke 58 tahun, tidak terkecuali para guru, mereka diminta membuat pilihan. Dalam sesi soal selidik yang dijalankan oleh ppdhl.net, saya melihat jawapan seperti di atas. Sebanayk 76.3% para pendidik tak setuju. Sekarang ni pun kita dengar sebenarnya, guru ni kalau pencennya lagi 2 tahun, dia akan berkata, kalau boleh tahun depan terus aku nak pencen. Kerja guru mencabar....kena banyak bersabar...dengan ibu bapa, dengan murid,dengan pengusaha bas, perlukan suara kuat bila bercakap,perlu ketegasan dengan anak-anak, perlu tenaga dalam yang lebih. Nah, kalau dah usia 54 tahun, manalah larat lagi nak buat semua tu kecuali orang-orang yang maintain je Tuhan bagi kelebihan seperti itu. Lagi pun, kita bagi pada orang baru untuk berkhidmat, tambahan lagi, peluang pekerjaan sekarang ni semakin mengecil.Tak gitu...

Kembalinya Anak Murid Menjadi Guru

Image
SELAMA tiga generasi beliau, anak-anaknya, ayah dan datuknya bersekolah di sini. Kini beliau kembali semula ke sekolah ini sebagai guru penolong kanan. Kalau 40 tahun dahulu, beliau adalah murid sekolah ini, tetapi hari ini, siapa sangka bekas murid menjadi guru dan kembali berkhidmat di sekolah tempat beliau menuntut ILMU . Beliau yang dimaksud ialah Puan Rabitah binti Jalaludin. Kini dilantik sebagai GPK Kurikulum Sekolah Kebangsaan Bangi. Dengan semangat waja dan tinggi, beliau hadir di tengah-tengah warga SKB sangat memerlukan pengganti yang tegas dan bersemangat. Harapan hadir beliau membawa perubahan . Sebelum beliau, beberapa guru lain juga bekas anak murid sekolah ini menjadi guru di sini, antaranya ialah En.Firdaus bin Supi an dan Cik Nor Azian Abd G hani.(Kini menjadi pensyarah di Maktab tawau,Sabah,atas kapasiti Pensyarah Bahasa Melayu ) Atas rasa kasih sayang kepada sekolah yang mendalam, semangat begitu tinggi untuk membela anak bangsa berkobar-kobar. Pandangan pertam

Pergi Jua

Image
Hari ini kami meraikan kedatangan guru baru serentak melambai pemergian Puan Saudah sempena perpindahan beliau ke sekolah di kampung au sendiri. Murid-murid kelas 5 Mercury sempat menyanyikan lagu Pelangi Petang sebagai ole-ole kenangan buat beliau. Zahid sebagai ketua kelas, turut menyampaikan ucapan mewakil rakan-rakan seperjuangan. Dalam ucapan terakhirnya ini, Puan Saudah meminta maaf kepada semua guru dan murid, andai terdapat salah cakap dan perbuatan terutama terhadap murid, kerana itu semua adalah kerana sayangnya cikgu pada murid. Apa pun, pemergian beliau diiringi doa semoga maju jaya, tercapai segala cita, makbul segala hajat, dalam kesihatan sepanjang hayat dan dipimpin Ilahi sepanjang hidup. Sesungguhnya setiap permulaan akan berakhir dengan penghabisan. Tuhan berfirman dalam hadis Kudsi, Wahai manusia, carilah apa yang ingin engkau cari, tapi ingat engkau pasti berpisah dengannya, dan cintailah orang yang ingin engkau cintai,